CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2759|Reply: 23

[Tempatan] Polis berhak semak telefon bimbit orang awam - Azis Jamman (Timbalan Menteri Dal

  [Copy link]
Post time 18-11-2019 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 19-11-2019 05:14 AM

Polis berhak semak telefon bimbit orang awam - Azis Jamman

https://www.malaysiakini.com/news/500270

News  |  Diterbitkan Hari ini 3:54 petang  |  Dikemaskini Hari ini 3:54 petang



PARLIMEN l Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai hak untuk menyemak telefon bimbit orang awam untuk memastikan tiada sebarang bentuk komunikasi berunsur lucah, jelik, mengugut dan mengancam keselamatan orang lain dan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata perkara itu dibenarkan untuk menjaga ketenteraman awam berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Bagaimanapun orang ramai perlu tahu hak mereka semasa semakan rambang dilakukan termasuk boleh meminta identiti pegawai polis yang melakukan pemeriksaan sebagai rekod jika ada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP),” katanya pada sesi jawab lisan Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Chan Ming Kai (PH-Alor Setar) yang bertanyakan sama ada terdapat laporan pelanggaran SOP dilakukan terhadap pihak polis semasa menyemak telefon bimbit orang awam.

Katanya jika orang awam merasakan ada pelanggaran SOP dilakukan oleh pihak polis, mereka boleh membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran atau di Bukit Aman.

Sementara itu, Mohd Azis berkata pihak polis akan menggunakan setiap elemen termasuk ‘phone-bugging’ atau tapping untuk memastikan siasatan dapat dijalankan jika timbul isu keselamatan yang dilaporkan melibatkan mana-mana pihak.

“Ia tidak mengenal sama ada orang itu ahli politik, ahli perniagaan atau sesiapa sahaja yang dirasakan mempunyai kebarangkalian untuk melakukan perkara-perkara yang menyentuh isu keselamatan, saya yakin pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) sama ada pihak polis menggunakan ‘phone-bugging’ atau ‘tapping’ untuk ahli politik blok pembangkang.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 04:36 PM | Show all posts

aku nokia lama, tak ada color, tak ada gambar
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 04:39 PM | Show all posts
yg pembantu hanat nakharam dia skodeng bawah skirt amoi ok jerk terlepas
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 04:59 PM | Show all posts
tupaiterbang replied at 18-11-2019 04:39 PM
yg pembantu hanat nakharam dia skodeng bawah skirt amoi ok jerk terlepas

khenn... cam sial.

puak dia; tadak hal... layeennnnn. SIAL.


btw ini point aku nak sentuh:
untuk komunikasi berunsur lucah, jelik, mengugut dan mengancam keselamatan orang lain dan negara.
lucah.
jelik.
Ancaman keselamatan.


kenapa ya timb menteri ini dgn sengajanya mengelakkan menyatakan hak pulis utk siasat phone orang utk pitenah?
khususnya: pitenah politik?


kebabian apa double standard macam ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 05:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat pn perlu ada hak cek hp polis..mana tau ada scandal dgn indon..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2019 06:24 PM | Show all posts
Mengikut seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.


https://www.skmm.gov.my/media/pr ... enakan-terhadap-pen

Ni dari website MCMC sendiri. Kandungan jelik dan berita palsu. Tang mana kata Polis boleh check telefon bimbit secara rambang gitu? Personal data kot.. lebih dari MyKad ada dlm tu..

Sedangkan kat US, FBI sendiri pun tak dapat kebenaran mahkamah untuk memeriksa telefon bimbit seorang lelaki yang disyaki pengganas. Puas pujuk Apple untuk breach security iphone.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Melanggar hak asasi....suhakam mana...pls guling guling bantah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 07:44 PM | Show all posts
ade2 je la.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2019 01:13 PM | Show all posts
Musa: Polis tak boleh sewenang-wenang periksa telefon bimbit

https://www.malaysiakini.com/news/500356

News  |  Diterbitkan Hari ini 10:51 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 10:51 pagi



Bekas ketua polis negara, Musa Hassan berkata polis tidak boleh sewenang-wenangnya memeriksa telefon bimbit orang awam.

Jelasnya, polis hanya boleh memeriksa telefon orang awam jika permintaan itu dikaitkan dengan siasatan.

"Harus ada laporan polis yang dibuat terhadap seseorang, dan mereka menyiasat orang itu, atau polis mengesyaki seseorang terlibat dalam jenayah dan sedang menyiasatnya," kata Musa seperti dilapor portal Free Malaysia Today.

Sementara itu, aktivis masyarakat, Lee Lam Thye berkata polis tidak boleh memeriksa telefon bimbit orang ramai tanpa alasan kukuh.

“Kalau polis boleh tahan dan ‘check’ telefon bimbit seseorang tanpa alasan kukuh, saya rasa ini tak wajar dan ini memang bercanggah dengan privasi.

“Telefon bimbit itu privasi, tak boleh lah ‘check’ begitu saja. Orang ramai pun mesti tak terima cara ini,” katanya.

Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Mohd Azis Jamman ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat berkata polis mempunyai hak untuk menyemak telefon bimbit orang awam untuk memastikan tiada sebarang komunikasi berunsur lucah, jelik, mengugut dan mengancam keselamatan.

Katanya, perkara itu dibenarkan berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Alor Setar Chan Ming Kai membangkitkan soal akta dan prosedur operasi standard (SOP) yang membenarkan polis menyemak telefon bimbit orang awam pada bila-bila masa.

Peguam Muhammad Akram Abdul Aziz pula berkata skop kuasa pemeriksaan Kementerian Dalam Negeri pada Seksyen 233 AKM itu kelihatan tidak jelas.

Bagaimanapun katanya kuasa itu jelas apabila dirujuk pada seksyen-seksyen lain.

“Contohnya, Seksyen 245(1) di mana menteri boleh secara bertulis memberi kuasa mana-mana pegawai awam atau pegawai SKMM untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah AKM 1998.

“Seksyen 246(2) juga menyatakan mana-mana pegawai diberi kuasa menjalankan semua kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis’.

“Seksyen 252(1) juga boleh diguna pakai di mana skop penyiasatan menyatakan pendakwa raya, jika beliau berpendapat mana-mana komunikasi mungkin mengandungi apa-apa maklumat yang berkaitan suatu kesalahan di bawah akta ini, boleh memberi kuasa kepada pegawai polis untuk memintas komunikasi yang dihantar atau diterima melalui mana-mana alat komunikasi,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:21 PM | Show all posts
Macam rupa angah raja lawak pulak dia ni..

Sebelum cakap tu tak boleh ke buat research dulu ke...tanya org yg lebih arif ke...haihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:33 PM | Show all posts
adeh, main ckp jer kebanyakkan menteri ph tanpa selidik, tanya pada pakar...
makin lama makin nmpk kebodohan mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 04:02 PM | Show all posts
Nie semua gara2 kes perempuan upload status sedih dekat twitter psl tunang dia kantoi tgk porn kah?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 04:59 PM | Show all posts
kalu tepon tu ada password, pssword tu no pin kad atm
nk kene bagi ka?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ni
I x sukalah
I ni jenis susah ingat segala password atau usernames

So hp lah tmpat simpan

Melampaulah kalau sesuka boleh tgk hp i

Mana boleh

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohd aziz jamman ni refer undang2 dari law jamban ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 11:05 PM | Show all posts
Polis periksa telefon suspek jenayah, bukan orang awam
Selasa, 19 Nov 2019 08:45 PM MYT


PUTRAJAYA, 19 Nov — Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya boleh meminta atau merampas telefon bimbit milik orang yang disyaki dan terlibat dalam mana-mana siasatan yang sedang dijalankan dan bukan orang awam secara rambang, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan kenyataan semasa sesi jawab lisan di Dewan Rakyat semalam berkenaan isu PDRM mempunyai hak menyemak telefon bimbit orang awam, bagi mengelakkan sebarang kekeliruan terhadap tajuk-tajuk utama yang telah disiarkan oleh pihak media.

“Pemeriksaan telefon bimbit tersebut hanya dilakukan apabila individu disyaki melakukan suatu kesalahan jenayah di bawah peruntukan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ia seperti Kanun Keseksaan (Akta 574), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), Akta Hasutan 1948 (Akta 15), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747), Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) atau Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Akta 769).

Beliau berkata orang awam boleh menghubungi Cawangan Pengurusan Aduan, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, PDRM di talian hotline 1-800-880-222, e-mel ke aduan.tt@rmp.gov.my atau faks ke 03-22667080 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau salah laku berhubung perkara tersebut. — Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:40 AM | Show all posts
R2D2 replied at 19-11-2019 11:05 PM
Polis periksa telefon suspek jenayah, bukan orang awam
Selasa, 19 Nov 2019 08:45 PM MYT

saya putarrrr halimmmmm

memalukan bagi statement mcm tu dlm parlimen. kat luar baru nak buat pembetulan
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 01:47 AM | Show all posts
jarum2 halus totalitarianism & authoritarianism
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 02:13 AM | Show all posts

Aii bagi contoh - pasukkan polis yang meronda di Indonesia dibenarkan check phone orang orang yang mereka tahan. Pihak polis Indonesia dilindungi oleh undang undang. Aii setuju sebab di sana sering ada kumpulan remaja yang berkumpul utk melakukan rusuhan/pergaduhan/menjual nakoba/mempamirkan senjata tajam dlm group whatsap.

Di US mmg NO NO case. Ada satu kes pasangan suami isteri Muslim membunuh orang beramai ramai (dlm bangunan office). Pihak polis dpt phone mereka dan pihak polis dihalang oleh sykt phone/provider utk mengeksess (spelling) phone tersebut. Ini menyusahkan pihak polis utk track info berguna spt the next ambush, next plan yg diplan oleh suami isteri ni tadi.

Tapi polis US (DEMI KESELAMATAN NEGARA/rakyat mereka) mendapatkan bantuan dari pihak pakar di Isreal utk check isi kandungan phone tersebut.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.093769 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list