Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
3097
View
84
Reply

[Tempatan] Labelkan ibu bapa 'toksik' tak hadiahkan iPhone kalau anak mereka cemerlang SPM. Teruk kena kecam. Akaun nyahaktif

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-11-2019 11:25 PM | Show all posts |Read mode
Jangan jadi hamba gajet! - Gadis dikecam gelar mak ayah toksik kerana tak mampu hadiahkan anak iPhone

KETERLANJURAN kata seorang gadis di laman Twitter ternyata mengundang padah apabila dia teruk dikecam.

Komen gadis itu melabelkan ibu bapa yang tidak memberi hadiah berikutan keputusan cemerlang anak mereka sebagai 'toksik' cukup tidak disenangi netizen.

"Mak bapak toxix can't relate," tulisnya sambil mengulang kicau satu posting mengenai seorang individu yang menerima telefon pintar iPhone 11 atas keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Hasil semakan mStar pada Rabu mendapati akaun Twitter gadis berkenaan gagal ditemui, dipercayai sudah dinyahaktif atau menukar daftar namanya.

Namun, dia berterusan menerima kecaman apabila paparan skrin posting asalnya menjadi perdebatan ramai di laman sosial itu.

Kata netizen, panggilan 'toksik' kepada ibu bapa yang tidak mampu membeli telefon pintar berjenama terkenal buat anak mereka bagaikan satu penghinaan dan cukup biadab.

Malah, segelintir individu turut mencadangkan supaya dia mengumpul wang sendiri dan tidak berharap diberi sebarang hadiah dari kedua orang tuanya.

Posting asal yang tular di Twitter.

"Tolong jangan jadi hamba gajet sampai sanggup menghina ibu bapa yang kurang mampu membeli iPhone pada anak mereka.

"Saya jarang aibkan orang, tapi manusia ini harus dikeji," tulis @XavierNaxa sehingga menerima hampir 3,000 ulang kicau (Retweet).

Selain itu, netizen turut memberi nasihat agar dia mensyukuri nikmat yang diberi.

Malah, gadis itu turut diberi saranan agar lebih menghargai apa yang ada di depan mata kerana setiap ibu bapa memiliki kemampuan yang berbeza-beza.

"Mak bapak toksik tu la yang sediakan makan minum cukup. Hantar pergi sekolah untuk jadi bijak. Nak iPhone ke, PS4 ke, motor baru sekalipun kena usaha sendiri la cari duit.

    Tolong jangan jadi hamba gajet sampai sanggup menghina ibu bapa yang kurang mampu membeli iPhone pada anak mereka.
    @xaviernaxa
    PELAYAR TWITTER

"Walaupun maksud kau lain dik, tak perlu la tweet macam ni untuk mengelakkan salah faham. Kita semua dilahirkan dalam keluarga yang berbeza. Publisiti murahan.

"Ibu bapa saya tak pernah belikan saya telefon, adakah mereka toksik?

"Aku tak tahu apa perasaan mak bapak dia kalau baca tweet dia ni. Aku baca pun rasa kesian," tulis beberapa netizen.

Terdahulu, seorang gadis dikenali @dzubaharuddin memuat naik foto dia menerima iPhone 11 pemberian ibunya.


Model iPhone 11 keluaran Apple yang menjadi kegilaan ramai.

"Kata ibu, hadiah sempena result SPM yang membanggakan.

"SPM 2017, akhir 2019 baru dapat, sebab tu ia berharga. Tak macam anak orang kaya lain but setiap keperluan anak-anak ibu abah tunaikan," tulis gadis itu.

Ia kemudiannya dikongsi semula gadis berkenaan yang menggelarkan ibu bapa yang tidak berbuat sedemikian sebagai toksik sebelum ia pantas menjadi tular.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku zaman flat A pun makan restoran seafood tepi tasik je
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya parent dia dapat anak bongok pikir iphone jah
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak i tak perlu tunggu cemerlang utk dapat hadiah

Sebab dalam fikiran i, kalau anak nak apa2 boleh je tunaikan selagi mampu dan ada batasan la jugak, cmna nk explain ntah
Cuma i rasa x sggup kalau jd apa2 kt anak (mati ke apa) pastu x smpat dapat apa yg dia nak

Tapi tak patut la gelar ibubapa yg x mampu tu sbg toksik ke apa

Mengada2 sangat mmg mintak kena rotan budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2019 11:58 PM | Show all posts
KIM.K replied at 13-11-2019 11:37 PM
Aku zaman flat A pun makan restoran seafood tepi tasik je

nak juga beritahu flat A , ye ke tidak ke tu,yawnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana replied at 13-11-2019 11:58 PM
nak juga beritahu flat A , ye ke tidak ke tu,yawnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Aku takyah belajor pun flat A..tapi bukan spm ler
Takpernah lak meminta-minta kat parent
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 12:08 AM | Show all posts
KIM.K replied at 14-11-2019 12:04 AM
Aku takyah belajor pun flat A..tapi bukan spm ler
Takpernah lak meminta-minta kat parent

sebab tu aku nampak ko bijak .
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
memang kat CI ada acik all in ye

semua issue mesti dia kait diri dia

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Apalah .. beli sendiri laa .. x mampu buat cara tak mampu .. dah untung dibela sampai ke besar .. tak bersyukur lgsg
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 02:30 AM | Show all posts
Alahh..berani kat socmed jee...cuba dia cakap depan parents dia yang diorang toxic
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni faham ke tak konsep toksik ni main balun cakap ja, kalau makpak janji nak beli iphone tapi janji tak ditepati itu pun baru masuk kategori separuh toksik,

Kau nak tgk makpak toksik tu Oks contoh dia guna Leon untuk dapat rumah agam dan elaun berjuta2, yang bapak dia pulak tak mengaku dia anak, baru kena dengan konsep makpak toksik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila kasih sayang diukur dgn kebendaan
..itu je ke value parents pada dia?
Ucapan rasa simpati aku kepada mak bapak budak pompuan ni
Semoga bila dia sdr jadi mak nanti, dia diuji kaw2 dapat ank yg semua benda nak
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnye budak tu kena bersyukur. Toxic2 mak bapak ko..lahir jugam ke kat dunia ni..
Klu tahu kuang jaq cmni..lahir2 je..flush je kat jmban..
Done marah subuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
baru tahu perkataan toxic parent la tu. mohon org macam ni jgn membiak. esok2 anak korang pulak mentoxickan korang dengan alasan dia x minta dilahirkan... giteeew
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
bersyukur sebab spm ke apa ke takde A langsung.. tak payah janji macam2 dgn mak ayah. dah besar sekarang ni, kurex pulak yg bagi mak ayah hadiah. duit belanja sekolah pun dah dikira macam hadiah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Off topic

Warga bbnu socmed mmg suka guna perkataan toxic people heheeee. Aku pernah record video igstory anak sedara yg publickan ig dia.... pastu send kat mak dia... later on dia ngamok2 kat twitter/ig ckp geng gigih screenshot/record igstory ialah  toxic people . Sendiri menayang ig merata2 sendiri nak ngamok. Mentang2 mak dia alim2 tak sentuh ig twitter ngko  igt aku borobudur sgt ...takat video screen

Sampai harini aku masih tak paham apa maksud sebenar toxic kat bbnu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pon rasa dia main ckp je tu..xpaham pon maksudnya..acah2 bbnu
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 08:18 AM | Show all posts
jauh langit dan bumi antara keberkatan dan iphone
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak semua mak bapak kaya
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Geng bbnu ifag mmg mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.104917s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list