CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3360|Reply: 35

[Tempatan] Azmin memang mahu dipecat dan diangkat sebagai hero yang dianiaya, kata Ahmad Sy

  [Copy link]
Post time 20-11-2019 05:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 20-11-2019 09:38 AM

‘Azmin memang mahu dipecat dan diangkat sebagai hero yang dianiaya’

https://www.malaysiakini.com/news/500565

News  |  Diterbitkan Hari ini 4:58 petang  |  Dikemaskini Hari ini 4:58 petang



Timbalan Presiden PKR Mohammed Azmin Ali akan terus menimbulkan masalah sehingga dipecat, kata Setiausaha Pemuda PKR (AMK), Ahmad Syukri Che Razab.

Setelah dipecat, katanya, Azmin dan juak-juak pengampu akan mendabik dada sebagai wira yang telah dianiaya kerana bersuara untuk kebenaran.

“Walhal kebenarannya ialah mereka ini merupakan kabilah pintu belakang yang sering menyebabkan keadaan yang tenang menjadi serabut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menulas megenai pertemuan Azmin dengan lebih 20 anggota parlimen Umno di kediamannya di Putrajaya pada malam Isnin lalu, Ahmad Syukri mendakwa bahawa ia hanya gimik untuk menarik perhatian Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Beliau cuba mempamerkan kekuatan dengan menunjukkan semua ahli parlimen Umno berada di bawah telunjuk beliau.

“Dengan ini ketua kabilah pintu belakang ini mengharapkan beliau akan mendapat sokongan daripada Dr Mahathir untuk menjadi perdana menteri,” katanya.

Ahmad Syukri seterusnya menggambarkan timbalan presidennya sebagai pencari publisiti murahan yang ingin menunjukkan betapa beliau kononnya masih relevan dalam politik hari ini.

Malah, katanya, perjumpaan sulit dengan wakil rakyat Umno itu sama ada terpecah atau sengaja dipecahkan kepada khalayak.
“Hanya Azmin dan setiawannya yang tahu.

“Apa yang dilakukannya ini hanya sekadar ingin memastikan beliau menjadi subjek perhatian media. Mungkin Azmin memang gemar diri beliau dilayan seperti fenomena. Publisiti buruk itu tetap publisiti yang baik bagi politikus yang gilakan lensa kamera,” katanya.

Walau bagaimanapun, pemimpin AMK itu memberi amaran kepada Azmin bahawa beliau sedang menguji had kesabaran kepimpinan PKR dengan karenahnya itu.

“Pelbagai dinding disiplin telah beliau rempuh. Saranan kepimpinan utama PKR untuk beliau hadir ke mesyuarat diabaikan beliau tanpa rasa segan apatah lagi bersalah.

“Oleh itu mudah untuk kita fahami bahawa apa yang sedang berlaku ini adalah kerana nafsu besar sang ketua kabilah pintu belakang yang mahu menjadi perdana menteri.

“Untuk itu beliau memuja-memuji Dr Mahathir yang suatu ketika dahulu beliau sendiri pertikaikan (Mahathir dinamakan sebagai calon perdana menteri sebelum pilihan raya umum lalu),” katanya.

Menurut Ahmad Syukri, dengan berbuat demikian, Azmin mengharapkan beliau akan mendapat sokongan daripada Mahathir untuk menjadi perdana menteri.

“Tapi malangnya, dengan ilmu matematik mudah, nafsu besar ketua kabilah pintu belakang ini mungkin akan menjadi cita-cita yang tak tercapai.

“Justeru nasihat saya kepada ketua kabilah pintu belakang dan setiawannya, berhentilah mengetuk pintu belakang dan kembalilah ke pintu hadapan,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2019 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua bodoh.. Lapar jawatan.. Betulkan malaysia dulu la weiii.. Rakyat dah muak politik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 05:55 PM | Show all posts
bergaduh je le keje pepuak ni....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 06:08 PM | Show all posts

klinik gigi ramai arini
xdan nak steril peralatan sume
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 06:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2019 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
DAPee replied at 20-11-2019 06:47 PM
@pyropura

Pyro pulak sibuk dgn anjing2 tak bertuan.. Cuba seru si knights
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 20-11-2019 07:03 PM
Pyro pulak sibuk dgn anjing2 tak bertuan.. Cuba seru si knights

Mantap Sarahh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2019 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 20-11-2019 07:11 PM
Mantap Sarahh....

Lapyewlah sarah...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 20-11-2019 07:11 PM
Mantap Sarahh....

Hahaha.. Dah dia sendiri akui sgt prihatin dgn anjing2 tak bertuan.. Opkos sibuk..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kabilah pintu belakang??  Pintu apa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
2x5 la dgn bang non. Puja puji mahathir sebelum pru14.


“Untuk itu beliau memuja-memuji Dr Mahathir yang suatu ketika dahulu beliau sendiri pertikaikan (Mahathir dinamakan sebagai calon perdana menteri sebelum pilihan raya umum lalu),” katanya
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku baca nama mamat ni sebagai Alif Syukri.. Teruk dah mengantuk aku ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 07:45 PM | Show all posts
kau pun same
kau dengan ketua ketua kau semua penyapu
demi jawatan sanggup jilat telor
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 08:03 PM | Show all posts
Dinosaur politik better gi mampos.. benci sial.. hari2 ada je benda bodoh masing2 nak bg nampak relevan..

Macam dah tandus kepimpinan dan bakat baru politik di Malaysia ni. Teruk2 BN, tak de la sangat dihidangkan kelucahan melampau pemimpin, kebebalan menteri. Banyak buat kerja dari berpolitik.

PH ni suka geli2, jentik2.. ahhh macam2 la.. tak nampak bayang nak selamatkan negara pun.. masing2 nampak gelojoh nak selamatkan pungkoq sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 20-11-2019 08:03 PM
Dinosaur politik better gi mampos.. benci sial.. hari2 ada je benda bodoh masing2 nak bg nampak rele ...

Ini jek ker kerja dorang mampu buat..
Bergasak sesama sndiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2019 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ph sama jah dgn pencinta haiwann.. asyik drama jahh.. keje yilek.  Nipu jah.. menipusto dah cmpk kedlm lauttt..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 20-11-2019 08:19 PM
Ini jek ker kerja dorang mampu buat..
Bergasak sesama sndiri

Yeppo.. nak kekal releven dlm politik bergasaklaa pastuu main isu perkauman.. abisssss.. next election pi rumah pengundi cuci longkangg.. menanggggg...yeeeee...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kita imbau kembali nasib yang menimpa TSKI dulu .. cukup pedih, sedih dan terkejut tidak disangka sama sekali betapa jahat, zalim, kejam, tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan langsung PKR ini, hanya disebabkan kemaruk, pelahap, mabuk dan gilakan jawatan dan kuasa sehingga tiada istilah haram dalam kamus politiknya dan erti dosa dalam perjuangan dan dlm membuat keputusan.

Dulu pimpinan PKR bergabung, berganding bahu dan bersatu padu memfitnah dan menghancurkan karier TSKI. Akhirnya kini pemimpin-pemimpin yang sama, sesama mereka pula yang bergaduh, tikam menikam pula kerana berebut jawatan dan kuasa sehingga dilihat PKR sedang menuju kehancuran.

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 20-11-2019 08:23 PM
Yeppo.. nak kekal releven dlm politik bergasaklaa pastuu main isu perkauman.. abisssss.. next elec ...

Hureyyy.. Haramdah.. Teruk lg dari BN..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.127468 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list