CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1612|Reply: 12

[Tempatan] Guru tuisyen cabul anak murid

[Copy link]
Post time 20-11-2019 11:15 PM | Show all posts |Read mode
Guru tuisyen cabul anak murid


LULUH hati ibu apabila niatnya menggunakan khidmat guru tuisyen untuk mengajar anaknya di rumah lelaki itu bertukar sebaliknya apabila kanak-kanak terbabit menjadi mangsa cabul.

Perkara itu terbongkar selepas wanita berusia 40 tahun itu melihat kandungan mesej di telefon bimbit anaknya yang dihantar lelaki berusia 36 tahun berunsur ayat lucah Jumaat lalu.

Wanita terbabit yang enggan dikenali berkata, anaknya itu belajar bersama lelaki itu yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Mandarin sejak empat tahun lalu.

Menurutnya, dia memiliki tiga anak dan anak sulung lelakinya berusia 12 tahun itu menjadi mangsa lelaki itu beberapa kali ketika belajar di rumah guru berkenaan.

“Kami agak rapat dengan lelaki itu malah anak saya menganggapnya seperti bapa.

“Malah dia pernah menolong saya memandikan anak namun ketika itu masih belum mengesyaki apa-apa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dia yang juga ibu tunggal berkata, sebaik mengetahui kejadian itu, dia kemudian meminta kepastian daripada anaknya sebelum diberitahu guru itu melakukan perbuatan itu sejak awal tahun ini.

“Saya sangat percaya kepada lelaki terbabit namun tidak sangka dia bertindak sedemikian.

“Bimbang dengan keselamatan anak saya membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan Sabtu lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan suspek.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2019 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa guru tuisyen tu nak mandikan anak si ibu tunggal ni?
Dan kenapa si ibu tunggal ni pun benarkan a stranger mandikan anak dia?

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
serinegara replied at 20-11-2019 11:18 PM
Kenapa guru tuisyen tu nak mandikan anak si ibu tunggal ni?
Dan kenapa si ibu tunggal ni pun benark ...

Tu la kan...perlu ke nak suruh orang lain mandikan anak dia...stress dengar berita macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Peliknya bagi orang luar mandikan anak sendiri pedo dah la banyak lani.. Baik mana pun dia tetap orang luar
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
heh siap bg mndikn ank bagai. ei pelik2 la org skrg cpt nau pcaya org luar. stressnya asyik bca news mcm ni je lately. skrng ni xleh nk rsa selamat dah nk mudah pcaya org even ad ptalian drah sbb skliling kita msti ad je yg nafsu setan gni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
ke mak budak ni suka dekat cikgu tu sampai mandikan anak pun dia bagi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2019 10:06 AM | Show all posts
12 tahun takleh mandi sendiri ker?
banyak betul pertanyaan aku pagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 10:12 AM | Show all posts
maknya tak saspek apa2 kot sebab cigu lelaki yg mandikan anak lelaki dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2019 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 21-11-2019 10:06 AM
12 tahun takleh mandi sendiri ker?
banyak betul pertanyaan aku pagi ni

Mgkin msa anak dia kecik kot. Da 4 taun mngajar anak dia. Tp klau 4 taun lps pun anaknya da 8 taun, kuasa sgt nk kena org mandikn bagai. Entah2 maknye ada hati kt ckgu ni. Skli ckgu ni pedo rupanya. Jantan hanat. Nasib baik jumpa msg dlm fon tu. Dpt la tgkap. Kdg2 budk2 bila di groom n mgkin kurg ksihsyg ayah, tu yg sronok dilayan pedo. Dorng xtau impak yg besar akn dtg.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 10:17 AM | Show all posts
susukambingbest replied at 21-11-2019 10:14 AM
Mgkin msa anak dia kecik kot. Da 4 taun mngajar anak dia. Tp klau 4 taun lps pun anaknya da 8 taun ...

8 tahun pun tak reti mandi sendiri ker? manja betul..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 11:47 AM | Show all posts
Yang ngkaw bagi jantan rogayah sendu toh mandikan hanak ngkaw dah naper? Kaw tak ajar anak ngkaw mandi snirik ker? Euw
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 11:59 AM | Show all posts
cikgu cina dgn student cina ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Aku salahkan mak dia.. Mak dia boleh benarkan anak dia dimandikan oleh cikgu tuisyen yg bukan family dia? Wowww

2. Cikgu tu dah grooming anak murid dia.. PEDO
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.060038 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list