CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4903|Reply: 62

[Tempatan] PRK Tanjung Piai : Tinjauan: BN dijangka menang selesa, undi Cina beralih

  [Copy link]
Post time 14-11-2019 07:42 PM | Show all posts |Read mode

Tinjauan: BN dijangka menang selesa, undi Cina beralih

Tinjauan sebuah badan tinjauan terkenal merumuskan BN akan memang selesa dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai, Sabtu ini.

Perkara itu, antaranya, disebabkan oleh peralihan sokongan pengundi Cina kepada BN, menurut panel penyelidik Ilham Centre.

“Dalam kajian lapangan ini, kami mengesan akan berlaku peralihan undi Cina ke BN disebabkan beberapa faktor-faktor seperti kegagalan prestasi kerajaan menunaikan manifesto (59.1 peratus), prestasi kerajaan persekutuan yang kurang memuaskan (59 peratus), prestasi kerajaan negeri yang kurang memuaskan (53 peratus) dan kos sara hidup semakin tinggi berbanding zaman BN (60 peratus),” menurut laporan itu.
Iklan


Panel penyelidik itu disertai oleh Mohd Azlan Zainal, Mohd Jalaluddin Hashim, Dr Mohd Yusri Ibrahim dan Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid (bawah).

Kajian secara tatap muka itu diadakan pada 9 sehingga 11 November lalu dengan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata.


Ia melibatkan 394 responden yang merupakan pengundi berdaftar Tanjung Piai mewakili semua segmentasi kaum, jantina, umur dan lokaliti.

Kerusi parlimen itu mempunyai 57 peratus pengundi Melayu, 42 peratus pengundi Cina dan satu peratus lain-lain.

Dalam pilihan raya umum lalu, sebanyak 74 peratus pengundi Cina menyokong PH manakala 26 peratus menyokong BN.

Jumlah sokongan pengundi Cina kepada PH di Tanjung Piai itu lebih kecil berbanding di peringkat pusat dengan 94 peratus dan peringkat negeri (89 peratus).

“Ini membuktikan bahawa MCA mempunyai pendukung dan akar umbi yang kuat di Tanjung Piai,” menurut laporan itu.


Wee Jeck Seng ketika bertemu pengundi
Daripada aspek calon pula, responden melihat calon BN Wee Jeck Seng lebih unggul berbanding calon PH Karmaine Sardini.

Seramai 67 peratus responden bersetuju bahawa Wee mempunyai banyak jasa semasa menjadi wakil rakyat dan diterima baik penduduk.

Seramai 75 peratus responden yakin dengan beliau manakala hanya 24 peratus yakin pada Karmaine.

“Cuma kekurangan Wee Jeck Seng ialah parti BN yang diwakilinya adalah pembangkang, kekurangan sumber dan kelihatannya jentera Umno tidak sepenuhnya membantu kempen beliau namun ia langsung tidak menjejaskan kredibiliti Wee Jeck Seng,” menurut laporan itu.

“Meskipun Karmaine Sardini adalah calon yang mewakili parti pemerintah kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan, mempunyai latar belakang seorang imam dan berkecimpung dalam bidang arkitektur, ternyata calon PH ini gagal ditonjolkan oleh jentera PH dan dilihat sebagai sangat low profile dan tidak menonjol sepertimana Wee Jeck Seng.”

Berikut kesimpulan-kesimpulan lain tinjauan itu:

Pola pengundian dalam pilihan raya umum lalu, yang menumbangkang BN, rapuh dan tidak kekal kepada PH. Pencapaian Umno Johor berada pada tahap cemerlang tetapi parti itu dihukum kerana imej bekas perdana menteri Najib Razak.

Undi Melayu tidak berganjak manakala undi PAS akan beralih pada BN. Walaupun terdapat elemen protes dengan pemilihan calon MCA di peringkat awal, ia berjaya diredakan. Tinjauan mendapati 94 peratus responden Melayu berkata akan mengundi BN dalam pilihan raya kecil itu.

Walaupun kedua-dua jentera BN dan PH tersusun, PH gagal bekerja dalam satu “ketumbukan yang bersepadu”. Media sosial pula didominasi BN.


https://www.malaysiakini.com/news/499839
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kah kah kah. Jemput masuk knight & dodol gemuk. X zabarrr !!! Harap xde penipuan la. Bye2 kerajaan sepenggal. Ada lg x PRU kecik ni? Suka betul
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 14-11-2019 08:27 PM
Kah kah kah. Jemput masuk knight & dodol gemuk. X zabarrr !!! Harap xde penipuan la. Bye2 kerajaan s ...

klau bleh nak kasi humban ph ni hr ni gak haha

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
pasni nt satu lagi kajian di buat....Faridah Aryani...pulok...DIJANGKA menang.....apa...da......
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:30 PM | Show all posts
of course BN menang, aku dah tahu awal
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:39 PM | Show all posts
Memanglah BN akan menang, Cina kat Malaysia ni memang solid akan pilih 1: PH 2: Cina... Jadi kalau PH calon Melayu, BN calon Cina, mmg jangan haraplah Cina ni nak pilih PH.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2019 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Opkos lah BN menang.
Kalau dgn Mia Jalipah pun PH dah kalah poll. Lagi pun calon PH kan dah arwah. Kita mana boleh undi hantu... berdosa...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
hahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2019 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Raykat dah x sabar nak humban parti kincin berdiri
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 02:02 PM | Show all posts
Makin tak sabor plak nak tunggu result
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 02:03 PM | Show all posts
lawakla yg kata berdosa undi arwah tu

haish sabor jer

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 02:48 PM | Show all posts
cina undi mca. pas undi mca. kompom le menang. hak hak hak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
aku plk ramal ph pasti akan mengalahkan  gerakan, berjasa dan calon bebas
tp aku tak berani nak ramal ph akan kalahkan bn
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 15-11-2019 06:37 PM

jika spr berseh dan adil  bn pasti menang.era atok apa pun possible
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 15-11-2019 06:19 PM
aku plk ramal ph pasti akan mengalahkan  gerakan, berjasa dan calon bebas
tp aku tak berani nak ram ...

ph kalah dah tu.. gigih siap hantar sms bagai kpd pengundi haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
7.20 pm tadi BN mendahului majoriti 10000 lebih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2019 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul-betul kena sapu ni, majoriti lebih 10,000 undi.

Harap tak ada yang terkejut sampai sakit jantung, kang kena PRK lagi sekali pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenduri arwah rumah wak K besok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
[TIDAK RASMI] : Calon Barisan Nasional kekal mendahului dengan majoriti 9,057 undi bagi PRK Parlimen Tanjung Piai setakat 7.20 malam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Doa syed saddiq termakbul. Dengar kata Karmaine lepas ni tukar nama Arwah Hj Karmaine

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.457624 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list