CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5714|Reply: 34

"Saya Tak Gila Publisiti Murahan!" - Chef Wan Diselar Tak Sensitif Mua

  [Copy link]
Post time 14-11-2019 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Cef selebriti terkemuka, Datuk Redzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan telah mengadakan kunjungan selama empat jam ke wad kanak-kanak PPUKM bagi menghulurkan sumbangan yang diperoleh menerusi satu kutipan dana.


Rupa-rupanya terdapat pihak yang berasa kurang senang dengan tindakannya berkongsi gambar wajah pesakit kanak-kanak ketika membuat lawatan di wad Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur semalam.






Chef Wan meluahkan hal tersebut selepas terdapat individu yang menegur tindakannya itu yang disifatkan sebagai tidak sensitif terhadap pesakit.


  



Bagaimanapun, Chef Wan menjelaskan tindakannya untuk berkongsi gambar pesakit di Instagram itu sudah dimaklumkan terlebih dulu kepada penjaga dan pihak hospital.






"Tak ada langsung teringat di hati nak gunakan anak-anak itu untuk menjadikan diri saya nampak baik atau glamor.

"Bahkan, apabila saya memberitahu sebahagian ibu bapa dan jururawat yang saya akan post gambar mereka, mereka teruja kerana saya akan kongsikan kesedihan dan kesunyian mereka di hospital," tulisnya menerusi satu entri di Instagram.


Chef Wan turut menyatakan bahawa dalam setiap tindakan yang dilakukan pasti ada sahaja manusia yang akan cuba menghukum dan melihat sesuatu dari sudut negatif.


"Manusia ini ada segelintirnya jika nak cari kesilapan orang lain dan tidak berlapang dada, akan ingat yang bukan-bukan.

"Tak boleh ke dia melihat apa yang kami cuba lakukan adalah satu bentuk kebaikan yang datang ikhlas daripada kami semua untuk memberi senyuman kepada mereka," tulisnya lagi.


Bersabarlah Chef Wan. Anggaplah itu semua ujian bila nak buat perkara baik. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mcam chepone ni seorang yng berjaya tapi very vocal dn ditambah dengan lifestyle tak conform to expectation Acik2 bawang kepam memang akan sentiasa ada je tak betul.
Saya acik bawang juga tapi vogue. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak komen tp tak guna otak.. Chaf wan terbaik..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
I rasa kalau tak mintak izin pun takpe kot. Sbb bukan ambik gambar curi2. Budak2 tu posing elok je kot. Apa motif ambik gambar senyum tp tak izin post kat sosmed?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
aammyy: I rasa kalau tak mintak izin pun takpe kot. Sbb bukan ambik gambar curi2. Budak2 tu posing elok je kot. Apa motif ambik gambar senyum tp tak izin post ...


Biasanya kalau macam ni memang minta izin atau sekurangnya bagitau masa ambil gambar tu. Kalau kanak2 kita minta izin ibubapa atau penjaga. Ini adab, bro.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mmg pose mik gambar... bukan gambar curi2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2019 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree: Biasanya kalau macam ni memang minta izin atau sekurangnya bagitau masa ambil gambar tu. Kalau kanak2 kita minta izin ibubapa atau penjaga. Ini adab,  ...


Setuju. Mesti minta izin bila ambil gmbr org.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg chef wan ckp pn dia dsh minta izin pd penjaga sblm post
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 02:20 PM | Show all posts
ambil gambar pon sebelah parent lagi, itu pon diorang nak bising
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 03:52 PM | Show all posts
parent budak tu siap lg haa
agak2 la acik bawang kepam hati keladak aihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 04:51 PM | Show all posts
Kalau i seronok kot dapat masuk dlm IG chefwan.. ya.. bagi can la utk diroang bergembira. Okay je..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_Strawberry: Kalau i seronok kot dapat masuk dlm IG chefwan.. ya.. bagi can la utk diroang bergembira. Okay je..

Betul laaa.. Kan biasa keluar tv bila pesakit kanak2 dibagi sumbangan or hadiah dari vip or artis.. Kita pon tumpang gembira bila nengok ank2 tu happy..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh mangkuk ni, org tu tegur ko pn cara DM , ko yg meroyan mcm tenuk. Nyampah pulak ko kan. Bapuk tua
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian ChefWan semua x kena ye.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 10:35 PM | Show all posts
heshe takde respon ke pasal gossip ex menantu heshe claim heshe tido dengan mmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash la cef satu, selama ni asik ko je tgok org serba xbetul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2019 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
dah mmg chef wan org kaya low class pun
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 14-11-2019 09:35 PM
heshe takde respon ke pasal gossip ex menantu heshe claim heshe tido dengan mmmmmmmmmmm

Klau chepone nk tidur sekatil dgn kawan lelaki dia, apa salahnya?! Ko xpernah tidur sekatil dngan kawan sejantina?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
QueenIsolde replied at 14-11-2019 09:51 PM
Cash la cef satu, selama ni asik ko je tgok org serba xbetul

Tp klau dia ckap benda xbetul kt orang, mmang xbetul. Yng ni orng ckap kat dia benda xsalah pon dia buat
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 17-11-2019 09:49 AM
Tp klau dia ckap benda xbetul kt orang, mmang xbetul. Yng ni orng ckap kat dia benda xsalah pon di ...

Xbetul or betul according to whose judgement? His only judgement ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.128293 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list