Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
3848
View
154
Reply

TOLONG!!! HIDUP AKU DIHANTUI BEKAS SUAMI!

[Copy link]

Author: Cahya669    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 20-11-2019 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Cahya669 at 21-11-2019 12:22 AM

Assalamualaikum forumer2 yang budiman. Setelah bertahun2 aku follow page cari baru beberapa hari lepas aku log in as member. Aku bukanlah dalam kalangan orang yang suka mencanang hal rumah tangga aku. Tapi this time aku sangat2 buntu risau dan takut. So aku harap sini tempat terbaik untuk mencari solusi masalah aku since korang pun tak kenal aku. Harap2 lah takde yang kenal! Hehehe

Baik lah...macam ni..
Aku dengan laki aku act ex husband aku ni baru nak masuk 2 bulan divorce.. divorce pun sebab aku buat aduan taklik..mesti korang pun dah tahu kan..

Ya! Laki aku salah seorang dari abuser yang aku selalu baca dalam porem. Aku cuma kenal dia 2 bulan and decide untuk terima lamaran dia. Aku pun tak faham kenapa dia macam mendesak untuk cepat2 kahwin. Walaupun aku minta untuk kenal dulu dalam tempoh setahun. Selain aku dah jatuh sayang kat dia, memang tak ada sebab lain. So aku pun terima dia seadanya dan mengharapkan perkahwinan aku kekal bahagia hingga ke jannah.

Ok..apa yang dia dah buat kat aku sepanjang kawen akan aku ceritakan kemudian jika perlu. So aku proceed pada masalah besar.

Masa aku failkan taklik ni kandungan aku lebih kurang 4 5 bulan. Aku failkan pun sebab dia dah halau aku dari rumah yang dia sewakan untuk aku berhampiran daerah aku bekerja. Punca dia halau aku sebab dia bengang aku dapat interim protection order dari mahkamah majistret. So dia tak dapat mendekati aku selagi kes mahkamah yang dia pukul aku tu tak selesai. Oleh itu sebelum aku digelarkan isteri derhaka aku pergi failkan taklik cepat2.

Bila aku dah selamat bersalin maka hakim putuskan yang dia bersalah dan jatuh talak 1. Aku dikehendaki beriddah dengan talak bain sughra(tak boleh rujuk). Ok bermula lah sesi dia menghantui hidup aku.. aku ingatkan lepas cerai dia akan terus berubah menjadi org yang penyabar seperti mana janji2 dia pada aku sebelum bercerai. Harapan jelah!

Dia wasap aku setiap hari. Setiap hari cucuk jarum. Minta aku kawen semula dengan dia. Sanggup ajak aku nikah lagi di thailand. Selalu gunakan alasan anak untuk raih simpati dari aku. Bukan aku tak simpati dengan nasib anak aku. Tapi sebab aku lebih fikirkan anak lah aku nak jauhi bapak yang suka mentally and physically abuse. Aku tak nak anak aku tengok langsung perangai jahat bapak dia. Dan lebih penting aku tak nak anak aku contohi. Buktinya perangai ex laki aku ni pun mendapat dari keturunan bapak dia. Ini cerita sahih yang aku dapat selepas aku nikah dari mulut arwah SIL aku, MIL dan mak sedara dia sendiri. SO bila aku tak reply wasap dia terus dia maki hamun aku macam "aku tau lah kau dah ada jantan lain sebab tu kau dh tak heran kt aku" "kau ingat kau cantik sangat ke" "betina sundal macam kau ni bersepah la" and so on...

Act aku dari sayang kat ex aku tu terus jadi fed up. Menyampah. Naik benci dah aku dengan perangai tak sudah dia tu. Mcm tu dia nak aku percaya dia akan berubah? No way! Bila aku buat dek je kang mulalah dia sibuk nak tanya pasal anak. Nak gambar anak lah. Nak video anak lah. Sedih katanya tak dapat tengok anak depan mata. Dia lupa kot dia cakap anak dalam perut aku ni bkn anak dia, anak doc! Kes tak puas hati pasal doc kt kk yg cek aku tu doc laki. Dia jgk yang suruh aku gugurkn kandungan kalau aku nak divorce..

