CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5192|Reply: 59

[Tempatan] Kedah juara sebenar penghidap diabetes paling ramai bukan Perlis

  [Copy link]
Post time 18-11-2019 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 18-11-2019 05:53 PM

Bukan Perlis, tapi Kedah juara penghidap diabetes

KANGAR: Perlis bukanlah negeri yang menjuarai penyakit kencing manis atau diabetes, sebaliknya, negeri itu berada di tangga kedua selepas Kedah.

Itu reaksi Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis, Dr Sirajuddin Hashim sebagai mengulas laporan agensi berita Bernama yang turut disiar Astro AWANI pada Ahad.

Menurut Dr Sirajuddin, laporan itu mengelirukan ramai pihak, sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi, sejak semalam.

Katanya, berdasarkan laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) yang dilakukan setiap lima tahun sekali, seramai 33,090 orang dilaporkan menghidap diabetes di negeri itu, sekali gus meletakkan Perlis kekal di tangga kedua.

"Negeri Perlis ini adalah negeri kedua tertinggi selepas Kedah, jumlah mereka yang mengidap diabetes di Perlis ini adalah 20.6 peratus, yang pertama adalah Kedah 25.4 peratus dan yang ketiga adalah negeri Johor 19.8 peratus," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Kesihatan Negeri, Kangar.

Pada Ahad, Bernama melaporkan Perlis merupakan negeri tertinggi mempunyai rakyat menghidap diabetes, meskipun negeri itu mempunyai jumlah penduduk paling sedikit di Malaysia.
Memetik kenyataan Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Kangar, Zaferidin Hashim, Perlis dikesan sebagai negeri tertinggi di Malaysia mempunyai rakyat yang menghidap penyakit kencing manis berdasarkan kepada nisbah jumlah penduduk.

Bagaimanapun, Dr Sirajuddin berkata, pihaknya tida berniat untuk menjatuhkan kredibiliti mana-mana pihak dengan mendedahkan data-data tertentu yang berkaitan masalah kesihatan kepada awam.

Dalam masa sama, beliau menyarankan setiap individu agar  menjalani saringan bagi mencegah penyakit diabetes dari awal.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2019 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap org Perlis tak kecewa..cuba lg thn dpn..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu aku pelik.. Sbb aku dengar ceramah 3 minggu sudah.. Kedah juara diabetes..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:05 PM | Show all posts
Ingatkan Kelantan sebab kuih sana manis gila, teh tarik pon susu pekat setengah cawan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:06 PM | Show all posts
betul dah tu..

minta teh o ais kurang manis pun tetap manis..kalau lupa cakap kurang manis langsung xboleh minum..dah try tiga negeri ni...kat kedah tu dah try kulim a setar jitra.baling. .di ipon try minta kurang manis, memang xde manis..kalau minta tanpa sebut kurang manis.. rasa manisnya baru setaraf  kurang manis di kedah
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
karlmax8 replied at 18-11-2019 06:05 PM
Ingatkan Kelantan sebab kuih sana manis gila, teh tarik pon susu pekat setengah cawan.

Dah insaf hokeh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2019 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pink_Purple replied at 18-11-2019 06:06 PM
betul dah tu..

minta teh o ais kurang manis pun tetap manis..kalau lupa cakap kurang manis langsu ...

Benar sgt2 ni. Baru je balik dari utara. Mmg manis sampai lekat tekak. Tak minum sudahnya. Salah sendiri tak pesan kurang2 manis. Lepas tu roti bakar siap ada gula sebelah tepi roti tu.. utk apa? Banyak, sesudu besar gula..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:27 PM | Show all posts
arasham replied at 18-11-2019 06:20 PM
Benar sgt2 ni. Baru je balik dari utara. Mmg manis sampai lekat tekak. Tak minum sudahnya. Salah s ...

belah uatara sama je..perlis, penang pun sama je..
kalau terlupa pesan kurang manis, oder je air kosong..manis segelas tu kena tambah segelas kosong, baru boleh minum..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pagi : menyorok dgn nasi lemak (nasi adalah menu wajib org kedah bersarapan)

10 am : menyorok kali kedua dengan Pulut ikan masin

12 pm : nasi campur kuah banjir (org kedah makan nasi mesti berkuah utk elak terlekat masa makan)

3 pm : ayaq kopi o pekena dgn cucuq jagung ka, coq bawang manis ka

7 pm : nasi lemak satuuu

9 pm : nasi royale kuah banjir.

