CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 843|Reply: 1

[Tempatan] SPM Kertas Julai. Ditambah kepada sembilan mata pelajaran

[Copy link]
Post time 19-11-2019 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Mata pelajaran SPM ulangan ditambah
19 November 2019


KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan bercadang melaksanakan peperiksaan ulangan untuk subjek tunggal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebanyak tiga hingga empat kali berbanding hanya menjalankannya pada bulan Jun (dikenali kertas Julai) pada ketika ini.

Ketua Jabatan Lembaga Peperiksaan, Adzman Talib berkata, rancangan yang dijangka  dijalankan mulai tahun depan itu dilaksanakan mengikut permintaan berdasarkan mata pelajaran.

Beliau berkata, sebagai permulaan, mata pelajaran ulangan akan ditambah daripada tiga pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik kepada sembilan mata pelajaran.

Mata pelajaran tambahan yang dicadangkan adalah Bahasa Inggeris, Prinsip Akaun, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Biologi.

“Tempat peperiksaan ulangan adalah di Lembaga Peperiksaan sebelum diperluaskan ke Jabatan Pendidikan Negeri,” katanya kepada Sinchew Daily.

SPM ulangan pada masa ini dijalankan pada Jun untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah sahaja.

Calon juga boleh mengulang peperiksaan SPM pada akhir tahun dengan mendaftar sebagai calon peribadi, tetapi perlu mengambil semua subjek yang wajib.

Pada tahun ini, peperiksaan SPM “kertas Julai” membabitkan 9,827 calon telah dijalankan dari 25 hingga 27 Jun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
aku failed math 9g, lepas tu malas nak ulang sebab aku tak suka math..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.585021 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list