Selain dia nak wasap aku hari2, dia minta aku nak jumpa anak. Ok lah last two week aku bg lah dia jumpa anak. Aku terpaksa bawa baby keluar since mak aku dan adik beradik aku tak mampu nak hadap muka dia(nanti aku cerita kemudian). Itu pun mak aku tak bagi. Mak aku cakap dia ni bahaya. Dia boleh mengancam nyawa aku. Aku minta adik bongsu aku teman. Mmg scary gila bila masuk je kereta dia marah2 aku sebab aku lambat and dia nak bawa aku and anak naik genting. Siap dah tempah hotel ye! Korang rasa??? Dia tak expect lah aku bawa adik teman..aku macam nak pitam dah masa tu. Aku rasa keselamatan aku diragut. Aku cuba berkeras jgk untuk pergi shopping mall terdekat je supaya dia blh spend time dgn anak. Alhamdulillah...lega. dia ikut ckp aku lagi pun aku tahu plan dia dah fail utk bawa aku pergi honeymoon kt genting tu sbb ada adik aku. Balik dari shopping mall tu dia pesankt aku lepas ni jangan bawa adik aku tu sebab tak ada privacy. Korang rasa????

Lepas hari tu aku pun macam biasa hantar lah gambar anak aku bila dia minta. Dan tak jawab lebih selain dari anak. Dia pulak asyik tanya aku bila nak rujuk. Dah tak sayang dia ke.Aku tak jawab...sebab aku rasa dia belum belajar dari kesilapan dia. So bila aku tak jawab dia terus maki tuduh aku betina sundal. Dalam iddah dah menggatal dengan jantan lain. Mata duitan...walhal 1 sen aku tak tuntut duit nafkah baik utk aku mahupun anak. Oh ye dia sejenis kaki ungkit. Walaupun duit yang konon dia hulur utk anak dia boleh ungkit ye teman2. Siap cakap tak halalkan lg. Wah... Berdouble2 kebencian aku terhadap dia. Terus aku block wasap and call dia!

Bila aku dah benci ni...aku tak hingin nak bagi dia jumpa anak aku. Boleh tak...? Lagipun aku lah yg kena bawa keluar anak bila dia nak jumpa. Anak aku bru nak masuk 4bulan kan. Mana boleh jalan sendiri jumpa bapak dia. Tapi dalam masa yang sama aku takut. Aku takut dia buat sesuatu kt aku kalau aku diamkan diri dan dia tak dapat jumpa anak. Dia pernah datang rumah masa aku dalam pantang and pecahkan tingkap bila aku tutup pintu. Pancitkan tayar kereta bila aku tak nak keluar jumpa dia. Hurm....apa yang harus aku lakukan ni....Aku belum habis trauma lagi dengan apa yang dia dah buat kat aku....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
bertabahlah wahai ibu. boleh buat report polis kalau dia ancam kau. xyah la kau nk jumpa dia lg. kalau dia dtg pun lepak kat rumah jelah minum kopi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergi report polis la

Pernah baca berita baru2 ni janda dibunuh bekas laki sndiri kat rumah flat?

Lepastu pwrgi carik boypren baru yang boleh melindungi anda serta anak anda juga menjadikan malam anda lebih kesedapan

Bile tgk chuols ade jantan baru, ade bran ke dia nk saiko lagi

Mohon jgn carik lelaki mcm ex chuols yach
Sorry, jgn cari iols jgk. Iols jantan kaberet

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong dgn pendapat kat atas. Buat polis report, segala bukti tu simpan. Tt cerita mcm ni pun buat aku rasa takut. Korg dah berpisah pun tp kena masih hadap ancaman, makian dan kata2 kesat di mana tt x perlu pun.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn rujuk sekian sbb ex husband u ni mental
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
laki TT Ni psiko la... jgn rujuk... hadapi hari2 anda dengan lebih indah tanpa dia... ouh ye... ikutla saranan spt diatas.. buat report polis.. sbb dia ni blh mengancam nyawa sis... lagipon blh tgk dia ni jenis.. klw aku x dpt kau... org lain pon xleh dpt kau... semoga sis dan baby baik2 je...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-11-2019 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Andyscenes replied at 20-11-2019 02:08 AM
bertabahlah wahai ibu. boleh buat report polis kalau dia ancam kau. xyah la kau nk jumpa dia lg. kal ...

