CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1002|Reply: 16

[Tempatan] Pesara guru CASH rugi RM113,600 ditipu Inspektor Nila

  [Copy link]
Post time 14-11-2019 01:05 PM | Show all posts |Read mode
PESARA guru kerugian RM113,600 selepas diperdaya sindiket Macau Scam dengan mendakwa mangsa ada tunggakan kad kredit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab Ghani berkata, kejadian berlaku bulan lalu apabila wanita berusia 74 tahun itu menerima panggilan telefon individu yang mendakwa dari Mahkamah Kuantan.

“Suspek mendakwa mangsa ada hutang kad kredit RM13,000. Mangsa menafikan perkara itu.
–– ADVERTISEMENT ––

“Panggilan kemudian disambungkan kepada seorang lagi suspek yang mengaku Inspektor Nila dan meminta butiran akaun mangsa serta mengarahkan mangsa ke bank.

“Sebaik tiba di sebuah bank di Port Dickson, mangsa diminta ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mengikut arahan suspek kononnya untuk tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Aibee, tujuh pindahan wang dilakukan ke tiga akaun bank berlainan dengan jumlah keseluruhan RM113,600 dari 1 hingga 7 November lalu.

“Mangsa hanya menyedari diperdaya selepas menyemak akaunnya hanya berbaki RM200,” katanya.

Berikutan itu katanya, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 November 2019 @ 12:50 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya makcik ni...habih duit pencen. Lepas ni harap belas ehsan anak2 utk kelangsungan hidup
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 01:21 PM | Show all posts
pagi ni office iols dapat phone call scammer.. iols ntah kenapa.. hari ni duk tunggu untuk sambungan seterus..
mula2x.. pompuan ala india mcm perakam suara ckp.. lepas tu.. pompuan suara mcm indon ckp nak transfer..
last2x ckp ngan seorang lelaki "mahkamah majisterer melaka"
iols terus ceramah kat dia..
dia balas maki2x .. iols maki dia balik..

so pagi ni rasa puas.. sbb dapat ckp ngan scammer
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 01:27 PM | Show all posts
scammer ni mmg aim org banyak duit dlm akaun jek ker?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Scammer ni org dlm banking institution la dia tau sapa pegang duit cash 100k
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 02:23 PM | Show all posts
gujiwa replied at 14-11-2019 01:21 PM
pagi ni office iols dapat phone call scammer.. iols ntah kenapa.. hari ni duk tunggu untuk sambungan ...

hakak pun penah dapat call camni...memula machine bercakap, pastu transfer ke satu jantan cakap dari mahkamah majistret melaka...terus hakak cakap, motip kes kat melaka call hakak? pi tipu org lain...akak hang up....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2019 02:25 PM | Show all posts
haha kelakar ada dulu baca komen kat fb ...orang tu memang keje kat mahkamah duta pun scammer try
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 03:20 PM | Show all posts
gujiwa replied at 14-11-2019 01:21 PM
pagi ni office iols dapat phone call scammer.. iols ntah kenapa.. hari ni duk tunggu untuk sambungan ...

terbaik....kalau dpt rakam audio masa tu lagi best...baru kita tau mcmana nak maki2 scammer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols pun penah je melayan buat2 takut n seronok scammer ingat meols betul2 takut. Panjang citer dia menakutkan kita konon. Dlm 5 minit pastu meols kata duit mmg tgh byk ni tp esok2 lah transfer hahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 03:40 PM | Show all posts
golongan cikgu ni memang duit byk.
ada sampai melabur mlm
tp ramai jgk kena tipu.
aku ni ngadap jer la aduan dorang yg salah melabur
sampai bos aku ckp nape cikgu boleh kena tipu
paling kesian ada taknak buat report pun takut kena tatatertib
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2019 03:42 PM | Show all posts
mawarputih2612 replied at 14-11-2019 03:40 PM
golongan cikgu ni memang duit byk.
ada sampai melabur mlm
tp ramai jgk kena tipu.

knp pulak cikgu byk duit?  besar ke gaji diorang?ke buat bisnis?

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannye mkcik.. hbis duit pencennye
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan takat cikgu je, org bijak pandai pun senang terkena...berwaspada selalu la
Mak aku yg org kg pun pandai mengelak dr terkena dgn scammers ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape modngengade suka letak tajuk cash pada orang yang ditimpa bencana. Tak baik tau, dek.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sib baik duit pencen bulan2 ada lagi. Mesti jenis simpan duit sampai ratus ribu duit dlm bank.

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sis @Nila dah meninggal... kalo tak misti porumer seru2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bank and polis takkan tak boleh buat apa2. Masa bukak bank account tu scammer tu x bagi nama n details ke yg sampai susah sangat nak dapat balik duit and tangkap scammer. Bank Negara tak investigate ke. Kan skrg dah ada limit RM25k akan disoalsiasat punca duit tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.125871 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list