CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Pembeli prefer beli rumah jenis teres. Kawasan tumpuan Shah Alam, Klang

  [Copy link]
Post time 19-11-2019 04:51 PM | Show all posts
prizadane replied at 19-11-2019 04:41 PM
Area mana ni rate tu uols?

Sri gombak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 19-11-2019 04:40 PM
ada diusulkan tapi tu lah ramai tak setuju. taknak bayar monthly fee tu la.takkan sume nak free ka ...

Mentaliti la ni...
Leceh la berjiran macam tu...
Area i mmg masa launch dah diwar2kan sbg gated n guarded.
So, awal2 semua dah tau...

But ada juga dekat2 area taman i ni asalnya tak gated n guarded..
But dia org managed to make it happened..
Sebab ada kata sepakat...
Masing2 tau risk kalau biar kaw terbuka aje kan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
DollahRepek replied at 19-11-2019 02:19 PM
Cukup. Rumah double story. Tapi kalo nak yang major mmg tak cukup. Reno tukar tiles satu rumah (te ...

Waw bestnyaa. Terus wajah baru semangat baru rumah tu. Cun2 la smua tu 40k kan. Sbb mcm byk tempat je pasang tiles. Tiles pun skrg costly jgk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2019 09:45 PM | Show all posts
cabaran utama kalau jadi j/kuasa penduduk ialah nk kutip bayaran maintenance & security
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2019 11:14 PM | Show all posts
Kenal pasti 5 jenis hartanah merugikan jika dibeli
November 18, 2019 8:00 AM

Membeli hartanah adalah perkara yang baik untuk jangka masa panjang.

ini kerana menurut Pakar Pemasaran Digital, Mehmed Aezhad yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran digital hartanah, ia akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda jika anda membelinya.

Namun jelasnya lagi, pembeli hartanah juga perlu tahu jenis-jenis hartanah yang akan merugikan jika tersalah beli.

1. Membeli harga lebih dari pasaran

Kebiasaannya, bakal pembeli rumah akan mencari rumah atau membuat tawaran harga rumah di bawah harga pasaran.

Sekiranya hartanah yang dibeli adalah melebihi harga pasaran, secara automatik kita akan rugi jika membelinya.

Sebagai contoh, sebuah rumah teres dua tingkat di Gombak telah dinilai oleh bank dan bernilai RM300,000.

Namun pemilik rumah ingin menjualnya pada harga RM350,000.

Sungguhpun kita berjaya mendapatkan 100% pinjaman perumahan dari bank, bank hanya membiayai RM300,000 sahaja.

Memandangkan harga rumah yang kita beli adalah RM350,000 baki RM50,000 tersebut kita tetap perlu bayar kepada pemilik rumah walau apa cara sekalipun.

Rumah jenis “above market value” seperti ini sangatlah rugi jika dibeli lebih-lebih lagi jika rumah tersebut adalah rumah “subsale”.

Sekiranya anda berhasrat membeli rumah di bawah harga RM300,000, sila semak nilai hartanah di bank sebelum terbeli rumah melebihi pembiayaan bank.

2. Kes “Non-Performing Loan” di kawasan perumahan

Kes Non-Performing Loan (NPL) pada kebiasaannya banyak terjadi di kawasan-kawasan seperti Rawang, Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.

Lambakan kes ini berlaku kerana pembangunan yang dijanjikan seperti bandar mega dan sebagainya tidak menjadi menyebabkan ramai pembeli menjual semula rumah tersebut di bawah harga pasaran.

Kes-kes seperti ini dilihat semakin menjadi banyak di negeri-negeri seperti Johor, Pulau Pinang dan Sabah yang sedang pesat membangun.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kita boleh semak kadar purata hartanah yang dilelong di kawasan tersebut untuk mengelakkan kes NPL seperti ini.

3. Pemaju bermasalah

Kes pemaju bermasalah ini berlaku hampir di setiap negeri di Malaysia.

Dengan jumlah pemaju hartanah yang melebihi 500 pemaju di seluruh negara, anda perlu semak senarai pemaju yang dikeluarkan KPKT untuk mengelakkan diri daripada terbeli unit hartanah dari pemaju yang bermasalah.

Masalahnya timbul apabila pemaju tersebut mempunyai tunggakan liabiliti yang menyebabkan mereka tidak membayar cukai.

Kesannya, pembeli rumah tidak mampu menukar nama pada unit rumah dan permohonan untuk pinjaman perumahan gagal.

Pemaju tersebut harus membayar secara “lump sum” atau ansuran hutang tersebut, barulah urusan pinjaman perumahan kita akan lulus sekaligus kita mampu menukar nama pada geran rumah.

4. Tanah Lot

Pada asasnya, rumah jenis ini tidaklah merugikan kita. Pemilik tanah dan hartanah biasanya akan membeli tanah dan membina unit rumah di atas tanah tersebut.

Akan tetapi, majoriti daripada rumah jenis tanah lot ini tidak mempunyai sebarang CCC dan CF mahupun surat kebenaran dari Pihak Berkuasa Tempatan.

Dalam erti kata mudah, apabila sesebuah hartanah tidak mempunyai sebarang CCC dan CF, hartanah ini tidak selamat diduduki.

