View: 2387|Reply: 26
|
[Tempatan]
Penerima anugerah PhD paling ramai 632 orang
[Copy link]
|
|
UPM anugerah ijazah PhD kepada 632 graduan
BANGI: Seramai 6,015 graduan akan menerima ijazah masing-maing pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-43 selain turut mencatatkan sejarah baharu dengan penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) paling ramai iaitu 632 orang.
Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris, berkata majlis pengurniaan ijazah sebanyak lapan sesi selama empat hari bermula Sabtu ini itu turut akan dirasmikan oleh Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada hari pertama dan seterusnya oleh tiga Pro Canselor lain iaitu Tan Sri Lim Ah Lek, Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Prof Emeritus Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim.
Katanya graduan pelbagai program pengajian akan menerima ijazah dan diploma masing terdiri daripada penerima Ijazah Sarjana seramai 1,554 orang, Ijazah Sarjana Muda seramai 3,337 orang dan Diploma seramai 492 orang.
“Selain daripada UPM mencatat sejarah penerima PhD teramai tahun ini, UPM turut mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada Tan Sri Anthony Francis Fernandes pada sesi pertama.
“Kami berasakan ia sangat sesuai kerana banyak sumbangan Air Asia dan Tony kepada UPM, khususnya dalam bidang akademik serta kerjasama logo UPM pada pesawat Air Asia.
“Selain itu, UPM akan mengurniakan Anugerah Gelaran Profesor Emeritus kepada lima penerima iaitu Tan Sri Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah calon Fakulti Ekonomi dan Pengurusan; Datuk Dr Mohd Sham Kasim calon Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan; Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi Baharumshah calon Fakulti Ekonomi dan Pengurusan; Prof Dr Maimunah Ismail calon Fakulti Pengajian Pendidikan dan Prof Dr Wan Ishak Wan Ismail calon Fakulti Kejuruteraan,” katanya pada sidang media Majlis Konvokesyen UPM Ke-43, di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPM Prof Dr M Iqbal Saripan; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman dan Ketua Pentadbiran Akademik dan Antarabangsa UPM, Rosdi Wah.
Sementara itu, Dr Aini juga berkata tahun ini UPM turut memperkenalkan penganugerahan baharu iaitu Anugerah Tun Abdul Razak dan Pingat Emas BasNet Doktor Falsafah.
“Bagi pengurniaan pemenang hadiah peringkat universiti terdapat 14 anugerah secara keseluruhannya antaranya Hadiah Pingat Emas Canselor, Anugerah Diraja (Bumiputera), Anugerah Pelajaran Diraja (bukan Bumiputera) dan Pingat Emas Yayasan Pak Rashid.
“Pemenang akan menerima wang tunai antara RM3,000 hingga RM5,000 ikut kategori, pingat dan sijil.
“Selain itu, kita juga mempunyai atlet negara yang turut akan bergraduat antaranya Bibi Nuraisyah Ishak (olahraga), Cheong Jun Hoong (terjun) dan Navinraj Subramaniam (olahraga),” katanya.
Majlis Konvokesyen UPM Ke-43 akan diadakan pada 16 sehingga 19 November di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Sahah (PKKSSAAS). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ramainya.. dah grad phd ada kerja tak tu? Nanges aku baca seramai tu yg grad phd.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 ada juga PHD tapi dia dah kerja (cuti belajar), ambil separuh masa (sambil kerja) dan mcm2 lagi, tak semestinya semuanya menganggur ya.
Lainlah kalau Ijazah Sarjana Muda, tu mmg ramai yg belum kerja.
|
|
|
|
|
|
|
|
negara kita PHD ramai...tapi di tadbir pemimpin SPM |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 12-11-2019 04:29 PM
negara kita PHD ramai...tapi di tadbir pemimpin SPM
Nangess weih aku baca komen ko |
|
|
|
|
|
|
|
bua phd atau sambung belajar sebab xde/xdapat kerja lagi..ramaila
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tagas at 12-11-2019 04:38 PM
lebih baik ade spm/sijil/dip/degree tp ade keje tetap
berbanding postgraduate ade master/phd tp masih tanam anggur
lanjut usia bazir masa |
|
|
|
|
|
|
|
negara kita dikuasai fake degree
yg mengangkat mereka tu ada degree tulen |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
rykall replied at 12-11-2019 04:19 PM
Kadang2 ada juga PHD tapi dia dah kerja (cuti belajar), ambil separuh masa (sambil kerja) dan mcm2 ...
Maksud i peluang keje la.. sori terpukul rata pulekkk.. jangan sentap ye.. i graduan upm jugek.. tanam anggur ni muahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Kwn aku pun makin ramai ada PHD, AP, etc. |
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya org yg sambung PhD ni:
1. dia keja sebagai pensyarah dan wajib sambung PhD (jika dia bekerja di IPTA). Sambung PhD sama ada buat Full Time ambik scholarship mcm SLAB/SLAI atau sambung Part time (sambil keja/mengajar, sambil buat PhD)
2. Dia keja sebagai penyelidik di MIMOS atau SIRIM, sambung PhD bagi gempak skit ada title Dr. Kat depan dan untuk career path naik pangkat nanti
3. Dia keja di syarikat swasta bahagian R&D & utk career path dia jugak.
Jangan perlekeh/persoal kalau ada org tu jenis sambung belajar lepas Degree -> Master -> PhD dan lepas tu dia tak dapat keja di kemudian hari.
Rezeki masing2.
Tengok2 yg dok persoalkan tu nanti kena buang keja VSS/retrenchment, alih2 orang yg smbg belaja PhD tu ambik tempat dia pulak.
Kita doakan yang baik2 sahaja.
|
|
|
|
|
|
|
|
zacks replied at 12-11-2019 06:04 PM
Selalunya org yg sambung PhD ni:
1. dia keja sebagai pensyarah dan wajib sambung PhD (jika dia b ...
Posting terbaik setakat ini
Yg perlekeh tu mungkin jeles mereka tak mampu nak sambung belajar,mohon biasiswa pun tak dpt
Dia rasa keja eksekutif gaji sebulan 3k dah hebat sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Bila masa pula UM bg Zizan tu PHD? Dah terang2 satu Kenyataan Media UM dah nafikan. UM ada kelas tersendiri. Tak hadap bisnessman penipu camni.
|
|
|
|
|
|
|
|
rykall replied at 12-11-2019 07:36 PM
Bila masa pula UM bg Zizan tu PHD? Dah terang2 satu Kenyataan Media UM dah nafikan. UM ada kelas t ...
Tu la... dia kelentong rakyat malaysia. Tp pengikut dia hadap jugakkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
yang pasti pengikutnya siapa??? MELAYU. Senang nak tipu bangsa ni. Tengok PRU... sampai kena kencing manifesto, belum lg panggilan scam, pun ramai tertipu juga... ni dah terang2 memang PHD pun palsu, ada yg sanggup join juga... bukan murah tau, beli buku dll dekat ribu2 juga.
Tapi bila sentuh bab ASB / ASB2 Melayu pling rajin dok kaji halal-haram, tapi akhirnya melabur ke skim cepat kayap.
|
|
|
|
|
|
|
|
zacks replied at 12-11-2019 06:04 PM
Selalunya org yg sambung PhD ni:
1. dia keja sebagai pensyarah dan wajib sambung PhD (jika dia b ...
Setuju.
Zmn aku dulu member2 tak dpt keje jadi RA, buat master apply pensyarah, dpt Grant buat PhD.
Sekarang masing2 dh Prof.
Ada yg keje Dept R&D atau tech tu mmg company sendiri yg hantar buat PhD, ditaja dan contract.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|