Tulah. Masalahnya memang tak berani pun nk menjemput dia sbg tetamu masuk rumah plus my mom mmg haramkan kaki dia jejak ke dlm rmh.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-11-2019 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 20-11-2019 03:00 AM
Pergi report polis la

Pernah baca berita baru2 ni janda dibunuh bekas laki sndiri kat rumah flat? ...

Ya Allah ya tuhanku...inilah yang paling ditakutkan ...percaya je dengan kegilaan dia, dia boleh buat macam tu..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-11-2019 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 20-11-2019 03:00 AM
Pergi report polis la

Pernah baca berita baru2 ni janda dibunuh bekas laki sndiri kat rumah flat? ...

Belum terfikir la nak cari boypren..takut dgn boypren2 pun kena tikam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Cahya669 replied at 20-11-2019 06:15 AM
Tulah. Masalahnya memang tak berani pun nk menjemput dia sbg tetamu masuk rumah plus my mom mmg ha ...

report je polis. bodoh puna jantan pukul perempuan, kalau depan aku ni. aku pijak je bekas laki kau.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Cahya669 replied at 20-11-2019 06:23 AM
Belum terfikir la nak cari boypren..takut dgn boypren2 pun kena tikam.

Tolong jangan cari bf buat masa terdekat ni....membahayakan nyawa bf.

Laki tt ni psiko. ..gila. ..menakutkan. ..report polis. ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
TT ang jgn sesekali rujuk balik.. Aku yakin tahap 7 petala langit,  ex suami ang sendiri akan ambik nyawa ang kalau ang jadi isteri dia balik.

Buat laporan polis,  minta perlindungan polis. Jgn pisahkan anak dan bapa.. Better dia jumpa anak hanya kat rumah ang dgn diawasi oleh adik beradik ang yg lelaki.. Kira dia nak buat apa pun pikiaq 18 juta kali.. Sbb dia tau ada lelaki yg sanggup mempertahankan angpa 2 beranak.

Dan ang TT aku sarankan belajar 2-3 langkah seni mempertahankan diri..

Ni aku jumpa masa layan kisah ang.. Boleh cuba tanya ttg protection order

https://wao.org.my/laws-on-domestic-violence/
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bnyak setan dlm diri ex ko tu..ckp dia

Abg ni bnyk syaitan bertenggek..pi blajo skit camno nk get rid syaitan tu sme

Jin klo rasuk or masuk dia tenggek dlm otak..ok

Suh dia bnykkan zikir..otak tu wajib di cuci dgn zikrullah..ingat Allah swt

Insha nnti Allah tolong..

Toksah caya sifat tu keturunan..pembawakan dari ayah..pembentukan tu mayb btui..ayah didik dia kasor jadi dia membeso lagu tu..tapi tak makna tokleh berubah..yg penting dia sedar n mahu..

Jadi suami ni..Allah swt pesan suh jaga keluarga dari api neraka..berattt sebeno nya tugas suami n bapak..sangat sangat berat n klo buleh n di izin tuhan..nabi mahu isteri sujud hormat kat suami

Saya buleh buat buku bab beban suami n bapak n klo sapa baca dan dan depa nk jadi bujang balik!!!

Dunia jadi mcm hari ni semata sebab keje lelaki..suami..bapak..ketua or ulul amri

Sapa jntn yg tk paham ..buat tak paham..elok bunuh diri..tu lai molek untuk dunia dan isi nya terutama anak n isteri

Kamu usaha sedorkan ex tu..dia dok wassap pok pek pok pek kamu selit tarbiah skit...anto nasihat ostad . Dlm youtube bnyok..kamu jgn tinggal solat n doa..supaya dia sedar n hijrah

Jadi suami n berkoge ni mcm berkebun kat kebun..ingat senang? Saya oang kampung..saya tau lah erti bertani berkebun berladang..dari semak jadi tanaman..berbuah mcm pisang..kne kuat sabar.

