CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22385|Reply: 81

[DRAMA MELAYU] CEMBURU SEORANG PEREMPUAN - EMMA MAEMBONG,AMAR BAHARIN,AMYRA ROSLY

[Copy link]
Post time 13-11-2019 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 15-11-2019 05:04 AM



Nantikan drama adaptasi novel Cemburu Seorang Perempuan karya Siti Hazneza di slot MegaDrama saluran Astro Ria. Dibintangi oleh Amar Baharin, Amyra Rosli dan Emma Maembong. Akan ditayangkan mulai 29 Oktober ini setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Astro Ria slot DramaVaganza.


JUDUL : CEMBURU SEORANG PEREMPUAN
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 Oktober 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria & Astro Ria HD
PENULIS NOVEL : Siti Hazneza Abdul Hamid
PENGARAH : Eyra Rahman
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Emma Maembong, Amyra Rosli, Amar Baharin, Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sabrina Ali, Amir Nafis, Mior Darwish, Nazrief Nazri, Rashidah Jaafar, Elmy Moin


WATAK PELAKON
Emma Maembong sebagai Emilia
Amyra Rosli sebagai Dhia
Amar Baharin sebagai Zikri
Bella Dowanna sebagai Kila
Dini Schatzmann sebagai Najib
Fauzi Nawawi sebagai Sufian
Lisdawati sebagai Lea
Sabrina Ali sebagai Nat
Amir Nafis sebagai Badri
Nazrief Nazri sebagai Shah
Mior Darwish sebagai Eizlan


SINOPSIS CEMBURU SEORANG PEREMPUAN
Zikri dan Dhia berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakraban mereka membuatkan keluarga Zikri tidak senang kerana Dhia dari keluarga yang tidak berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.

Zikri kemudian berkahwin Emilia. Hidup mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emilia tidak boleh mengandung lagi. Disebabkan itu, Emilia mahu Zikri mengahwini sahabat baiknya, Dhiya untuk melahirkan anak mereka dengan kaedah ibu tumpang.

Dhia rela kerana dia memang kasihkan Zikri. Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja. Namun Emilia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya sehingga bertindak di luar batasan kewarasan fikiran.


Siapa ada layan cerita ni...best jalan cerita ni..lakonan masing-masing mantap..




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 07:54 PM | Show all posts
Pehh akhirnya ada jugak yang bukak thread. Aku nak bukak, tapi aku malas nak karang intro pepanjang hikhik

BTW, selain dari kehebatan amyra rosli yang memang kita tau terer mengalirkan air mata dia dan kita, drama ni juga membuka mata kita akan bakat emma maembong... or should i say terbuka hijab kita huhuhuhu tak sangka, memang macam onggila betul la emma dalam cerita ni. hopefully lepas ni emma akan lebih memilih drama nak berlakon, jangan asek skrip sama je. Hang berbakat besaq kot emma

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 07:55 PM | Show all posts
Setakat pelakon yang kehulu kehilir meratib dialah paling berseni, paling artistik sekali tapi takde sape ambik berlakon sebab followers tak ramai tu - macam lepat pisang je emma maembong lipat dengan performance emma dalam drama ni huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu la.. selama ni tgk dia berlakon citer michael ang x nmpk bakat dia.. this one mmg i rasa takut betul tgk emma jd psycho.. amyra mmg dah biasa tgk cmtu.. fauzi nawawi pun best
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
yup mmg best sesangat citer ni..
watak emma dlm drama ni mmg lain dr kebiasaan yg dia biasa bawa..menjadi watak psiko..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2019 11:46 AM | Show all posts
Episod paling sedih bila abah dhia meninggal...mantap betul lakonan fauzi nawawi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-11-2019 11:48 AM | Show all posts
Episod semalam dhia dah sedar...padan muka zik ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 02:00 PM | Show all posts
akhirnya ada benang drama ni d bod drama .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 03:55 PM | Show all posts
burberry replied at 14-11-2019 11:46 AM
Episod paling sedih bila abah dhia meninggal...mantap betul lakonan fauzi nawawi..

tgh tgk kat utube ni ha.sungguh latime abah dia meninggal tu...berjurai2 airmata ni ha. siot tui.


tak sangka emma blakon superb. psiko yg cun giteww



Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 04:11 PM | Show all posts
suka drama ni. pelakon semua kena dengan watak
emma comel gila dengan style rambut dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 04:19 PM | Show all posts
actress yg bawak watak kila tu budak yg berlakon iklan raya tnb kan
suka gila muka dia, cute
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2019 04:45 PM | Show all posts
Episod hari ni..,,dhia dah keje...si shah tu bos dia plak..si zikri dah mula cemburu..yahooo....go dhia..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ian tu anak siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 10:34 PM | Show all posts
ha..baru ada bod drama ni....

lakonan emma dalam citer ni memang psiko habis k..

part paling sakit hati bile ugut zik nak toreh pisau kat tgn...

bile zik pujuk then cakap dhiya tu cuma kawan baik...

cara emi buat senyum jahat tu haishh rasa macam nak amik pisau tu toreh muka dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Pagi ni mencari semula novel ni, refresh balik ending cerita ni, aduhhh rasa tak sanggup nak tengok kalau endingnya sama mcm dalam novel..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 10:50 AM | Show all posts

Anak emi dengan zikri kot. Tapi dia tak sayang sebab cacat mata macam mata pirate. Tapi itulah aku heran, lagak si zikri masa dengan dhiya macam dia baru first time ada anak kekdahnya.
Dan aku rasa agak spoil la ambik nazrief ke apa jadi exstalker dhia. Tapi menjadi jugakla kot lakonan jantan gatal nazrief tu sampai aku geli tengok cara dia bercakap

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2019 10:51 AM | Show all posts
Tengok semalam dia bagi teaser episod baru, abang ipar emi tu nak goda emi pulak. Dah la emi tu psiko, mudah dieksploitasi... kesian emi. cilaka punya kakak tak guna dia dan abang ipar!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 10:55 AM | Show all posts
lamaaa tunggu benang ni bukak..finallyyy
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 10:57 AM | Show all posts
fanamyrarosli replied at 15-11-2019 10:51 AM
Tengok semalam dia bagi teaser episod baru, abang ipar emi tu nak goda emi pulak. Dah la emi tu psik ...

abg ipar tagune tu mmg syok kat emi kan
kan dia penah ckp kt kakak emi


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 11:22 AM | Show all posts
bakalan stres lagi tgk ep ptg ni ....
geli la tgk abg ipar emi tu ......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.141092 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list