Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
541
View
5
Reply

[Tempatan] Tak minat belajar, masalah keluarga, berkahwin dan bekerja antara punca 12,281 pelajar tercicir pelajaran di Selangor

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-11-2019 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Tiada minat, kahwin antara faktor pelajar tidak teruskan persekolahan


SHAH ALAM: Seramai 12,281 pelajar di negeri ini didapati tidak meneruskan persekolahan, termasuk atas faktor tiada minat, masalah keluarga, berkahwin, takut ke sekolah dan bekerja.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata jumlah itu membabitkan seramai 11,031 pelajar sekolah menengah dan 1,250 lagi peringkat sekolah rendah.

Bagi sekolah menengah, bilangan pelajar tidak meneruskan persekolahan kerana berhenti ialah 10,094 orang, tidak berminat ke sekolah (549), bekerja (183), masalah keluarga (123), sukar ke sekolah (43), berkahwin (19), takut ke sekolah (11) dan kemiskinan (sembilan).

Bagi sekolah rendah pula, faktor berhenti sekolah membabitkan 863 pelajar, masalah keluarga (198), tidak berminat ke sekolah (128), sukar ke sekolah (29), kemiskinan (15), takut ke sekolah (lapan), bekerja (tujuh) dan berkahwin (dua), katanya ketika menjawab soalan Mazwan Johar (PH-Sungai Ramal) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini, hari ini.

Mazwan ingin mengetahui jumlah pelajar di Selangor yang tidak meneruskan persekolahan, dan langkah kerajaan negeri untuk memastikan pelajar yang bekerja tidak ketinggalan dalam akademik.

Mazwan turut bertanya sama ada kerajaan negeri atau Jabatan Pendidikan Selangor memiliki sistem khusus untuk membantu pelajar sekolah yang menghadapi masalah kewangan atau kewarganegaraan.

Menjelaskan lanjut, Amirudin berkata, kerajaan negeri melaksanakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bagi memastikan pelajar sekolah yang bekerja tidak ketinggalan dalam akademik.

PTRS boleh dilaksanakan dengan waktu fleksibel, tertakluk pada waktu ditetapkan oleh sekolah masing-masing.

Program ini juga dilaksanakan untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, Jabatan Pendidikan Selangor tidak memiliki sistem khusus untuk membantu pelajar sekolah yang berdepan masalah kewangan atau kewarganegaraan.

Namun, Jabatan Pendidikan Selangor ada cara untuk membantu pelajar yang layak. Antaranya, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Program Susu Sekolah dan lain-lain lagi.

Selain itu, Kementerian Pendidikan turut melaksanakan Program Ziarah Cakna untuk bertanya khabar dan memberi penerangan kepada keluarga, katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
So dari data tu dah boleh agak golongan B40 ni spesis yg mcm mana kan? So xpyh la nak backup lebih2 lg lepas ni kalau jumpa berita duduk rumah pondok ank 12 yach. Sendiri yg mmg malas n xminat belajar. As i expected hanya 10% or maybe less yg mmg betul2 atas faktor xmmpu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2 jadi malas g sekolah sbb tak mampu nk catch up dlm kelas. Nanti cikgu bising2, banding2. Lama2 lemau nk pergi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ader makpak pemalas nak sekolahkan anak tak masuk carta ker
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 10:22 PM | Show all posts
Malas itu penyakit. Malas itu penyakit yang  ada pada semua bangsa atas muka bumi ini ,xde satu bangsa pun xmalas . Satu-satu yang tak pernah malas ialah Tun M. Umur masuk haul liang lahad namun kerja dunia tetap di tongkat .

Sebenarnya Tun M yang guna tongkat.

Pandai mencela bangsa mengatakan hanya mahu kan tongkat ,bukan Tun M ni tongkat langit ke!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Pi sekolah sekdar hadir pun masalah.just cukup umur tk merayap.keluar umh siap baju sekolh ,tk sampi sekolah.ramai gk budak yg jadi gini dr keluarga tk peduli.budak pi sekolah pun ada parent tk bangun tidur lg.Mcm mana budak nk sekolah.
Undang 2  wajib kan parent sekolah kan anak smpai umur 12 tahun..Lepas umur tu terpulang.
Jadilah sorang kwn tu,anak tiri suka ponteng sekolah sbb malas. mak depa tak kisah.mk jenis bangkit waktu lunch.so sbg mak tiri,kwnku pi ckp kt ank tiri, hangpa kalau berenti sekolah pun tak pa.jimat duit kami.setahun ponteng 63 hari,baik tak payah sekolah,potong nama..sejak tu elok lak tak ponteng dah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.075155s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list