Isteri ni anugerah..bukan objek or piala.. mcm benih..pas tu ada anak plak..perghh dabel triple sabar kne ada pd suami..tadak sapaaaa buleh tolong dia kecuali yg cipta dia!! Tapi klo tak kenal Allah swt..susah lah..tak solat fardhu..tak jemaah kat surau..tak tau jawi mengaji..tadak tajweed..tak mo sedar dunia ni kejap je..akhirat yg kekal..tatau amanah ..nikmat tak di syukuri...ni baru basic yg wajib suami tahu..blum bab nafkah zahir..keje rezki wajib halal..jgn syubahhh..jaga maruah diri..maruah anak isteri..perghhh..senang???

Takat uk ek uk ek cretttttt pancut pas jima..mkn mee goreng..berakkk ..tido..baik jadi lembu!!!

Ko tu manusia..ciptaan tuhan paling molek..khalifah di bumi ni..berlaku adil ler mcm apa tuhan cipta kamu haaa..

Saya sampaikan aje..segalanya tuhan punye kuasa..ok???

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-11-2019 07:49 AM | Show all posts
Andyscenes replied at 20-11-2019 06:47 AM
report je polis. bodoh puna jantan pukul perempuan, kalau depan aku ni. aku pijak je bekas laki ka ...

iya...masa kena pukul tu mmg berharap sangat la ada org pukul dia balik..dah terjerit2 dah minta tolong. tapi takda orang pun datang tolong masa tu. yela pukul 3 pagi. org depan pun tak dengar tengah syok tido. sudahnya pagi2 pergi keluar jalan kaki je pergi balai pasal kunci kereta dia sorokkan.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-11-2019 07:55 AM | Show all posts
sarah82 replied at 20-11-2019 07:22 AM
TT ang jgn sesekali rujuk balik.. Aku yakin tahap 7 petala langit,  ex suami ang sendiri akan ambik  ...

terima kasih sis! akan ku study wao ni dengan sebaiknya. iya..aku pun banyak kali rasa yang hayat aku akan berakhir di tangan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Cahya669 replied at 20-11-2019 07:55 AM
terima kasih sis! akan ku study wao ni dengan sebaiknya. iya..aku pun banyak kali rasa yang hayat  ...

Nasihat aku.. Jgn sesekali tunjuk rasa takut pada dia.. Ang bawa sama benda yg boleh dijadikan senjata setiap kali bawa anak jumpa dia..utk melindungi diri ang.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-11-2019 08:08 AM | Show all posts
Edited by Cahya669 at 21-11-2019 12:48 AM
ajinomotonosuga replied at 20-11-2019 07:41 AM
Bnyak setan dlm diri ex ko tu..ckp dia

Abg ni bnyk syaitan bertenggek..pi blajo skit camno nk get ...


terima kasih...dah cuba dah sedar2kan dia tu. dia ni ada jgk join2 group tabligh ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 20-11-2019 07:22 AM
TT ang jgn sesekali rujuk balik.. Aku yakin tahap 7 petala langit,  ex suami ang sendiri akan ambik  ...

Jumpa ank kat rumah pun bahaya utk jantan mcm ni....mintak mahkamah tetapkn nk jumpa anak, jumpa kat balai polis....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 20-11-2019 08:11 AM
Jumpa ank kat rumah pun bahaya utk jantan mcm ni....mintak mahkamah tetapkn nk jumpa anak, jumpa k ...

Yezaa.. Betul.. Jumpa kat Balai polis lagi selamat.. Ada abg2 dan akak2 polis yg boleh bg sedas 2 das kat ex suami TT
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 20-11-2019 08:12 AM
Yezaa.. Betul.. Jumpa kat Balai polis lagi selamat.. Ada abg2 dan akak2 polis yg boleh bg sedas 2  ...

Klu jantan giler mcm tu memang blh buat mcm ni....ada je kes bapak blh jumpa anak dlm kaw balai polis je....polis tak campur & tak bg tazkirah ke apa... cuma perhati keselamatan ibu dan anak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.113367s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list