Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
1662
View
24
Reply

[Tempatan] Tak pakai seluar dalam, kompaun RM600

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-11-2019 03:53 PM | Show all posts |Read mode



TAK pakai seluar dalam, kompaun RM600. Itu kesalahan yang ditulis dalam saman diterima lelaki daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Seremban Ahad lalu.

Bagaimanapun, kesalahan itu dikesan direka sendiri lelaki terbabit yang juga pemandu lori dengan menulis kesalahan tidak memakai seluar dalam pada notis itu sebelum tular di laman sosial sejak semalam.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Azrin Borhan berkata, notis larangan penggunaan kenderaan (PG1) yang diberi kepada pemandu ketika sekatan jalan raya Ops Statik di Kilometer 10 Jalan Seremban-Port Dickson, Isnin lalu sudah diubah suai.

Beliau berkata, anggotanya mengeluarkan notis terbabit selepas pemeriksaan terhadap kenderaan mendapati tayar gandar dua kiri bahagian dalam sudah botak dan terkoyak.

Notis itu mengarahkan pemandu menukar tayar rosak dan perlu hadir ke JPJ untuk pemeriksaan lanjut bagi mengelak dikenakan tindakan saman.

Namun kita mendapati salinan notis diberi ditambah kesalahan lain, tidak memakai seluar dalam dan dikompaun RM600. Sangat tidak logik kita beri saman atas kesalahan itu, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, notis PG1 dikeluarkan bagi kesalahan berkaitan kesalahan teknikal kenderaan saja, bukannya berkaitan dengan tata kelakuan pemandu seperti mana yang diubah suai pada notis terbabit.

Sehubungan itu, pihaknya sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban sebagai penafian sekali gus mengelakkan orang ramai salah faham terhadap agensi itu.

Kejadian seumpama ini pertama kali berlaku pada JPJ Negeri Sembilan dan saya harap orang ramai jangan mudah percaya dan menyemak dulu dengan JPJ jika ada penyebaran fitnah sebegitu, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, kes itu diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Kami menerima satu laporan polis berhubung perkara itu yang dibuat pegawai JPJ mendakwa kes yang ditularkan palsu dan notis sudah diubah suai.

Kes dirujuk kepada SKMM untuk siasatan lanjut, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 November 2019 @ 3:46 PM
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
yelah kan, kalau nak kincing, senang je. bukak zip, terus pancut
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg pakai spender renoma wat tutup muka. Kisah benar
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-11-2019 04:16 PM | Show all posts
semoga pemandu lori itu CASH...pandai2 je pinda saman
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduh... ingatkan betul
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis la,  kena saman lain pula,  sebab menularkan perkara yg tak betul
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-11-2019 04:55 PM | Show all posts
CatMiow replied at 14-11-2019 04:53 PM
Habis la,  kena saman lain pula,  sebab menularkan perkara yg tak betul

cash la kan

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 14-11-2019 04:55 PM
cash la kan

Betul,  biar lepas ni ramai orng akan berhati2 post benda2 mengarut mcm ni.

Mungkin niat dia nak bergurau ngan kawan2,  last2 jadi kejadian lain pula..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 05:01 PM | Show all posts
camne pun hakak terima lawak ni....cash ye bang
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 05:47 PM | Show all posts
Jangan sesekali menukar sesuatu fakta, kelak menanti padah jawabnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cashhh gitcheww
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 06:32 PM | Show all posts
hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha...kalau la betul, jadi 1 keje plak polis nak menyelak, menyeluk
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 14-11-2019 06:38 PM
Hahaha...kalau la betul, jadi 1 keje plak polis nak menyelak, menyeluk

Haramjadah nye driver lori. Lahanat cam ni yg berbahaya kat jalanraya. Harap heart attack mampos cepat lagi afdal
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
fetish xpki seluar dlm ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
buat la lawak tak kene gaya lg....

mendapat la kau
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Forfoxache replied at 14-11-2019 06:40 PM
Haramjadah nye driver lori. Lahanat cam ni yg berbahaya kat jalanraya. Harap heart attack mampos c ...

Mesti kecik2 dl dia kaki tiru sign parents ni
Pandai plak dia tiru tulisan polis tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan betul
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
igt pasal konek kulop x sunat kena saman
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahhaah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.116541s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list