CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5698|Reply: 42

[Tempatan] JANGAN minum air yang ditadah dari tepi bukit - pakar

  [Copy link]
Post time 15-11-2019 11:56 PM | Show all posts |Read mode
Pernah nampak orang kumpul air dari tepi bukit, bolehkah minum terus?
November 14, 2019 8:30 AM

Pernahkah anda melihat sekumpulan individu mengumpulkan air daripada saliran-saliran air tepi bukit atau tepi jalan dan disimpan di dalam botol?

Mereka berkumpul beramai-ramai sambil menunggu giliran untuk mengambil air yang keluar daripada salur paip yang tertanam di sisi bukit.

Sebenarnya, saluran paip tersebut hanya berfungsi untuk mengeluarkan lebihan air daripada bukit tersebut bagi mengelakkan takungan yang boleh menyebabkan tanah runtuh.

Bukanlah sebagai punca mata air untuk mengumpulkan sumber air.

Banyak kali terfikir, adakah air yang mereka ambil tersebut diminum terus atau dimasak terlebih dahulu? Adakah ia benar-benar selamat untuk diminum terus?

Tidak selamat diminum terus

Barangkali ramai yang berfikir, air yang keluar terus daripada permukaan muka bumi adalah selamat untuk diminum terus, atas alasan ia adalah sumber semula jadi. Benarkah tanggapan sebegini?

Walaupun air yang keluar daripada sisi bukit tersebut tidak berkeladak dan berwarna jernih, tidak bermakna bahawa ia selamat untuk diminum secara langsung.

Tambahan lagi, kita tidak mengetahui sumber asal air tersebut, atau apa yang telah dilalui oleh air tersebut sebelum anda mengumpulkannya.

Mengapa anda tidak boleh meminum air tersebut secara langsung?

Sebelum air tersebut sampai ke tempat anda mengumpulnya, air tersebut mungkin telah melalui kawasan lain yang telah tercemar dengan bahan kimia berbahaya, selain mengandungi bakteria, parasit dan virus yang boleh merisikokan kesihatan tubuh.

Anda perlu berhati-hati dengan organisme bawaan air seperti Cryptosporidium, Giardia dan E. coli yang boleh menyebabkan mual, muntah-muntah dan cirit-birit.

Air yang tidak dirawat terlebih dahulu ini mungkin mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kesan kesihatan jangka panjang seperti kerosakan hati dan buah pinggang.

Antara jenis bahan kimia berbahaya yang boleh terkandung dalam air yang tidak dirawat adalah:

    Arsenik: boleh menyebabkan kanser pundi kencing, buah pinggang dan kulit
    Fluorida: boleh menyebabkan fluorosis iaitu penyakit yang disebabkan oleh pengambilan fluorida secara berlebihan
    Kromium: boleh menyebabkan kanser dan masalah pernafasan
    Perchlorate: boleh menyebabkan hipotiroidisme
    Plumbum: boleh menyebabkan anemia dan serangan penyakit secara tiba-tiba
    Logam radioaktif: pendedahan jangka waktu yang lama boleh menyebabkan kanser kulit
    Pencemaran kawasan sekitar

Air jenis ini boleh memberikan risiko yang lebih besar terhadap golongan yang berisiko tinggi mendapat penyakit seperti bayi, kanak-kanak dan warga emas.

Anda tidak boleh menganggap segala yang dihasilkan secara semula jadi adalah selamat untuk diambil secara terus.

Anda mungkin lupa bahawa persekitaran yang sedang kita sedang diami ini bukanlah satu persekitaran yang benar-benar semula jadi lagi.

Hampir kesemua kawasan telah tercemar sama ada di udara mahupun di darat dan lautan.

Air pula merupakan salah satu elemen yang paling teruk dan mudah terkesan akibat pencemaran ini.

Oleh itu, kesemua sumber air yang anda peroleh, perlulah ditapis dan dirawat terlebih dahulu sebelum diminum.

Daripada anda bersusah payah mengumpulkan air di tepi jalan atau bukit yang belum pasti bersih dan selamat, guna sahajalah air paip di rumah dan pastikan ia dimasak dan ditapis sebelum diminum.

Air paip di rumah anda tersebut sudah dirawat dan lebih bersih berbanding air di tepi jalan tersebut.

