CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7231|Reply: 84

[Tempatan] Kak Hassanah kini di Majlis Graduasi tadika di Shah Alam pulak uoulsss

  [Copy link]
Post time 11-11-2019 03:19 PM | Show all posts |Read mode





SHAH ALAM - Majlis graduasi bukan hanya diadakan untuk pelajar institusi pengajian tinggi tetapi sudah menjadi trend ketika ini kerana turut melibatkan kanak-kanak di tadika atau prasekolah.

Perkongsian seorang individu yang bertemu dengan seorang bapa yang mengalami masalah kewangan untuk menunaikan permintaan anaknya mengambil gambar ketika graduasi mengundang kesedihan warganet.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Irwan yang menggunakan akaun @AkuSkizo di Twitternya.

Irwan menceritakan seorang bapa terpaksa mengajak anaknya untuk pulang ke rumah selepas tidak mampu membayar kos bergambar yang berharga RM20.

"Lepas konvo, ibu bapa yang nak abadikan gambar anak, pergi ke belakang backdrop khas dan ketika melihat jurukamera menyediakan Ali untuk bergambar, ada seorang abang ini bertanya tentang pakej bergambar yang ada pada peniaga.

"Bisikan suruh aku ikut abang itu dan anaknya. Aku ikut dia sampai ke luar dewan dan anaknya bertanya nak pergi mana, abang itu jawab nak balik. Anaknya muka sayu kerana ingin ambil gambar macam kawan-kawan lain.

Irwan berkata, lelaki itu memberitahu dia tidak membawa duit dan terus menuju ke arah motosikal mereka.

"Aku capai dan pegang lengan anaknya. Jom ambil gambar. Pak cik belanja. Abang tu pandang dan baru perasaan aku ada di belakang. Dia pandang aku dan aku senyum. Aku berkata sekali sekala abang, anak abang kawan anak saya.
Antara reaksi netizen yang sebak dan tersentuh dengan perkongsian Irwan.
Antara reaksi netizen yang sebak dan tersentuh dengan perkongsian Irwan.

"Lepas ambil gambar, abang tersebut cuba nak memberitahu sesuatu tapi aku senyum dan cakap, tidak mengapa saya pun pernah jadi orang susah. Abang itu terus peluk aku dan menangis," tulisnya.

Irwan berkata, lebih memilukan lelaki tersebut yang bekerja sebagai buruh kimpalan sanggup meminjam motosikal majikannya untuk menghadiri majlis graduasi anaknya dan selepas itu dia akan ke Kuala Pilah kerana mempunyai urusan di sana.

"Muda lagi abang itu dan aku pesan teruskan berusaha untuk keluarga, jangan lemah semangat hanya disebabkan keadaan keluarga pada hari ini. Ini sekadar fasa dan jika berusaha dengan kuat, pedih hari ni akan jadi kenangan paling manis suatu hari nanti," tulis Irwandi Twitternya.

Perkongsian tersebut kini tular di media sosial yang meraih 22,000 ulang kicau, 17,100 tanda suka dan rata-rata warganet tersentuh dengan perkongsian tersebut.

"Sayu saya rasa, Alhamdulillah kewangan aku masih mampu bagi segala keluarga nak. Kadang nilai RM20 kecil bagi kita namun mereka yang lain mungkin sangat besar dan bermakna. Insya-ALLAH kalau yang berkemampuan, teruskan bersedekah, rezeki pasti melimpah," tulis @hidayatzev

@FieraBabyBoo pula memberitahu: "Aku menangis membaca ini. Semoga dipermudahkan uruskan untuk kita semua. Semoga kuat berusaha untuk anak-anak dan diperluaskan rezeki yang melimpah ruah."
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... r-konvo-tadika-anak
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2019 03:35 PM | Show all posts
ni la yang dikomplen orang ramai...  banyak sangat nak kena bayar untuk graduation day tadika je pun...  tak semua orang berkemampuan...  yang hantar ke tadika jenis ni banyaknya yang kewangan tak membenarkan hantar anak ke tadika kemas tapi duit sipi2 je nak hantar ke tadika tu...

