CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3558|Reply: 58

[Tempatan] Edisi tasyabar : Kereta Terbang Mulai Diuji Khamis Ini - Menteri

[Copy link]
Post time 19-11-2019 11:05 AM | Show all posts |Read mode



Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa sesi pandu uji kereta terbang pertama negara dijangka dilakukan buat pertama kali Khamis ini di Subang.

Tegasnya, beliau sendiri akan melakukan pandu uji kenderaan yang boleh memuatkan dua orang itu.

Beliau turut mengundang ahli Parlimen pembangkang bagi menyaksikan sendiri sesi pandu uji kereta terbang berkenaan.

“Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar (Mohd Shahar Abdullah-BN) jika mahu. Kita boleh duduk bersama kalau nak ambil gambar ketika kereta itu terbang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa bagi pihak kementerian.

Mohd Redzuan sebelum ini menjelaskan, prototaip kereta terbang juga dijangka dilancarkan akhir tahun ini.

Menurutnya, kos tersebut ditanggung pihak swasta dan tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada kerajaan.

Sumber: Sinar Harian


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2019 11:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
sembang haha
please define kereta terbang tu btul2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Walau idea macam ntah apa2 tapi iols xtahu ada soft spot kat heol..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:23 AM | Show all posts
tak syabar gak ni..alahai nak tgk kot ada rupa De Lorean
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2019 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
ni idea di sebalik flying cars.. supaya mahacai berpegang pd fakta bkn auta

1. kebolehupayaan dipandu atas jalan biasa
2. boleh terbang seperti kapal terbang (dan rupanya bkn mcm kapal layar)

hrp menteti 3 suku ph ambik maklum hal paling asas mcm ni.. klau drone bleh bwk penumpang ttp la drone...

klau nak guna drone utk tujuan pemantauan or apa saje.. company aerodyne dah ade dan dah cukup matang...

kereta terbang atau apa je tech nak perkenal takde isu klau initiative private.. yg cari sendiri funding.. bkn gomen 3 suku yg pump duit

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sblm test tu buat wasiat siap2..mana tau kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 11:59 AM | Show all posts
takder buat live ke?
aku tak sabar gak nak tgk ni..
kot patut kagum..aku kagum..
kot patut gelak..aku gelak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sure ke khamis ni? Jam beraper? Xlena tido nk tunggu kereta terbng
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:24 PM | Show all posts
Edited by tupaiterbang at 19-11-2019 02:28 PM

takde rupa kipas kdk pun,

kita sebenarnya rebadge balik model PAL V dari Belanda



harga pun dekat RM 2 juta



Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:27 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 19-11-2019 11:41 AM
Sblm test tu buat wasiat siap2..mana tau kan

Kena ambil life insurans sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
alamak 2 org pulak muatnya.blh la utk gi kerja saja.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:32 PM | Show all posts
dino replied at 19-11-2019 11:16 AM
sembang haha
please define kereta terbang tu btul2...

kereta terbang =  gajah terbang
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:35 PM | Show all posts
tak sabar nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
tupaiterbang replied at 19-11-2019 02:24 PM
takde rupa kipas kdk pun,

kita sebenarnya rebadge balik model PAL V dari Belanda

technology tu no 2... solution mesti feasible..  bkn create another issue...

nak terbang kena ade track bagai... sembang kari.. tu blum kira bab undang2 bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 02:40 PM | Show all posts
Kena wajib baby carseat tak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:44 PM | Show all posts

servis potong rumput mur mur
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:56 PM | Show all posts
SAYA tidak boleh dedahkan masa dan lokasi sesi uji pandu - Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

“SAYA tidak boleh dedahkan masa dan lokasi sesi uji pandu (kereta terbang) itu kerana bagi menghormati permintaan pemaju projek berkenaan,” kata Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Beliau memaklumkan perkara itu ketika ditemui di lobi Parlimen, Kuala Lumpur, pagi ini.


Menurutnya, sesi pandu uji berkenaan adalah hasrat pemaju projek kereta terbang dan mereka enggan mendedahkannya kepada orang ramai sebaliknya kementerian hanya membantu mereka.


“Saya tidak boleh dedahkan perincian sesi pandu uji ini kerana menghormati permintaan mereka (pemaju), selain khuatir liputan yang akan dibuat sekiranya kereta berkenaan gagal terbang ketika sesi pandu uji,” katanya lagi.

Bagaimanapun, katanya, undangan untuk menyaksikan sesi pandu uji itu hanya diberi kepada wakil rakyat kerajaan dan ahli Parlimen pembangkang.

Dalam pada itu, Mohd Redzuan berkata, kerajaan belum memuktamadkan keputusan sama ada akan terus mengeluarkan kereta terbang nasional atau sebaliknya, jika keputusan pandu uji kenderaan itu menunjukkan perkembangan positif.

“Terdapat beberapa perkara perlu dibincangkan secara menyeluruh, khususnya perihal ruang udara sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan.

“Saya masih belum tahu perincian mengenainya (kereta terbang) lagi. Saya hanya mahu meneliti manfaat kereta terbang itu terlebih dahulu.

“Ketika ini kita masih mempunyai pertikaian mengenai ruang udara dengan perbincangan mengenainya sedang dijalankan di peringkat kerajaan, bagaimana ia boleh diselesaikan,” katanya.

Mohd Redzuan di sidang Dewan Rakyat semalam memaklumkan, beliau sendiri akan menyertai sesi uji pandu kereta terbang di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Khamis ini.

Beliau turut menjemput ahli Parlimen yang berkelapangan pada hari berkenaan untuk hadir menyaksikan sesi uji pandu kereta terbang itu.

------------------
sembang
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:02 PM | Show all posts
boleh terbang ke

ko jangan nanti jatuh tergolek dalam kebun kelapa sawit udah ler
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.325997 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list