Tidak perlulah berpenat untuk beratur mengumpulkan air seolah-olah tidak terdapat bekalan air di rumah anda.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2019 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat tepi Bukit Putus tu byk org ambik air. Aku pun tertanya bersih ke air tu. Not worth risking our life.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nobito at 16-11-2019 12:02 AM

Kat Puncak Alam nak ke Cahaya Spk tu memang port tadah air Bukit

Meols syak tinggi arsenik sebab kawasan keliling tu bekas lombong....tapi pernah diorg test takda arsenik dlm air tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Saluran paip?

Sorry. Tempat akak tak pakai paip2. Air mata air di bukit bukau tempat akak disalur guna bambu jah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku slalu ambik air yg menitik dari batu yg kat dalam gua tu. Tapi bt masa skrg ni x berani lagi nk bt minum. Suke bt basuh2 muka je
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
adik aku suka ambik air di hulu yam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2019 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 16-11-2019 12:12 AM
Saluran paip?

Sorry. Tempat akak tak pakai paip2. Air mata air di bukit bukau tempat akak disalur ...

paip tu dari bukit.. air dari bukit masuk paip tu dan keluar tepi bukit

adik aku selalu ambik.. dia kata air segar dsn fresh
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 02:10 AM | Show all posts

Oh aii nampak ramai orang ambil air dari punca bukit masa on the way turun dari Cameron Highlands. Maybe dia orang ingat itu air mineral asli yang bagus utk kesihatan padahal air itu siap lalu tanah yang ada cacing lah, kulat lah etc.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2019 04:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada gak ternampak org tadah air dari bukit...tp just tgk jerla...sbb aku nih mudah geli...tgk pun tau dah x bersih dgn org yg tadah tu ntah2 ada penyakit...rela lah aku minum air paip yg ada dimasak balik...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kt jln dlm gi gombak ni ada org dok berenti tadah air gak. Memang la kita nmpk hutan je padahal kt sebelah hutan tu dah gondol org cina dok tanam halia
Sah2 dah air bukit tu bercampur baja racun halia depa
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah nampak.. tapi.. eeewww.. bersih ke.. kat atas sana mana nampak ada  apa2 kotor kat atas.. laluan paip tu pun ntah ada apa dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 08:10 AM | Show all posts
kena kencing....siapa la punya idea tadah air.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 08:51 AM | Show all posts
Sis selalu minum air sungai, air mata air kat gua.
Tanpa dimasak.

Tapi tu time hiking and camping je la.
Jauh ke dalam hutan.
Alhamdulillah, sampai sekarang tak pernah keracunan apa lg.

Tapi air bukit yg tepi jalan tu jangan diminum la.
Jauh perjalanan air nak sampai ke situ.
Entah apa yg dibawa nya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 09:03 AM | Show all posts
mayakaren replied at 16-11-2019 12:00 AM
Kat tepi Bukit Putus tu byk org ambik air. Aku pun tertanya bersih ke air tu. Not worth risking our  ...

sekarang da siap ada barua bukak gerai meniaga tepi tu ada spiderman lagi terkinja2 mcm bodoh tepi jalan
tu sume punca2 jalan jem tu
bodoh menyusahkan orang
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
mayakaren replied at 16-11-2019 12:00 AM
Kat tepi Bukit Putus tu byk org ambik air. Aku pun tertanya bersih ke air tu. Not worth risking our  ...

aku amik air bukit tu utk cuci radiator keta. klu guna air biasa dr rumah tu, radiator cepat berkarat di dlm
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 09:27 AM | Show all posts
kat highway silk, bmc & sg long pun ade port ambik air... tapi kawasan sebelum tu ade mini air terjun semulejadik.. hampe pasal ade org dah pacak tokong kat situ, tak taulah tanah persendirian atau tanah reseb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2019 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari kecik smpai skrg minum air sungai x masak pun..syukur x pnh ada org kg i mati keracunan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 16-11-2019 12:12 AM
Saluran paip?

Sorry. Tempat akak tak pakai paip2. Air mata air di bukit bukau tempat akak disalur ...

Sedap ke air tu sis.. mineral semula jadi.. ko jual.laa.. cpt kaya.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa kes krisis air Selangor dulu, ambil kt tepi bukit berbaldi2.. buat utk mandi, wudhu, basuh kain, basuh keta. Minum makan pki air reserved kt tangki. Ok je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada leptospirosis bru tau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.624205 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list