Ada masa pekena roti canai cicah susu pekat.. Mabeles ya amat.

Mai raya, pulut kacau hat manis meleces hampir setiap rumah..

Setiap rumah wajib ada ketupat palas.. Wajib ada isi umah suka cicah dgn susu pekat dan gula.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 18-11-2019 06:29 PM
Pagi : menyorok dgn nasi lemak (nasi adalah menu wajib org kedah bersarapan)

10 am : menyorok ka ...

Ketupat palas cicah susu pekat sedap ooo..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Diebetes sebab mencekik beras kan.....selayaknyalah dengan ummah2 peliaq
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:58 PM | Show all posts
sarah82 replied at 18-11-2019 06:29 PM
Pagi : menyorok dgn nasi lemak (nasi adalah menu wajib org kedah bersarapan)

10 am : menyorok ka ...

Ini memang sejenis diet yang mencari masalah pada masa hadapan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2019 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 18-11-2019 06:29 PM
Pagi : menyorok dgn nasi lemak (nasi adalah menu wajib org kedah bersarapan)

10 am : menyorok ka ...

Ni org kedah punya diet ka sndiri punya ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa baru kawin mmg aku kena cuture shock dgn amalan pemakanan kat umah mertua (mak mertua dr kedah, bapak dr perlis)
Minum air masak mmg xde dalam kamus hidup diorang, asyik air bancuh
Bila mkn nasi, lauk berjenis2 tp sayo kadang ada kadang x
Aku yg xbiasa mkn xde sayo ni rasa cam xlengkap plak
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa Kedah mendahului negeri pata timo sbb rakyatnya ada kesedaran check diabetis.
Mostly rakyat pata timo xmo check.
Takut lepas check tak boleh mencekik manis2 dah.
Ini berdasarkn pengalaman saudara mara ye..
Rata2 di sana taknak check di usia muda.
Dah ada symptom diabetis teruk baru check.
Dah nak kena potong kaki baru p berubat.
Smpi kena strok baru tahu.
Sbb tu stastitik sana rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 18-11-2019 06:29 PM
Pagi : menyorok dgn nasi lemak (nasi adalah menu wajib org kedah bersarapan)

10 am : menyorok ka ...

Kat umah mertua, ketupat cicah kari pekat tp tetap la rasa manis kuahnya
Aku mmg xbiasa mkn manis2 rasa xtertelan
Kepala dah expect pedas2 berempah, skali masuk mulut, manis...potong stim btl
Last2 aku mkn ketupat tu gitu je xcicah apa2 hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2019 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
labubuyung replied at 18-11-2019 07:05 PM
Aku rasa Kedah mendahului negeri pata timo sbb rakyatnya ada kesedaran check diabetis.
Mostly rakya ...

Klu org kedah ada kesedaran sbb ape sana ttinggi plk..patutnya klate juara
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 18-11-2019 07:05 PM
Kat umah mertua, ketupat cicah kari pekat tp tetap la rasa manis kuahnya
Aku mmg xbiasa mkn manis ...

Kuah gulai manis? Biar betul? Org kedah gulai pedas.. Kami tambah cabai dlm rempah gulai masa menumis.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 18-11-2019 07:00 PM
Ni org kedah punya diet ka sndiri punya ni..

Hahaha.. Mai kedah dan ang tgk sendiri.. Kami pagi2 nasi lemak mcm jenis lauk.. Pukul 9 nasi putih dah ada jual.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
thetimes replied at 18-11-2019 06:52 PM
Ketupat palas cicah susu pekat sedap ooo..

Kannn.. Yum2..tapi hanya boleh makan time raya.. Sbb time x raya.. Malas gila nak balut ketupat daun palas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.072539 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list