Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
2011
View
39
Reply

[Tempatan] 2 ahli parlimen UMNO hampir bertumbuk di parlimen

[Copy link]

Author: Boomibulat    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 20-11-2019 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 20-11-2019 02:58 PM

Dua ahli Parlimen UMNO nak bertumbuk [METROTV]
Screenshot_2019-11-20-14-56-45-1.png

Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

Lobi Parlimen hari ini, kecoh apabila dua Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said bertengkar mulut dan hampir bergaduh.

Insiden jam 12.50 tengah hari itu berlaku di hadapan puluhan pengamal media yang berada di lobi berkenaan.

Kejadian bermula apabila Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau dan Tajuddin (Pasir Salak) secara tiba-tiba mengeluarkan pelbagai perkataan cacian dan makian seperti bodoh, bangang dan stupid antara satu sama lain.

Malah, kedua-dua mereka juga saling mencabar termasuk untuk bergaduh dan bertumbuk sebelum mereka dileraikan oleh pengawal keselamatan yang berada di lokasi kejadian.

Kalau berani datanglah sini, kata Tajuddin sebelum dileraikan oleh pengawal keselamatan.

Pengamal media yang ketika itu sedang menemubual Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong terpinga-pinga melihat insiden berkenaan.

Kekecohan dan siri bertikam lidah itu berlarutan di laluan ke Menara Parlimen namun, kedua-duanya dileraikan oleh anggota keselamatan Parlimen.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa turut menenangkan kedua-dua ahli Parlimen itu malah, difahamkan membawa Ismail untuk bertemu dengan Tajuddin di Menara Parlimen.

Dalam kekalutan itu, Ismail sempat menjelaskan kepada pihak media bahawa beliau tidak berpuas hati dengan Tajuddin yang didakwa menularkan satu gambar rakannya menziarahi anaknya yang sakit.

Menurutnya, gambar itu dijadikan isu kononnya beliau buat satu pakatan menyokong seorang pemimpin yang lain.

Gambar kawan-kawan saya ziarah anak saya, dijadikan isu kata saya buat pakatan menyokong seorang pemimpin yang lain. Mana boleh, tak betul, katanya.

Sejurus selepas itu, Tajuddin dilihat kembali ke lobi Parlimen, sebelum didekati pihak media yang mahu penjelasan mengenai insiden berkenaan.

Ia hanya salah faham antara rakan. Ia sudah diselesaikan.

Ini isu rumah tangga, tak perlu diberitahu kepada orang, katanya ketika diminta menjelaskan punca insiden itu.

Tinjauan mendapati, sekumpulan pengamal media yang dtemui akui terkejut dengan insiden itu dan ramai mengaitkan insiden itu dengan isu 'pakatan' sulit yang dicetuskan Timbalan Presiden PKR Datuk Mohamed Azmin Ali, pada malam Isnin lalu.

Difahamkan, Ismail adalah antara individu yang hadir pada pertemuan itu yang berlangsung di kediaman Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 2:30 PM
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-11-2019 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Umno sama Umno gaduh DAP tepuk tangan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
B.O.D.O.H
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:02 PM | Show all posts
wayang jer tue
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang gado ttp dpt gaji dan pencen ahli parlimen. Rakyat gado sbb politik dpt najis. Jd sapa yg bodo sbnrnya?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
ok calling @dodolgemok
dah ade thread mknan ko ni.. apa lg kluar gua cepat.. kutuk umno wei haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:08 PM | Show all posts
pergi parlimen bukan nak bincangkan masalah rakyat, kesusahan rakyat, tapi sibuk nak bergaduh, kalau masalah rumahtangga jangan bergaduh sampai ke luar, apa punya level yb lah gini
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:08 PM | Show all posts
baru la macai PH boleh keluar gua
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:12 PM | Show all posts
tp skang masa sesi parlimen petang...AP Kuala Krau dengan AP Pasir Salak dah ok.....tp dorang jugak dok kata pasal AP Segamat dengan AP Rasah......dua2 pon gaduh gak ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:15 PM | Show all posts
Teruknya mentality politician tua2 nih...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:23 PM | Show all posts
Bukan main bersambut-sambut gaduhnya yer. sampai ajak bertumbuk.

Larat ke tu?

Heart beat ok?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:36 PM | Show all posts
gemok2 tua ni gaduh pasai pe? melanggan escort yg sama ke? huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:37 PM | Show all posts
jaga2 suhaimi ...tajuddin hantar anak jantan dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
SWORKS27 replied at 20-11-2019 03:08 PM
baru la macai PH boleh keluar gua

yea kutuk2 weh
macam la org kembali sokong ph haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:42 PM | Show all posts
kang anak tajudin tunggu kat luar
hahahahha
macam dulu dgn kalid gereja
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:43 PM | Show all posts
larat lg tu nk bertomoi ye...alip mim nun wau...SARKAS da.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:43 PM | Show all posts
Lantak korang lah..masalah rakyat ni ada korong fikir tak? Sibuk nak bergaduh
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:51 PM | Show all posts
dino replied at 20-11-2019 07:39 AM
yea kutuk2 weh
macam la org kembali sokong ph haha

yg betulnya.dua2 ni memang x relevan dlm BN..elok la bagi borang BERSATU..sucikan mereka
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
memalukan saja. inilah pemimpin kebanggaan umno dan pas
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kepada pas carilah rakan lain yang lebih beradab
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.093536s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list