CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 621|Reply: 3

[Tempatan] Pelabur asing jual dana RM351.6 juta dalam masa 3 hari. Ada PH kisah?

[Copy link]
Post time 17-11-2019 06:40 PM | Show all posts |Read mode
Dana asing merupakan penjual bersih kepada RM351.6 juta
Bernama -
17 November 2019


KUALA LUMPUR – Dana asing merupakan penjual bersih berjumlah RM351.6 juta antara 11 dan 14 Nov, lebih tinggi daripada RM44.1 juta yang dicatatkan antara 4 hingga 7 Nov.

Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata situasi ini menunjukkan bahawa pelabur asing mengambil sikap berhati-hati terhadap ekuiti Malaysia.

“Isu-isu yang membelenggu perbincangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, terus menjadi tumpuan memandangkan kemajuannya masih tidak menentu,” katanya kepada Bernama hari ini.

“Angka terbaru keluaran dalam negara kasar suku ketiga 2019 (3Q2019) Malaysia menunjukkan bahawa impak daripada kelembapan global berikutan perang perdagangan yang berterusan sejak tahun lepas, menjejaskan permintaan luar,” kata Mohd Afzanizam.

Beliau berkata pertumbuhan yang lebih rendah sebanyak 4.4 peratus pada 3Q2019 berbanding 4.9 peratus pada suku sebelumnya disebabkan ketidaktentuan luar, menyumbang kepada sentimen perniagaan dan pengguna yang lemah dalam negara.

Selain itu, beliau berkata perbelanjaan pengguna yang terus menjadi tunggak utama untuk pertumbuhan domestik telah kembali ke paras normal.

Beliau berkata perkembangan membabitkan perang perdagangan US-China akan terus menjadi tumpuan utama bagi pasaran ekuiti.

Sementara itu, Mohd Afzanizam berkata pengumuman keputusan pendapatan syarikat bagi tempoh 3Q2019 dijangka meningkatkan momentum.

FBM KLCI Bursa Malaysia ditutup di bawah 1,600 mata minggu ini.

“Secara menyeluruh, FBM KLCI dijangka didagangkan dalam jajaran kecil minggu depan,” katanya.- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah ini sesuatu yg perlu kita gusarkan?

Sebab pada saya yg agak buta ekonomi,  maksudnya pelabur asing dah mcm tak percaya sangat pada ekonomi malaysia.  
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku baca tadi: pelabur anjing...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Mereka ada strategi untuk lumpuhkan ekonomi  malaysia lagi senang  mereka nak take over malaysia.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.058959 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list