Oleh yang demikian, pihak bank hanya akan menilai harga tanah tersebut dan bukan unit rumah di atas tanah tersebut.

Walaupun pemilik ingin menjual rumah tersebut pada harga RM300,000 dan tanah pada harga RM200,000, bank hanya akan membiayai RM200,000 yakni harga tanah tersebut.

Baki RM300,000 berkemungkinan kita perlu tambah dan cukupkan menggunakan modal persendirian.

5. Tiada “Booster” hartanah

“Booster” hartanah bermaksud nilai yang menaikkan harga hartanah seperti lebuhraya, kedai makanan segera seperti McDonald dan KFC, bank, hospital swasta, sekolah antarabangsa, LRT dan juga MRT.

Apabila kita membeli hartanah di kawasan yang tidak mempunyai sebarang “booster” hartanah, anda berkemungkinan perlu menunggu 10 hingga 20 tahun untuk sesebuah kawasan tersebut matang dan harga pasaran kawasan tersebut meningkat.

Pastikan kita membuat kajian yang menyeluruh tentang kawasan perumahan tersebut dalam radius 5KM, bagi memastikan terdapat “booster” hartanah yang membantu anda membuat pelaburan seperti sewaan atau dijual selepas tempoh pembiayaan pinjaman tamat.

Kesimpulannya, masih terdapat lambakan hartanah tidak terjual di Malaysia.

Untuk rekod, di Johor sahaja terdapat 51,000 unit rumah tidak terjual bagi suku pertama tahun 2019.

Dengan ilmu dan kajian yang mendalam, anda mampu mengelakkan diri daripada terbeli unit rumah yang salah dan menanggung penderitaan yang berpanjangan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 19-11-2019 02:58 PM
Nak tau senang ke tak pi la iklan kat mudah

Kalau ramai ejen mesej offer nak tolong juak maknan ...

Ooo...

Gitu caranya..

TQ2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2019 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 16-11-2019 04:00 PM
@renko Huhuhu sedihnya. 300k means kita bhutang ngan bank lbh kurang boleh jadi 400-500k jgk

300k akan bayar bank 550-600k
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
PongKang replied at 18-11-2019 12:47 AM
Kalo ada rezeki aku nak beli kat eco ardence tu... rasa best lak dok situ... tapi kalo je la... seta ...

Among the ecos ni mana paling best? Or township mana paling best area kl/selangor?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2019 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 18-11-2019 08:56 AM
Sokong. Apa salahnya PM bangsa lain. Malaysia berbilang kaum. Obama jadi presiden US ok je. Ramai  ...

Obama jd presiden, dia xbiased ke negro. Cina malaysia ni semua cina komunis. Diaorang akan majukan, tp demi kepentingan cina je la. Hak melayu bye2. Cina ni dkt mana2 negara pon dia jd parasit. Tgk apa yg jd pd singapork,  skrg penang pon dah mcm nk jd duri dlm daging
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 07:58 AM | Show all posts
Atata replied at 19-11-2019 07:22 PM
Waw bestnyaa. Terus wajah baru semangat baru rumah tu. Cun2 la smua tu 40k kan. Sbb mcm byk tempat ...

Tips lain nk renovate rumah adalah carik pekerja yang ambil upah utk pasang tiles/reno. Jimat cost & barang kita beli sendiri atas nasihat dari pekerja tadi. Kalo xtau mana nk carik org yg amik upah pasang tiles/reno tu boleh try tanyer dekat kedai yg jual tiles. Diaorg ada contact. Aku dulu upah 3 org pekerja indon dgn harga RM80 sehari/seorang. Jimat byk jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
rayriff replied at 16-11-2019 04:33 PM
mane.. selalu 2x ganda. tapi kalau u amek loan tempoh pendek boleh la cut sikit. cam 10 tahun ke.

aku beli rmh kedua guna p.loan 10 tahun  sakit gak nk byr bulan2, blh byr honda crv
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 17-11-2019 05:22 PM
Kat Alor Setar pun dh start trend buat kondo...baru complete Amansuri Residence, now dah launch sa ...

Kat mana G residense? Siapa developer?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
iwan007 replied at 17-11-2019 05:31 PM
Yess. I dgn kawan i ada pi tgk show unit dia.  Unit paling kecik pun 300k plus. Tu kosong tau unfu ...

Klau xsilap iols aman laut tu lepas fasa 1 jah. Yg lain mgkin xjd
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 16-11-2019 04:00 PM
@renko Huhuhu sedihnya. 300k means kita bhutang ngan bank lbh kurang boleh jadi 400-500k jgk

Ipoh pun dah mahaii.. rembau kg pun dah mahaii.. nak duk mana tahh
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 20-11-2019 09:13 PM
Kat mana G residense? Siapa developer?

Kat Kanchut dekat flyover tu....setentang Wat Siam
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 20-11-2019 09:13 PM
Kat mana G residense? Siapa developer?

GPC Development Sdn Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2019 07:36 AM | Show all posts
Atata replied at 17-11-2019 12:32 PM
Ni org share kat iium confession dia pakai skim BNM tu. Berbaloi2 lah kiranya

Jimat RM80,000 Ke ...

sepupu keje bank
ckap dana ni dah habis


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.664102 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list