CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 833|Reply: 6

[Tempatan] Pemilik tanah Kg Baru tak nak jual tanah. PH tak payah sibuk. Gi main jauh-jauh

[Copy link]
Post time 14-11-2019 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Jual tanah bukan jalan terbaik, kata pertubuhan pemilik tanah Kg Baru
November 14, 2019 11:15 AM

PETALING JAYA: Pertubuhan Pemilik Tanah dan Waris Tanah (PPTWT) Kampung Baru di ibu negara menegaskan menjual tanah milik mereka kepada kerajaan bukan penyelesaian terbaik bagi membangunkan semula kawasan penempatan itu.

Setiausahanya, Zainudin Ismail berkata pembangunan tetap boleh dijalankan kerajaan tanpa menuntut pemilik menjual tanah di Kampung Baru.
Setiausaha Pertubuhan Pemilik Tanah dan Waris Tanah (PPTWT) Kampung Baru, Zainudin Ismail berkata menjual tanah milik mereka kepada kerajaan bukan penyelesaian terbaik.

“Kita memang setuju pembangunan di Kampung Baru, niat kerajaan itu sudah bagus, tapi kaedah itu (jual tanah) kami tidak setuju.

“Kami tak setuju jual sebab kami tak nak hilang tanah kami. Beliau (Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad) kata bukan nak rampas tanah kami ,tapi apabila kerajaan beli itu rampaslah,” kata beliau kepada FMT.

Menyentuh soal kenyataan Khalid yang memerlukan kesemua 5,359 orang pemilik bersetuju sebelum pembangunan dijalankan di Kampung Baru, Zainuddin berkata pembangunan boleh diteruskan tanpa menanti semua pihak bersetuju.

“Jika sehingga hujung tahun ini tiada kata putus (bukan semua setuju jual), maka kerajaan bangunkanlah 30% kawasan itu.

“Baki itu tanah kami, jadi kami nak majukan sendiri, apa salahnya?” tanyanya.

Isnin lalu, Khalid mengesahkan 32% atau 1,716 orang daripada 5,359 pemilik telah memberi respons iaitu 93.7% bersetuju manakala 6.2% lagi tidak bersetuju dan 0.1% tidak jelas.

Menurutnya, sesi perjumpaan yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman sebelum ini hanya komunikasi sehala dan maklumat sebenar tidak sampai kepada kedua-dua pihak.

“Dalam pertemuan sebelum ini lebih 1,000 orang datang, nak bincang macam mana? Tumpuan pun tak ada, sepatutnya Khalid jumpa pemilik dalam 20 hingga 30 orang sahaja.

“Turun ramai-ramai susah nak bercakap. Sampai sekarang kami tak dapat jumpa Khalid. Beliau kata tak nak jumpa NGO, tak apa kami pemilik juga,” katanya.

Sebelum ini, PPTWT mengumumkan untuk mengadakan himpunan 24 Nov ini bagi mencari kata sepakat dalam kalangan pemilik dan pewaris.

Putrajaya sebelum ini menaikkan harga tawaran iaitu RM1,000 bagi setiap kaki persegi tanah dengan RM850 dibayar melalui tunai, hartanah, kombinasi aset dan hartanah serta RM150 melalui pegangan saham syarikat tujuan khas (SPV) yang akan ditubuhkan nanti.

Sebagai tambahan, pemilik tanah yang memilih untuk membeli hartanah dalam projek pembangunan di Kampung Baru akan diberikan diskaun sebanyak 15%.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 01:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi lease 99 tahun aje...
Lepas 99 tahun ambil balik tanah tu..
Tapi payah juga sebab mesti setiap lot tu kecik2 aje acreage.. Susah nak develop..
Kalau depa tak nak jual pun kerajaan tak blh buat apa2... Tuan tanah ada power indefeasibility according to NLC.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 14-11-2019 02:05 PM
Bagi lease 99 tahun aje...
Lepas 99 tahun ambil balik tanah tu..
Tapi payah juga sebab mesti setia ...

Kerajaan boleh bangunkan melalui akta pengambilan tanah xsilap want
Pemilik kena bagi juga cuma sakit bayar pampasan ajer la..
Baik bincang elok2..win2 situation..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
wana89 replied at 14-11-2019 02:09 PM
Kerajaan boleh bangunkan melalui akta pengambilan tanah xsilap want
Pemilik kena bagi juga cuma  ...

Ha'ah la.... Akta pengambilan tanah tapi still tuan tanah boleh buat bantahan jugak kan.. Mintak la pampasan banyak2..

Tapi i nampak lease 99 years banyak kelebihan pada land owner... Iyelah bagi tanah kosong ada rumah lama, lepas 99 years cucu cicit dapat balik tanah yg sama siap ada kondo sebijik tak ke untung tu...

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
wana89 replied at 14-11-2019 02:09 PM
Kerajaan boleh bangunkan melalui akta pengambilan tanah xsilap want
Pemilik kena bagi juga cuma  ...

gomen bleh wat gitu klau die nak kalah truk next pru haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2019 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 14-11-2019 03:01 PM
gomen bleh wat gitu klau die nak kalah truk next pru haha

Ramai sangat yang terlibat dlm kes Kg Baru ni... Saja nak buat hal, buat la kan..
Kalau tak sampai 10 keluarga tu tak tau la....
Pernah je kerajaan buat atas lesen pembangunan gitu.... Nak buat highway la biasanya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.052117 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list