Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
2475
View
141
Reply

[Tempatan] Peguam: Usaha cabar kewujudan sekolah2 vernakular Cina, Tamil baru bermula

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-11-2019 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Peguam: Usaha cabar kewujudan sekolah Cina, Tamil baru bermula

https://www.malaysiakini.com/news/499491

Diterbitkan Hari ini 10:59 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 11:52 tengahari



Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk mencabar kewujudan sekolah-sekolah vernakular, sebagai bukan pengakhiran.

Sebaliknya Khairul berkata kes itu baru saja bermula.

"Apa yang berakhir semalam di Mahkamah Persekutuan sahaja apabila mahkamah enggan membicarakan kes ini mengikut Perkara 4(4) Perlembagaan.

Yang belum difailkan adalah cabaran di bawah Perkara 4(1) Perlembagaan di Mahkamah Tinggi.

Isu merit permohonan juga belum dibicarakan dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Jadi kes ini belum berakhir. Ia baru bermula, katanya dalam satu kenyataan.

Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Perlembagaan sebagai undang-undang utama Persekutuan Malaysia dan sebarang undang-undang yang diluluskan selepas merdeka yang tidak selaras dengannya adalah tidak sah.

Dalam usul yang difailkan pada 23 Okt lalu, Khairul juga seorang peguam memohon pengisytiharan daripada Mahkamah Persekutuan bahawa keputusan parlimen meluluskan pindaan kepada Seksyen 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 supaya kewujudan sekolah vernakular diteruskan, adalah bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menamakan menteri pendidikan dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Dalam penghakimannya semalam, Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed antara lain memutuskan parlimen ada bidang kuasa untuk mengubal undang-undang mengenai pendidikan, dan isu perlembagaan hanya boleh didengar di Mahkamah Tinggi.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di Facebooknya, Khairul turut melampirkan keratan laporan akhbar bahasa Cina berkenaan keputusan mahkamah itu.

"Akhbar Cina meraikan kejayaan palsu 'kemenangan mereka di Mahkamah Persekutuan semalam berkaitan isu sekolah vernakular. Tak mengapalah, ini semua propaganda perkauman," katanya.

Katanya lagi, tidak timbul isu kalah menang dalam keputusan semalam dan beliau kini sedang menyiapkan dokumen saman untuk membawa kes itu ke peringkat Mahkamah Tinggi.

Dalam saman asalnya, Khairul parlimen tiada kuasa untuk mewartakan Seksyen 17 dan Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 yang berkaitan dengan sekolah jenis kebangsaan.

Menggunakan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Julai 1982 dalam kes penubuhan Universiti Merdeka sebagai asas permohonan, beliau berkata keputusan itu menunjukkan hal-hal bersangkutan dengan pelajaran dan pendidikan bagi maksud rasmi maka jelas Perkara 152 hendaklah digunakan.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan pula berkenaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan merupakan tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang dalam Parlimen.

Seterusnya, Perkara 152 (1)(a) menyatakan tiada siapa yang boleh dilarang menggunakan (selain bagi maksud rasmi) atau daripada mengajar atau belajar bahasa lain. Perkara 152(1) (b) pula berkata kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri boleh meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam persekutuan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruskan usaha...pastikan berjaya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
aku sokong 100%
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
tu la cina dap.. yg dikejar tak dpt.. yg dikendung berciciran haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
korg dh derma k belum untuk peguam nie, mcm dia ada minta derma bca fb hri tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 05:00 PM | Show all posts
Maakkkk LOBI!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap kalah lah engko....Bahasa Mandarin bahasa penting kot..Kanji Jepun pun penting.

BM tu YG Tak penting utk Cari kerja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 11:49 PM | Show all posts
nobito replied at 12-11-2019 08:57 PM
Harap kalah lah engko....Bahasa Mandarin bahasa penting kot..Kanji Jepun pun penting.

BM tu YG Ta ...

Aku sepak ko sampai mandul .
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana replied at 12-11-2019 11:49 PM
Aku sepak ko sampai mandul .

Sila berpijak di Bumi yang nyata.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 01:33 AM | Show all posts
hahaha usik lagi sarang tebuan.

terus usaha aku support.

biar jadi mcm indon, aku nengok chinese dan malay indon mudah berasimilasi sbb bahasa dan nama setara.

cuma kami malay sini masih benarkan chinese gunakan nama, bertutur dan bebas berbudaya.

tapi jgn cabar lebih2.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 05:03 AM | Show all posts
nobito replied at 13-11-2019 12:30 AM
Sila berpijak di Bumi yang nyata.

Sila berambus ke negara asal moyang ko.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 08:51 AM | Show all posts
hahaha ksian aku dgn buzze azam ni.....makin biol meroyan lepas kalah PRU haritu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 09:34 AM | Show all posts
Buah petola buah peria

Inilah dia

usaha yang bermatlamat baik sebegini perlu bermula di mana2

bergerak ke depan perlu bermula dengan langlah pertama

syabas dan tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti kalau ada pulak loyar cina bawak ke court mintak ditarik keistimewaan Bumiputra gimana?? Meloncat sontap meroyan pastinya kan??? Bodoh bahlol punya loyar kepam
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 02:56 AM From the mobile phone | Show all posts
nobito replied at 12-11-2019 08:57 PM
Harap kalah lah engko....Bahasa Mandarin bahasa penting kot..Kanji Jepun pun penting.

BM tu YG Ta ...

Melayu kepam tak sampai kesitu pemikirannya. Tu pasal lah sampai kiamat mampu  jadi bangsa pengguna semata, tak mampu mencipta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana replied at 12-11-2019 11:49 PM
Aku sepak ko sampai mandul .

Mandarin tu dah jadi bahasa UN, setaraf English, french, spanish. Renungkan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgg @cmf_shalom balik xmas dan bagi aku dokumen yg tentang kekesalan inggeris benarkan sekolah vernakular di Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 14-11-2019 02:56 AM
Melayu kepam tak sampai kesitu pemikirannya. Tu pasal lah sampai kiamat mampu  jadi bangsa penggun ...

Terhina je yang lebih...buat Kongres Marah Melayu takda outcome....Rasa terhina Tak sudah2 je sampai kiamat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pyropura at 14-11-2019 01:42 PM
nobito replied at 14-11-2019 12:54 PM
Terhina je yang lebih...buat Kongres Marah Melayu takda outcome....Rasa terhina Tak sudah2 je samp ...


Paling aku tak dapat nak stomach sunantiasa rasa terancam dan terhina dari Cina bangsa minoriti tuuww . Bangsa minoriti je puunn
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 05:10 PM | Show all posts
pyropura replied at 14-11-2019 02:58 AM
Mandarin tu dah jadi bahasa UN, setaraf English, french, spanish. Renungkan.

Bahasa Arab bahasa syurga !
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.097726s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list