View: 2207|Reply: 15
|
[Tempatan]
Kereta terbang tak ada kebenaran terbang esok. Merangkak la jawapnya!
[Copy link]
|
|
Kereta terbang tak dibenarkan terbang esok
20 November 2019
KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menegaskan pihaknya masih belum memberi kebenaran untuk sesi pandu uji super dron atau kereta terbang UAS E-Hang 216 (EH216) yang dijangka dilakukan di Subang.
CAAM dalam satu kenyataan menyatakan, lokasi sesi tersebut berada berhampiran dengan laluan penerbangan komersial dan trafik helikopter.
Menurutnya, ia juga berada dalam kawasan Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang yang berada di bawah pemantauan ketat Kawalan Trafik Udara.
“Tambahan pula, EH216 hanya menyerahkan Permit Penerbangan Khas (SFP) oleh Civil Aviation Administration of China yang terhad untuk menjalankan penerbangan penyelidikan dan pembangunan di Grand World Science Park, Guangzhou.
“CAAM juga sedang menyiasat penerbangan demonstrasi tidak sah melibatkan EH216 pada 15 November lepas di lokasi sama dalam Lapangan Terbang Subang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, CAAM menyokong pembangunan industri aeroangkasa dalam negara, namun penerbangan pandu uji dan demonstrasi perlu dilakukan mengikut peraturan bagi memastikan keselamatan terjamin.
“CAAM juga ingin menyatakan bahawa kami terbuka untuk mempertimbangkan permintaan untuk penerbangan ujian EH216 di lokasi yang sesuai dan dengan sokongan daripada pihak berkuasa,” katanya.
Semalam, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, sesi pandu uji kereta terbang yang dikhabarkan berlangsung esok akan dibuat secara tertutup tanpa penglibatan media.
Menurutnya, undangan hanya diberi kepada wakil rakyat kerajaan dan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyaksikannya.
Ahli Parlimen Alor Gajah itu juga tidak mendedahkan lokasi ujian tersebut diadakan bagi menghormati permintaan pemaju projek berkenaan.
“Sesi pandu uji ini adalah hasrat pemaju projek kereta terbang dan mereka enggan mendedahkannya kepada orang ramai. Tambahan, kita hanya membantu mereka.
"Saya tidak boleh dedahkan perincian sesi pandu uji ini kerana menghormati permintaan mereka (pemaju) selain khuatir liputan yang akan dibuat sekiranya kereta berkenaan gagal terbang ketika sesi pandu uji," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kapal terbang adelah kereta terbang yang dah lama manusia cipte bahalol! |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 20-11-2019 11:59 PM
Kapal terbang adelah kereta terbang yang dah lama manusia cipte bahalol!
menteri ph mmg bahenol |
|
|
|
|
|
|
|
nak uji ape lagi? Ehang ni memang sejak 2018 lagi kot ada kat youtube elok je terbang. rege sebijik lebih kurang Euro300K (=RM1.38juta). Dropshipper kete terbang ni jual berapa pulak? RM2juta sebijik? |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri cartoon. I'm out of words. Like honestly. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 21-11-2019 02:29 AM
Bahlil betol ... Bagaimana hal ini boleh terjadi ... hasil menakjubkan binaan umah yang betol-betol canggih dan sangat revolusioner melampaui masa ... X boleh menunjukkan kehebatannya besok ... padahal seluruh umah dunia menantinya dengan bersemangat .... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 21-11-2019 02:27 AM
Bahlil betol ... Bagaimana hal ini boleh terjadi ... hasil menakjubkan binaan umah yang betol-betol ...
ko indon babu takyah menyibuk please |
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 21-11-2019 02:27 AM
Bahlil betol ... Bagaimana hal ini boleh terjadi ... hasil menakjubkan binaan umah yang betol-betol ...
Indogsial sila berambus.. Jaga dulu dlm kain negara ang yg baru busuk |
|
|
|
|
|
|
|
Dari rumors yg aku dengar.. Pak wan ni byk hutang.. Angpa faham la kan.
Plus aku rasa ni balasan la.. Atas apa dia buat kat kwn2 dia |
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 21-11-2019 02:27 AM
Bahlil betol ... Bagaimana hal ini boleh terjadi ... hasil menakjubkan binaan umah yang betol-betol ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Erm
Baik buat party tupperware je |
|
|
|
|
|
|
|
jd ke idok terbangnya? asal jgn landing atas umah ai sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
cis....x sabar aku nk fly drone ak skali 2geder2 nk keta tebang... |
|
|
|
|
|
|
|
dan dan masa tu ada je halangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Penerbangaan ujian 'kereta terbang' tidak mendapat kebenaran - CAAM
Bernama | Diterbitkan pada November 20, 2019 23:45 MYT
PUTRAJAYA: Penerbangan ujian yang dirancang 'Unmanned Aircraft System (UAS) E-Hang 216 (EH-216) di hangar Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT), Subang esok (21 Nov), tidak dapat kebenaran, kata PIhak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
CAAM dalam satu kenyataan hari ini menyebut lokasi penerbangan ujian di UNIKL MIAT itu kurang daripada 200 meter daripada trafik penerbangan komersil dan helikopter dan jelas berada dalam Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang, yang merupakan di bawah kawalan Pengawal Trafik Udara.
EH216 hanya diberikan permit khas penerbangan (SFP) daripada 'State of Design' (Pihak Berkuasa Penerbangan China) yang terhad kepada menjalankan kajian dan pembangunan penerbangan di 'Grand World Science Park', Guangzhou.
CAAM juga kini menjalankan siasatan terhadap demonstrasi penerbangan melibatkan EH216 pada 15 Nov yang dilakukan di kawasan yang sama, dalam kawasan Lapangan Terbang Subang.
"Walaupun CAAM menyokong pembangunan industri aeroangkasa di Malaysia, ujian dan demonstrasi penerbangan perlu dilakukan mengikut Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016, bagi memastikan keselamatan," katanya.
CAAM berkata, mereka bersedia untuk mempertimbangkan permohonan penerbangan ujian EH216 di kawasan bersesuaian dan dengan sokongan daripada 'State of Design' pesawat tersebut.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
|