Suspek tertangkap ketika sedang cuba mencuri Ysuku (kiri) dan dia meronta-ronta minta dilepaskan (kanan). Kredit foto: Facebook Big Boss
Seorang pemuda yang cuba mencuri motosikal jenis Yamaha 15ZR atau popular dengan panggilan Ysuku di Hospital Ampang tertangkap oleh pemiliknya sendiri.
Gelagat suspek ketika tertangkap dan disoal siasat oleh pemilik Ysuku tersebut dapat disaksikan dalam dua rakaman video yang tular termasuk melalui laman Facebook TORQUE RIDER CREW sejak 19 November.
Dalam rakaman video pertama, pemuda itu cuba meminta maaf terhadap pemilik Ysuku namun usahanya itu tidak berhasil dan dia seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Manakala, rakaman video kedua menunjukkan suspek meronta-ronta minta dilepaskan ketika ditahan oleh anggota-anggota polis.
Sementara itu, memetik status dalam laman Facebook Big Boss, kejadian berlaku di kawasan tempat letak kenderaan Hospital Ampang pada petang 19 November.
Pemilik Ysuku itu dikatakan ternampak suspek sedang mengumpil mangga yang dipasang pada motosikal miliknya.
Bagaimana pula reaksi netizen terhadap insiden ini?
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Semoga suspek menerima hukuman yang setimpal dan insaf dengan perbuatannya yang langsung tidak memberi manfaat kepada dirinya sendiri dan masyarakat. - CARI |