View: 3128|Reply: 10
|
Tinggalkan Isteri Lepas Menang Loteri
[Copy link]
|
|
Malang nasib wanita yang ditinggalkan suaminya selepas mereka menang loteri bernilai 6 juta baht (RM826,391).
Pornthida Chamnanwet, 23, dari wilayah Ubon Ratchathani membuat laporan polis mengenai kejadian kira-kira jam 10.30 malam pada Ahad lalu, lapor Bangkok Post.
Dakwanya, dia dan suami, Wijak Wannaprasit, 34, dari daerah Thon Buri, Bangkok, bekerja di sebuah kilang yang sama dan mereka sebelum ini bersetuju untuk berkongsi wang itu sama rata.
Foto: Bangkok Post
Difahamkan, pasangan itu membeli dua tiket loteri awam pada 9 November lalu di mana salah satu daripadanya dipilih sendiri wanita terbabit.
Dakwa mangsa, tiket yang dipilihnya itu bertuah memenangi tempat pertama bernilai 6 juta baht pada Sabtu lalu. Dalam keadaan teruja, pasangan itu bersetuju untuk membahagikan keuntungan itu sama rata.
Bagaimanapun, pada pagi Ahad, Wannaprasit menarik semula kata-katanya dan mahu mengambil 4 juta baht, manakala selebihnya diberikan kepada isterinya hingga tercetus pertengkaran di antara mereka.
Wannaprasit menyuruh isterinya untuk mengambil tindakan mahkamah kalau dia masih berdegil tidak bersetuju sebelum meninggalkan bilik penginapan mereka di Soi Suk Sawat 64 bersama tiket berkenaan.
Pornthida kemudian meminta bantuan polis untuk menghalang suaminya daripada menebus tiket berkenaan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Abis duit tu nti blk la dia tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
lawo bini dia...takpe nanti dia belanja duit kat protitute kena aids mati sengsorang...harus kau bersyukur dek... |
|
|
|
|
|
|
|
Dkt rm275k juga bini ni dpt while laki tamak nak amik dkt rm550k. Kalau iols, dr nak ngamuk2 mcm tu ngan laki yg br tunjuk prangai sebenar snggup ditch iols usai dpt duit, iols fine kan aje. Iols amik rm275k tu, mintak cerai then move on dgn hidup baru. Ngak perlu ngadap laki yg dah terang2 nak susah dgn kita tp dah senang trus dia buang nya kita. |
|
|
|
|
|
|
|
nafham: Dkt rm275k juga bini ni dpt while laki tamak nak amik dkt rm550k. Kalau iols, dr nak ngamuk2 mcm tu ngan laki yg br tunjuk prangai sebenar snggup ditc ...
i rasa untung dia ada laki macam tu. maksud i dia x ambil 100% . ada tinggalkan nafkah sikit kat isteri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Patut amik je 275k tu kan, beli rumah ke bukak kedai urut tapak kaki ke. |
|
|
|
|
|
|
|
fliphair8: lawo bini dia...takpe nanti dia belanja duit kat protitute kena aids mati sengsorang...harus kau bersyukur dek...
i rasa macam nak buang testis. buang misai. tebuk lubang tambak gunung dua. pastu bantal seketul kat perut jumpa laki dia cakap " i pregnant" {:run |
|
|
|
|
|
|
|
Amik je la dek dari x merasa lansung...duit bhgian ko simpan...duit bahagian laki ko joli |
|
|
|
|
|
|
|
Ambil je la duit tu. Laki ko tu setahun ni habis la duitnya berjoli.
Lepas tu ko nampak laki ko dtg melutut kembali mungkin. |
|
|
|
|
|
|
|
2juta bath pon dah kira banyak dah tu sis.. Daripada putih mata. 2 juta tu life ko dah senang banyak berbanding sebelum menang loteri. Beli rumah mini, beli keta mini. Tak payah tanak sangat dan tak payah lah terhegeh2 ngan jantan terkejut tuh {:love {:hero |
|
|
|
|
|
|
| |
|