CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1117|Reply: 8

[Tempatan] MACAU SCAM. Rakyat rugi RM303.2 juta kena tipu. Habis duit bersara, saving etc

[Copy link]
Post time 18-11-2019 11:03 PM | Show all posts |Read mode
Macau Scam: 700 individu didakwa di mahkamah, kerugian lebih RM300 juta
Bernama | Diterbitkan pada November 18, 2019 18:11 MYT

KUALA LUMPUR: Seramai 700 individu dituduh di mahkamah berkaitan kesalahan 'Macau Scam' sejak tahun 2015 sehingga September lepas, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman.

Beliau berkata dalam tempoh itu, sebanyak 6,096 kertas siasatan dibuka dengan kerugian direkodkan berjumlah RM303.2 juta.
"Pelbagai usaha dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk meningkatkan penguatkuasaan undang-undang, pengoperasian, tangkapan dan seterusnya menjalankan pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam penipuan," katanya pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka) yang ingin tahu langkah kementerian menangani masalah penipuan Macau Scam di negara ini.
Mohd Azis berkata PDRM juga membangunkan satu portal yang memudahkan masyarakat menyemak nombor telefon dan akaun bank digunakan sindiket melalui http://ccid.rmp.gov.my/semakmule.

Selain itu, Facebook 'Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police' juga diwujudkan bagi memberi amaran kepada masyarakat dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Katanya, pada Mac lepas, sebuah Jawatankuasa Teknikal Jenayah Siber yang terdiri daripada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ditubuhkan bagi membanteras jenayah penipuan dalam talian.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu maknenye tindakan pdrm x berkesan. Cari la ounca dan hapuskan. Ni disuruh bakal mangsa berjaga jaga dan pemangsa x dikesan dgn kaedah paling licik. Tahu x scammer aku setahun  lalu muncul kembali mengacau wany hasrita. Repot polis dah buat. Whatsapp scammer masih aktif tukar profil. Jaga jaga!
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Scammer ni mcm2 MO dia akan guna..dah lapuk taktik A,dia cipta taktik B..dan seterusnya smpailah dpt peras duit free drpd target2..

Sepatutnya siasat tali barut y bg nama2 kt scammer tuh..cek org kwsp,org2 bank jugak..komfem ada org dalaman y bertindak dedahkn jumlah duit simpanan mangsa2 pd set2 scammer ni utk dptkn easy money..kalau x,xkan ler senang2 scammer ni taw sapa y duit byk etc..
Jgn lupa org2 bahagian pencen jgk..msti ada y mkn duit haram senyap2 tuh
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 04:34 AM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 19-11-2019 01:25 AM
Scammer ni mcm2 MO dia akan guna..dah lapuk taktik A,dia cipta taktik B..dan seterusnya smpailah dpt ...

Rasanya dorang ni hack sistem servis provider telifon kot,  sdngkn telifon rumah pun dorng tahu siapa owner.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 07:27 AM | Show all posts
CatMiow replied at 19-11-2019 04:34 AM
Rasanya dorang ni hack sistem servis provider telifon kot,  sdngkn telifon rumah pun dorng tahu si ...

tgk cter scams jdrama....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku risau makcik aku la.. Duit berkepuk.. Moga2 dia tak terpedaya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-11-2019 08:45 AM | Show all posts
sebenarnya dari semua suspek yg terlibat boleh je polis desak suspek dedahkan mana dpt no tel mangsa lengkap dgn nama lagi
dari situ tahu la siapa mastermind segala data peribadi
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
bank sepatutnya boleh detect kan duit byk2 tu transfer kat mana2 acc kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 10:45 AM | Show all posts
dah boleh tukar nama dah.. no more Macau.. now it is MalaysiaScam...

Modus Operandi depa ni susah nak detect. tapi tak mustahil nak detect kalau betul2 pihak bertanggungjawab betul2 nak banteras aktiviti ni.

Depa guna telefon kaedah voice over IP (VOIP). Ada bnyak kot kompeni yang provide service ni.. Macam VOX, VoipStunt, Open VOX..  Kelebihannya, kita boleh input apa2 je nombor telefon konon2nya serupa nombor landline yg lain.


Ni scam helpcentre based kat India.. Konsep berbeza tapi matlamat sama..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.204457 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list