CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3555|Reply: 30

[Tempatan] Trend pakai seluar slim fit antara punca lelaki kurang subur (bahasa kasarnya -

  [Copy link]
Post time 21-11-2019 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Pakai seluar slim fit boleh buat lelaki kurang subur?
November 21, 2019 7:30 AM

Zaman sekarang, fesyen atau stail “hipster” ala-ala Wak Doyok telah menjadi trend golongan lelaki muda.

Antara ciri utama pemakaian gaya ini adalah baju dan seluar yang memiliki cutting slim fit.

Namun, ada ura-ura yang mengatakan bahawa pakai seluar ketat boleh buat lelaki kurang subur. Betul ke?

Lelaki dan ketidaksuburan

Setiap kali berbicara tentang ketidaksuburan pasangan suami isteri, sudah pasti wanita yang banyak dipersalahkan.

Namun, kajian menunjukkan bahawa ia juga sebenarnya adalah berpunca daripada lelaki.

Menurut Pakar Perunding Kanan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Dr Zainul Rashid Mohd Razi, tahap kesuburan lelaki secara puratanya menunjukkan penurunan yang agak ketara.

Beliau turut menyatakan bahawa punca ini berlaku adalah disebabkan oleh gaya hidup semasa yang semakin berubah termasuklah bab pemakanan yang tidak sihat dan pemakaian seluar yang terlalu ketat.

Persoalannya, apa kaitan seluar slim fit dengan ketidaksuburan lelaki?

Mengapa seluar ketat boleh buat lelaki kurang subur?

Laman sesawang Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS) pula menyatakan bahawa pemakaian seluar slim fit boleh mengakibatkan suhu testis meningkat sehingga 1 darjah celsius.

Jadi, ia mungkin merupakan salah satu daripada punca lelaki menjadi kurang subur.

Kenyataan ini turut disokong oleh Dr Hamid Arshad melalui laman sosial Facebook miliknya.

Beliau menyatakan bahawa pemakaiannya seluar yang terlalu ketat akan menyebabkan testis melekat dan terperap lalu menyebabkan suhunya menjadi panas.

Jadi, beliau menyarankan lelaki untuk tidak memakai seluar slim fit untuk mengelakkan perkara ini menjadi lebih teruk.

Selain itu, Dr. Hamid turut mencadangkan untuk lelaki menyejukkan testis mereka menggunakan pek ais dilakukan setiap kali sebelum bersama isteri.

Sebenarnya, pemakaian seluar yang terlalu ketat mungkin merupakan salah satu daripada punca ketidaksuburan lelaki.

Namun ia tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana terdapat banyak lagi punca lain seperti pemakanan, kecacatan genetik, kekurangan hormon testosteron dan beberapa kondisi kesihatan yang lain.

Bagaimanapun lebih baik mencegah sebelum parah, bukan?

Kesimpulannya, seluar yang mempunyai cutting slim fit mungkin akan membuat anda nampak lebih trendy.

Namun, masih ada risikonya. Jadi, tidak salah untuk bergaya hipster ala-ala Wak Doyok, cuma elakkan daripada memakai seluar slim fit!

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2019 10:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 10:12 AM | Show all posts
anu lembik salahkan seluar pula dah...aku hari2 pakai jeans ketat elok je mencanak
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 10:13 AM | Show all posts
ko tengok petani, nelayan buat kerja ada pakai seluar slim fit?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok..
Jadi adakah trend burung berterbangan skang ni disebabkan depa pakai seluar slim fit?
Tu yang rasa nak bebas je depan kamera
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 10:14 AM | Show all posts
Selain itu, Dr. Hamid turut mencadangkan untuk lelaki menyejukkan testis mereka menggunakan pek ais dilakukan setiap kali sebelum bersama isteri.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2019 10:16 AM | Show all posts
shernazz replied at 21-11-2019 10:14 AM
Ok..
Jadi adakah trend burung berterbangan skang ni disebabkan depa pakai seluar slim fit?
Tu yang ...

Diorang saja nak uji keimanan korang perempuan akhir zaman...haha

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu x pakai seluar dalam lg bagus..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2019 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa.. Aku dah baca kajian ni omputeh buat 2-3 tahun dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 10:19 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 21-11-2019 10:17 AM
Klu x pakai seluar dalam lg bagus..

Nanti nampak bentuk kat seluar tu....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 21-11-2019 10:19 AM
Nanti nampak bentuk kat seluar tu....

Sekadar saiz 2b x brape nmpk sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 10:24 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 21-11-2019 10:20 AM
Sekadar saiz 2b x brape nmpk sgt..

Subjektif sangat saiz 2b ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
DAPee replied at 21-11-2019 10:12 AM
@Kurex @Asdan @Orix @Boomibulat @kemaruk

kau sayang aku sebab tu tag aku kan? tq..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
aku pakai je slim fit.. tak jadi apa pun..
tapi paling tak boleh blah bila pernah ternampak oranh pakai slim fit cawat tinggi, sampai ternampak bentuk telo dia kiri kanan antara tengah cawat tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
aku pakai je slim fit.. tak jadi apa pun..
tapi paling tak boleh blah bila pernah ternampak oranh pakai slim fit cawat tinggi, sampai ternampak bentuk telo dia kiri kanan antara tengah cawat tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 21-11-2019 10:16 AM
Diorang saja nak uji keimanan korang perempuan akhir zaman...haha

Mampuih
Naseb iols tak tergugat
Hagaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2019 10:51 AM | Show all posts
insulin replied at 21-11-2019 10:19 AM
Nanti nampak bentuk kat seluar tu....

syed saddiq pun cmni jgk dulu2 huhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Scientifically pakai seluar ketat
memang tak elok.

Tapi kalo tgk 80an, 90an ...zaman2 rock kapak
ramai ajer yg pakai seluar slim fit masa tu,
ramai berderet ajer anak2 diorang..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak Doyok tak subur??
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah suami iols subur je.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.077447 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list