Edited by EJALTI at 20-11-2019 08:45 AM
Identiti lelaki dalam video intim diketahui tak lama lagi
https://www.malaysiakini.com/news/500564
Diterbitkan Hari ini 4:38 petang
Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin identiti lelaki yang dirakam beraksi di atas ranjang - dan dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali - akan diketahui sebelum hujung tahun ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, berkata klip video tersebut sudah dihantar ke sebuah firma di AS untuk dianalisis.
Katanya, langkah itu dibuat untuk mengetahui ketulenan serta identiti yang terlibat dalam rakaman berkenaan.
Huzir menjelaskan, kertas siasatan kes itu sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara antara tujuh dan lapan kali dan pihak terbabit sudah diberi arahan untuk dilaksanakan.
"Polis telah pergi ke AS baru-baru ini, dan mereka sudah balik. Laporan analisis tersebut akan dibekalkan kepada PDRM dalam masa terdekat," katanya.
Ditanya bila keputusan tersebut akan diperolehi, Huzir menjawab: "PDRM sangat yakin sebelum hujung tahun."
Beliau menambah, PDRM melantik pakar dari luar negara untuk membuat analisis kerana perlukan badan bebas untuk membuat analisis mengenainya.
Antara aspek yang ditumpukan, katanya, ialah menilai ketulenan video tersebut dan menjalankan proses pengecaman wajah individu yang terlibat.
Selepas itu, katanya, ia akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.
|