View: 7309|Reply: 102
|
[Tempatan]
Parent neraka dari Singapore
[Copy link]
|
|
SINGAPURA: Sepasang suami isteri mendera kejam anak lelaki mereka yang berusia lima tahun dengan mengurungnya dalam sangkar kucing sebelum menyimbahnya dengan air menggelegak semata-mata tidak mahu mandi, sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu.
Azlin Arujunah dan suaminya Ridzuan Mega Abdul Rahman, kedua-duanya 27 tahun, sering memukul mangsa termasuk menggunakan penyapu, malah kanak-kanak itu juga tempang sedikit kerana tempurung lututnya senget akibat didera, lapor Daily Mail.
Dalam hari pertama perbicaraan terhadap mereka semalam, mahkamah diberitahu mangsa dikurung dalam sangkar kucing pada 22 Oktober 2016, kerana enggan mandi sebelum bapanya mencurahkan air sepanas sekurang-kurangnya 92 Celsius pada belakang dan betisnya.
Mangsa yang identitinya dirahsiakan mahkamah, rebah dan terus tidak bergerak, tetapi ibu bapanya tidak membawanya ke hospital, sebaliknya menunggu enam jam sebelum mendapatkan rawatan.
Malangnya, dia meninggal dunia sehari kemudian dan pasangan itu ditahan susulan laporan dibuat terhadap mereka oleh pihak hospital.
Saksi pendakwa pertama yang memberi keterangan terhadap Azlin dan Ridzuan semalam, Profesor Madya Loh Tsee Foong berkata, mangsa mengalami lecuran tahap ketiga yang meliputi 75 peratus badannya, kecederaan buah pinggang akut, penyahhidratan, patah hidung, luka pada wajahnya selain lambat bertutur.
Selain itu, mahkamah diberitahu, Ridzuan Mega sebelum itu pernah menekapkan sudu yang dipanaskan pada tapak tangan mangsa kerana ‘mencuri’ susu tepung untuk dimakan.
Mangsa juga pernah dilecurkan dengan air panas sekurang-kurangnya empat kali sebelum kematiannya.
Azlin dan Ridzuan menghadapi hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup bagi tuduhan bunuh.
Mahkamah diberitahu, mangsa diserahkan sebagai anak angkat selepas kelahirannya pada 2011 tetapi kembali bersama ibu bapa kandungnya pada 2015. Mangsa mula didera kira-kira setahun selepas itu.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 November 2019 @ 7:32 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah. Kesiannya. Nak makan pon dilekap sudu panas. Mak pak setan!! |
|
|
|
|
|
|
|
Siyallll .... apa jenis makbapak la |
|
|
|
|
|
|
|
boyan ka ni? astaga. nape benci nau kat budak tu? alahai kesian kene siksa sampai mati |
|
|
|
|
|
|
|
setan mana terlepas ni..celaka betul buat kt anak sendiri mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
ini komen saya mewakili @famri7
"kalau tengokkan dari nama mereka spt ummah suchi, takkanlah ummah syurgawi berkelakuan sebegini" |
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade replied at 14-11-2019 08:57 AM
ini komen saya mewakili @famri7
"kalau tengokkan dari nama mereka spt ummah suchi, takkanlah um ...
Mod kat sana nama tak menunjukkan agama apa. Ramainya nama melayu/jawa/boyan tapi bkn muslim.. |
|
|
|
|
|
|
|
kakak mewakili sister serambi @famri7
|
|
|
|
|
|
|
|
Nama mega / arujunah nama bugis |
|
|
|
|
|
|
|
mak bpk dia gila. Babi pun syg ank. Dua ekor ni xtau dh nk dikategorikan sbgai haiwan apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti mak bapak angkat sedih bila dgr berita ni..daku doakan agar dua2 mmg sabit kesalahan dan dihukum mati mandatori...no mercy for you..bahagialah kamu di syurga wahai anak..tamatlah seksaan dan derita yang kamu hadapi selama ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by black_handbag at 14-11-2019 09:16 AM
ya allah sedihnya aku baca.. anak umo 5 thn sama cam anak aku. mmg budak ni ada kadang malas mandi. kenapa diseksa sampai macam tu? manusia apa macam ni..takde hati perut.. kesiannya seksanya hidup budak tu. aku setuju dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. tapi kalau dpt gantung sampai mati 2-2 eko ni pon bagus baru kau tau erti permbalasan
tp kan cane dia sumbat anak dia dlm sangkar kucing tu? pintu tu sempit kan.. adakah dia bukak yg bahagian tepi tu nak sumbat? kalau betullah mmg gigih betul nak mendera budak sampai mcm tu sekali
|
|
|
|
|
|
|
|
mati lebih baik dari berterusan tersiksa..maka berehatla anak selamanya di taman syurga menanti
terbantut selera aku pagi2 ni..
walo dh abis separuh pinggan..tak selera konon
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko beranak buat pe setan betul |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi!! Pagi2 dah buat aku stress dgn news mcm ni
Kalau kelahiran budak tu 1 kesilapan, silap tu dtg dr korang, mak bapaknya
Dua xsalah pun |
|
|
|
|
|
|
| |
|