CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5637|Reply: 60

[Tempatan] PH diminta kawal siaran Netflix

  [Copy link]
Post time 16-11-2019 10:47 PM | Show all posts |Read mode
Kawal kandungan program siaran Netflix elak kebimbangan ibu bapa

KUALA LUMPUR: Isi kandungan program disiarkan melalui platform penstriman, Netflix, perlu dikawal berikutan kebimbangan disuarakan ibu bapa.

Perkara itu harus dipandang serius berikutan Netflix menjadi penyumbang utama hiburan tanpa ditapis dalam kebebasan dunia siber yang tidak dikawal.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri, menyifatkan kekhuatiran itu tidak wajar dilihat remeh kerana boleh memberi kesan terhadap masa depan generasi akan datang.

“Walaupun penapisan bukan bawah bidang kuasa FINAS, kita memandang serius kerana isi kandungan berkenaan boleh memberi kesan negatif jika tidak dipantau dari sekarang.

“Negara ini mengambil pendekatan mengawal kandungan filem dan rancangan televisyen tempatan tetapi pada peringkat antarabangsa masih lagi terbuka.

“Itu semua akan memberi risiko terhadap pembangunan minda anak-anak. Jika usaha itu tidak dilakukan dari sekarang, akhirnya ia tidak akan ke mana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keluarga Sejahtera, di sini, hari ini.

Sharifah Hapsah (dua dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Ahmad Idham selepas perasmian Seminar Keluarga Sejahtera di Dewan Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. - NSTP/Aziah Azmee

Seminar dianjurkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Yang turut hadir, Yang Dipertua NCWO, Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Mengulas lanjut, Ahmad Idham berkata, walaupun kebimbangan berhubung nilai negatif diketengahkan menerusi Netflix pernah disuarakan, masih belum ada sebarang tindakan susulan.

“Kita hanya boleh bising tetapi akhirnya negara ini belum ada punca kuasa bagi menyekat kemasukan pengaruh negatif berkenaan,” katanya.

Justeru, beliau berkata, FINAS akan bekerjasama dengan NCWO untuk menganjurkan seminar dan kempen memberi kesedaran secara serius mengenai perkara itu, dengan membabitkan lebih banyak penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, FINAS juga akan melihat isi kandungan dalam kebanyakan program televisyen dan filem keluaran tempatan supaya menerapkan lebih banyak nilai murni serta kekeluargaan.

“Saya akan cuba memastikan lebih banyak pengumuman perkhidmatan awam (PSA) dan video pendek bersifat ‘edutainment’ dihasilkan dalam usaha mendidik masyarakat.

“Kita juga akan menawarkan kerjasama dengan NCWO untuk mengadakan bengkel mengenai industri kreatif yang memperkatakan bahawa isu kandungan digital pada masa depan mampu menerapkan nilai murni dan lebih positif,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2019 11:55 PM | Show all posts
budak bwh umur mak bapak dah suap dgn smartphone..pastu acah2 menyuarakan kebimbangan plak ibu bapak hanat nih..ni spesis parents bangang ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 12:09 AM | Show all posts
menerapkan lebih banyak nilai murni serta kekeluargaan


Like what..?? Drama Melayu pukul 7?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebok jelah finas ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Netflix dah ada parental control. Pakai la function tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 03:49 AM | Show all posts
Sabo sabo next year Disney+ masuk malaysia.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2019 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala.. Si CEO Finas ni nak tunjuk dia buat kerja.. Dan nama naik dlm berita..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 17-11-2019 03:49 AM
Sabo sabo next year Disney+ masuk malaysia.

ingatkan disneyland..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 17-11-2019 12:30 AM
Netflix dah ada parental control. Pakai la function tu.

Tu lah..pelik parents ni. Kan ada saluran KIDS?

Tak perasan plak unsur porn dalam Netflix. Biasa cari motivational speakers dalam tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:35 AM | Show all posts
KIM.K replied at 17-11-2019 08:07 AM
Tu lah..pelik parents ni. Kan ada saluran KIDS?

Tak perasan plak unsur porn dalam Netflix. Bias ...

ye ke xperasan ? Entah-entah ko pun spesis layan porn.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 17-11-2019 08:07 AM
Tu lah..pelik parents ni. Kan ada saluran KIDS?

Tak perasan plak unsur porn dalam Netflix. Bias ...

Byk je sis. Semua x sensored langsung. LGBT pun byk. Baru habis layan How to Get Away from murder. Slamber je. Cerita You pun boleh tahan.
Semalam baru jumpa cerita Inside Freemason.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Semakla semua nak kawal
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
You cant even handle your own kids...start finger pointing?

Pantat berdarah punya parents...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 10:01 AM | Show all posts
Semua nak org tolong pantaukan.. buat lah sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 17-11-2019 08:07 AM
Tu lah..pelik parents ni. Kan ada saluran KIDS?

Tak perasan plak unsur porn dalam Netflix. Bias ...

Kalau risau sangat anak-anak tengok benda tak patut,senang aje solution. Guna kuasa sebagai pengguna dan jangan langgan. Tonton free to air tv sahaja. Adakah semua benda kita nak harapkan gomen buat. Apatah lagi dengan gomen yg clueless skrg ni. Gunalah kebijaksanaan sendiri.

Setiap content ada rating sendiri. Kalau rating Mature sudah tentu utk ada tema dewasa (drugs,alcohol,sex,nudity,violence,gore). Kalau penonton dewasa pun rasa terasa offended maka mereka ada pilihan utk berhenti menonton dan next time jangan tonton content rating Mature. Takkan nak kena ada org tolong suapkan utk kita apa yg boleh tengok dan apa tak boleh.

Boleh baca review di website commonsensemedia.org dahulu sebab di situ ada segment review tv/filem khas utk parents. Scene yang tidak sesuai untuk kanak-kanak akan disenaraikan.Sebagai contoh filem yg sangat violent,'The Night Comes For Us' dapat rating rendah di sini walaupun ia dapat rating tinggi pada film critics.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 17-11-2019 12:09 AM
Like what..?? Drama Melayu pukul 7?

iol tumpang berjemaah. ingatkan citer nelly ngan nanaz tu dah berakhir, boleh la bukak tv balik, ni pon sama gak. cuma compare kurang sikit la aksi menggesek depan camera.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 10:58 AM | Show all posts
kalau dah  ada wifi tu ..lebih dari netflix dorang blh tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana replied at 17-11-2019 08:35 AM
ye ke xperasan ? Entah-entah ko pun spesis layan porn.

Betul tu. Aku yang bisnes ni lagi banyak masa terluang nak tengok porn berbanding ko cytro berbayar
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kosser la mak bapak ni. Anak masing2 sila kawal sendiri lah ye. Guna yg kids tu. Or better yet jangan bagi smartphone kat anak2
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bnda gini nk suh gomen control...nk sgt jd mak ayah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.071553 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list