CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1920|Reply: 12

'Itu Hak Peribadi Kami' - Warganet Tak Setuju Polis Semak Telefon Bimbit Orang

  [Copy link]
Post time 21-11-2019 10:01 AM | Show all posts |Read mode
Kini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibenarkan dan mempunyai hak untuk menyemak telefon bimbit masyarakat awam dalam memastikan tiada sebarang ancaman yang boleh mengganggu gugat keamanan negara serta orang awam, juga sebarang bentuk komunikasi berunsur lucah dan juga mesej jelik.


Menurut Mohd Azis Jamman, Timbalan Menteri Dalam Negeri, perkara itu sebenarnya sah dan dibenarkan dalam undang-undang negara Malaysia berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.


Foto: Carian internet




Namun menurutnya, orang awam perlu tahu hak masing-masing semasa semakan rambang dilakukan seperti meminta identiti pegawai polis yang melakukan semakan ke atas peranti sebagai rekod jika ada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP)," ujarnya memetik Odisi.my.


Ketika persidangan tersebut beliau telah menjawab soalan tambahan daripad Chan Ming Kai yang mengemukakan persoalan sama ada terdapat laporan pelanggaran SOP dilakukan oleh pihak berkuasa ketika menyemak telefon bimbit orang awam.


Foto: Bebasnews


Mohd Azis menambah jika masyarakat merasakan ada pelanggaran SOP dilakukan terhadap pihak polis, mereka boleh segera membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran atau terus ke Bukit Aman.


Tambahnya, pihak polis akan menggunakan pelbagai elemen seperti phone-bugging atau tapping dalam memastikan siasatan dapat dilakukan jika terdapat laporan mengenai ancaman keselamatan.


Perkara ini tidak memihak mana-mana individu, jika ada laporan, tidak kiralah ahli politik, ahli perniagaan, orang kenamaan akan disiasat jika dirasakan mempunyai potensi untuk melakukan perkara yang boleh menyentuh isu keselamatan," ujarnya lagi.


Dalam pada itu, di laman sosial, ramai memberikan reaksi seakan kurang setuju.
















Apa pula pendapat anda?  - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2019 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Polis tiada hak periksa telefon bimbit orang awam: Musa Hassan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memaklumkan polis tidak boleh sewenang-wenangnya memeriksa telefon bimbit orang awam.

Memetik laporan sebuah portal, Musa menyatakan polis hanya boleh memeriksa telefon orang awam jika ia dikaitkan dengan siasatan terhadap orang tersebut.

"Harus ada laporan polis yang dibuat terhadap seseorang, dan mereka menyiasat orang itu, atau polis mengesyaki seseorang terlibat dalam jenayah dan sedang menyiasatnya," katanya.

Sementara itu, aktivis masyarakat, Lee Lam Thye berkata, polis tidak boleh memeriksa telefon bimbit orang ramai tanpa alasan kukuh.

“Kalau polis boleh tahan dan ‘check’ telefon bimbit seseorang tanpa alasan kukuh, saya rasa ini tak wajar dan ini memang bercanggah dengan privasi. Telefon bimbit itu privasi, tak boleh lah ‘check’ begitu saja. Orang ramai pun mesti tak terima cara ini,” katanya.

Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohd Azis Jamman ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat berkata, polis mempunyai hak untuk menyemak telefon bimbit orang awam untuk memastikan tiada sebarang komunikasi berunsur lucah, jelik, mengugut dan mengancam keselamatan.

Katanya, perkara itu dibenarkan berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai membangkitkan soalan akta dan prosedur operasi standard (SOP) yang membenarkan polis menyemak telefon bimbit orang awam pada bila-bila masa.

Peguam Muhammad Akram Abdul Aziz pula berkata skop kuasa pemeriksaan Kementerian Dalam Negeri pada Seksyen 233 AKM itu kelihatan tidak jelas.

Bagaimanapun katanya kuasa itu jelas apabila dirujuk pada seksyen-seksyen lain.

“Contohnya, Seksyen 245(1) di mana menteri boleh secara bertulis memberi kuasa mana-mana pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah AKM 1998.

“Seksyen 246 (2) juga menyatakan mana-mana pegawai diberi kuasa menjalankan semua kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis’.

“Seksyen 252(1) juga boleh diguna pakai di mana skop penyiasatan menyatakan pendakwa raya, jika beliau berpendapat mana-mana komunikasi mungkin mengandungi apa-apa maklumat yang berkaitan suatu kesalahan di bawah akta ini, boleh memberi kuasa kepada pegawai polis untuk memintas komunikasi yang dihantar atau diterima melalui mana-mana alat komunikasi,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 10:38 AM | Show all posts
Sumpah x setuju dgn benda ni. Hak peribadi sebagai manusia kat Malaysia ni semakin nak disekat pahal??
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
aku nak tukar no phone dgn polis..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 10:49 AM | Show all posts
pasni apa pulak nak check apa dalam spender secara random kot2 org simpan dadah celah jubo?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Abes tu kalau ade pic tak tutup aurat convo laki bini..takkan semua nak kene delete padahal tu bnde private
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2019 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni baru kembali zaman atok
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 11:25 AM | Show all posts
Menteri dalam negeri bg statement camni...???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2019 12:21 PM | Show all posts
ohh kalau macam tu jom kita semua cek tipon menteri dalam negeri ni jugak!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 03:21 PM | Show all posts
Macam2 hal...

Awat tetiba je nk cek hp org awam ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ya ada kes jenayah, memang fon yg kena periksa dulu..itu logik..aku rasa yg ni la menteri tu maksudkan..bukan saja2 random p cek fon org lalu lalang kut
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kita nak check tepon menteri boleh la kot.. sapa2 jumpa timbalan menteri ni, cuba try test minta tepon dia nak check.. bodo punya statement..
tang mana dlm seksyen 233(1) akm polis boleh cek tepon orang awam secara rawak? I
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 08:56 PM | Show all posts
check fone mat sbau ,mesti porno muka bau buret Mah, PORNO  AMOI CINA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.078969 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list