View: 5333|Reply: 52
|
[Tempatan]
Ketua Polis Ipoh terima call dari scammer. Ada kesalahan saman trafik
[Copy link]
|
|
Saya pun jadi sasaran scammer, kata Ketua Polis Ipoh
18 November 2019
IPOH - Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz mendedahkan bahawa beliau turut menjadi sasaran sindiket scammer atau penipuan.
Menurutnya, satu panggilan telefon daripada seorang wanita yang diterima hari ini meminta beliau mendedahkan butiran diri termasuk nombor kad pengenalan kononnya bagi semakan rekod saman trafik di Mahkamah Tinggi Johor Bahru.
Menyedari ia panggilan palsu, beliau kemudiannya melayan panggilan berkenaan selama hampir 5 minit untuk mengetahui sendiri taktik digunakan dalam memperdayakan mangsa.
"Ini kali pertama saya terima panggilan sebegini dan sememangnya saya nantikan kerana ingin tahu bagaimana mereka memperdaya mangsa.
"Apabila saya perkenalkan diri sebagai ketua polis daerah, barulah individu itu 'mengalah', sempat juga dia gelarkan saya bodoh," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan panggilan itu terbukti bahawa mereka yang terlibat dalam kegiatan berkenaan sangat licik melakukan penyamaran.
"Wanita itu memperkenalkan diri sebagai Pegawai Tadbir dari Bahagian Unit Semakan Saman di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, tetapi bila semakan lanjut dibuat, panggilan itu direkodkan dibuat dari Sabah," katanya.
Sehubungan itu A Asmadi mengingatkan orang ramai lebih berwaspada kerana sindiket terbabit tidak memilih mangsa sama ada orang awam mahupun polis.
Katanya, berdasarkan rekod Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dari Januari hingga Oktober tahun lalu sebanyak 122 kertas siasatan telah dibuka berkaitan kes berkenaan sementara 62 bagi tempoh sama tahun ini.
"Walaupun ada penurunan, tetapi dari segi aduan dan laporan diterima berkaitan kes ini sentiasa berjalan menunjukkan masih ramai yang terjebak dan tertipu," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku terima pggilan dr mahkamah nak ic aku.. aku ckp hang call aku hang kenalaa tau ic aku.. hang nak ape.. duit aku dlm bank ade laa ratus ringgit je.. rugii tipu aku |
|
|
|
|
|
|
|
Heols lagi cerdik dari kp kat johor. Sila trace sampai ke lubang cacing. |
|
|
|
|
|
|
|
tak berjaya nak tipu, padan muka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 18-11-2019 08:23 PM
Aku terima pggilan dr mahkamah nak ic aku.. aku ckp hang call aku hang kenalaa tau ic aku.. hang nak ...
Burit, Sama lak dialog Kita pasal ic..mmg rezeki scammer Tu kena jerit ngan I pagi2..harap dia berenti and keja kat tealive instead...haha |
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya scammer ni bila terkantoi diaorg pulak yg sentap |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahah kelakar kan kena dgn polis jugak.boleh ketua polis buat case study |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa kp kt johor
|
|
|
|
|
|
|
|
dlm last week ada scammer call aku
kebetulan aku mcm tgh bosan,aku ajak dia bersembang
borak2 kosong jah..aku siap kutuk2 PH lg
last2 dia cut line sbb bosan layan aku
sbb aku buat perangai gila, buat2 borak ala2 azwan ali BILIONZZZZ FOLLOWERSSSSS WAI BODER WAI BODER |
|
|
|
|
|
|
|
Sempat lg ckp polis bodoh Kena ngan polis , call pun dpt trace dari mana. |
|
|
|
|
|
|
|
becir replied at 18-11-2019 09:35 PM
Burit, Sama lak dialog Kita pasal ic..mmg rezeki scammer Tu kena jerit ngan I pagi2..harap dia ber ...
Nak saman akuu tp tak kenal aku.. no ic aku pun tarak tau.. mengong |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti scammer tu pun ingat ketua polis tu tipu juga. Iols kadang2 terfikir macam mana kalau scammer ni tertelefon no telefon penjenayah ke gangster ke? Tak ke haru? |
|
|
|
|
|
|
|
tapi dlm mcm2 punya cite pun ada yg terpedaya |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 18-11-2019 10:00 PM
dlm last week ada scammer call aku
kebetulan aku mcm tgh bosan,aku ajak dia bersembang
borak2 koso ...
Ni sangat win... hahhaa |
|
|
|
|
|
|
|
epal21 replied at 18-11-2019 10:08 PM
Mesti scammer tu pun ingat ketua polis tu tipu juga. Iols kadang2 terfikir macam mana kalau scammer ...
ye..aku pon rasa camtu. tu sbb dia berani membodohkan polis tu..hehehe. |
|
|
|
|
|
|
|
panggilan scammer ni makin berleluasa pula, kena ada tindakan yang drastik daripada pihak berkuasa |
|
|
|
|
|
|
|
mawarputih2612 replied at 18-11-2019 10:00 PM
kenapa kp kt johor
Heols dapat panggilan dari scammer gak. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pnh kena. Kes saman trafik kt Penang. Padahal aku kt kl. Aku buat report polis la. Sblm ni scammer company pelancongan. Report gak la |
|
|
|
|
|
|
| |
|