we have to consider others financial status jugak...  dan pengusaha tadika ni pandai attack secondary buyer (anak2)...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambo graduation i kecik2 dulu hilang ditelan banjir.. Sedih..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa i tadika kamera blm dicipta lg..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa iols tadika beli gambar 4R, 70 sen je. Cekgu dah siap2 ambil. Kalau ada mak bapak yg ambil gambar guna camera filem sendiri nanti lepas cuci, pilih la mana yang nak then diorg cuci lagi. Gambar xda edit. Kalau nasib x baik, hodoh la gambarnya..Yang nak lebih2 pegi la kedai gambar ambil gambar dgn backdrop sendiri. Kenangan sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 04:39 PM | Show all posts
bayar la ansur2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2019 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman sekarang ni semua profit oriented.. semua jadi opportunist, janji dapat duit.. semua benda boleh di businesskan.. sedangkan semua tu kehendak je bukan keperluan.. tak perlu pon kita nak ikut semata sebab trend.. and utk abg yg tak mampu nk byr duit photography tu takyah la sedih2 abg.. kena educate anak bnde tu tak penting pon, jgn nk ikut trend sgt.. setakat gambar grad je pon.. tadika plak tu alah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 04:50 PM | Show all posts
eyansss replied at 11-11-2019 07:35 AM
ni la yang dikomplen orang ramai...  banyak sangat nak kena bayar untuk graduation day tadika je pun ...

memang betul pun
macam over tau ,, majlis graduasi sekarang ni

ada tadika ... buat kat dewan putrajaya majlis graduasi dia ......
yang viral haritu ... sekolah menengah .... buat kat hotel .. berkot bagai masing2

macam tak perlu jer rasanya ......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2019 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua nya utk tayangan d socmed je ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 05:01 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 11-11-2019 04:09 PM
Masa i tadika kamera blm dicipta lg..

purba nya uols..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 05:05 PM | Show all posts
mmg lah ada org yg kurang kemampuan, wpun cuma rm20 tp dgn duit tu boleh tanggung makan minum utk sehari bg keluarga tu..

tapi x suka betul cara penulisan kak sanah yg over dramatic ni. dh derma/ belanja org tu diam2 je x boleh ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2019 05:08 PM | Show all posts
matchstick replied at 11-11-2019 05:05 PM
mmg lah ada org yg kurang kemampuan, wpun cuma rm20 tp dgn duit tu boleh tanggung makan minum utk se ...

hassanah sis.....demi like

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
iols x pergi tadika pom masa kecik2 dulu. sekolah2 jer terus darjah 1.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 11-11-2019 05:01 PM
purba nya uols..

Tp skrg ni mmg ckgu mengada sikit..td kena msk pasta kat bdk sekolah sbb kena bwk pg td..i terbeli spaghetti plk..lantak la jnji bwk
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ni ada gambar konvo tadika, konvo sek rendah, konvo sek menengah then baru la konvo habis diploma/degree....

Anak2 yang tak sampai ke diploma/degree tak perlu sedih sangat... Gambar konvo sek menengah pun dah macam taraf diploma/degree...

Membazir aje...
I bagi tau anak, nak bergambar konvo ala2 studio tu, dapatkan degree dulu..
Setakat bukan degree, tak payah...
Membazir....
Tapi anak2 I gambar konvo tadika semua ada..
Itupun sebab tadika yang arranged ambil gambar, parents dipaksa bayar...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Time aku tadika takde photoshot gitu. Yg ada cuma gambar ramai2 kt pentas.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2019 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru smlm ank buah konvo. Dia kena jd cikgu. Sejak bila xtau muncul tema2 mcm ni.,
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 11-11-2019 04:09 PM
Masa i tadika kamera blm dicipta lg..

Moohong....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
husie91 replied at 11-11-2019 04:42 PM
Zaman sekarang ni semua profit oriented.. semua jadi opportunist, janji dapat duit.. semua benda bol ...

Sbb tu bagus. Byk job yg dicreate. Dlu xperlu service maid part time now dah boleh. Dulu xboleh jd influencer now influencer antara job yg sgt lumayan. I look at positif side.

Sgt byk job yg boleh dicreate utk org berduit & xde masa atau malas.

Dan persaingan sgt byk, so rm20 tu dulu xdpt. Tp mak ayah skrg yg lembik. Kita dlu mak ayah xmampu nk bg, kalau tantrum mmg kene balik rumah nanti. Ni buat cerita sedih pulak. Pdhal bkn ayah dia tu xboleh ambik gmbar dgn henpon

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 07:05 PM | Show all posts
Zaman I SPM dulu, baru nak start budak2 buat prom night. I rasa skrg ni mesti lagi dahsyat. Maybe sbb skolah bandar kot? Tapi, prom night ni bukan program official sekolah la...budak2 organize sndiri kat hotel.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.083604 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list