CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17162|Reply: 102

Nasir Bilal Khan nak muntah dengar tajuk drama

  [Copy link]
Post time 21-11-2019 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 21-11-2019 06:20 PM

Tajuk drama rasa macam nak termuntah

Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohd_helmi@mediaprima.com.my

PELAKON, Nasir Bilal Khan, 59, menolak 20 tawaran lakonan kerana kecewa penghasilan drama pada masa ini tiada hala tuju.

Nasir berkata, semua tawaran itu ditolaknya sejak beberapa tahun lalu hingga tahun ini yang disifatkannya tidak berkualiti.

"Secara jujurnya, apabila diberitahu tajuk drama saya rasa seperti nak termuntah. Masakan tidak, drama sekarang hanya berkisar cinta cintun," katanya sebagai panel pada Kongres Sangga Artis Veteran di Pawagam Mini P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hulu Klang, hari ini.

Menurutnya, penghasilan sesebuah karya sepatutnya mendidik masyarakat dan membentuk negara.

"Tugas artis mengajar orang ramai dan menghasilkan moral yang baik. Artis ada tanggungjawab, anak seni sepatutnya memandang sesuatu di sebalik sesuatu.

"Hasil seni juga perlu memandang 100 tahun ke hadapan bukannya seperti sekarang," katanya.

Pernah suatu ketika dahulu, dia mahu bersara sebagai pelakon namun dipujuk semula membintangi telefilem Tanah Kubur.

Nasir menyarankan, jika stesen televisyen masih mahu menghasilkan drama mengarut, pihak produksi perlu bertindak sebagai 'tentera' dengan menentang ideologi terbabit.

Ketika membincangkan diskusi Penghargaan dan Penghormatan Kian Pudar, dia mencadangkan banyak kategori dipertandingkan bagi memberi peluang kepada artis senior untuk memenangi anugerah.

Nasir juga mencadangkan artis berpengalaman diberi ruang menjayakan program anjuran jabatan kerajaan, selain Kerajaan Persekutuan atau negeri memberikan darjah kebesaran berserta elaun khas untuk mereka.

"Dalam keadaan sekarang, ada dalam kalangan artis lama bergelar Datuk masih meminta-minta di usia tua mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 November 2019 @ 6:04 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2019 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu tajuk..  PEREMPUAN.. ISTERI.. DAN JALANG..  nk termuntah x?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju sgt2..skrg dh jrg tgk drama melayu..tgk boboiboy lg best..korea pun best, tp korea tgk citer penyiasatan je la..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Now tgh tayang antara drama sampah pukul 9. Yg shukri yahya tu. dan xtau babi mana yg ambik nabila razali berlakon. Dgr suara pon dah turn off
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 21-11-2019 06:33 PM
Now tgh tayang antara drama sampah pukul 9. Yg shukri yahya tu. dan xtau babi mana yg ambik nabila r ...

iols sependapat dengan chuols.. shukri tu dah okay. apesal si nabila tu jadi heroin. dia menyanyi ke berlakon ke bercakap ke tetap turn off. hahah
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
dh menda tu sumer tuk bbnu@bdk wechat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2019 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama skrg byk adaptasi novel tulisan bbnu kn.. mmg tajuk asal boleh jela.. huhu.. Suamiku Si Sotong la, Isteriku Tomboy la (ni cth ye).. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Aunty_Acid at 21-11-2019 11:00 AM

Aku nmpk ada segelintir retis veteran ms deorang muda2 dulu pun berlakon tajuk ntah pape, pegang watak pun ntah pape, tp bila dah lama2 org lupa, dia sendiri pun lupa agaknya, ada hati nk kutuk plk yg skrg ni.
Menyampesssss
Ada segelintir jgk yg pernah ada kes yg x elok jgk, lg mau byk komplen. Masing2 ada sejarah jgn nk eksyen ye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2019 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku bukan bukan benci Syukri tapi die betul2 blok variasi hero tv. Ye tv3 mmg fav dia. Cam x de org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan, Isteri dan dot dot dot

Vs

Abang Bomba I Love You
Suami Aku Encik Sotong
Awak Nak Kawin Dengan Saya?
Awak Sangat Nakal
(sebagai contoh)
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 21-11-2019 07:19 PM
Perempuan, Isteri dan dot dot dot

Vs

Tajuk satu hal, jln cerita drama2 skrg pun mostly x mendidik penonton.. Huhu.. PIDJ tu jln cerita mantap.. Acik Nasir pun mng award Best Actor untuk watak dalam filem tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan kata tgk tajuk.. Asal drama melayu ja mmg iols meluat nak matey
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama gak x layan drama melayu
Klu 7 mlm biasa tgk ultraman orb kat astro ceria lps tu tgk Disney channel seblm tgk anime, kekdg tgk citer tamil kat 202
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 21-11-2019 06:28 PM
Kalu tajuk..  PEREMPUAN.. ISTERI.. DAN JALANG..  nk termuntah x?

tu zaman muda
zaman tu islam kat malaysia pon ramai yg jahil


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adelea at 21-11-2019 10:34 PM
matjerk replied at 21-11-2019 06:28 PM
Kalu tajuk..  PEREMPUAN.. ISTERI.. DAN JALANG..  nk termuntah x?


*DOUBLE POSTING*


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
tak sangka sungguh nasir bilal
khan ni pun finalis hero remaja... nmpk ritu photo beliau di laman sesawang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2019 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Betui ler tu, dia nasihat.. kalau semua nak korek2 yang lepass.. takde orang laaa layak nak bg nasihat..
Tapikannn cerita melayu sama je dari dulu dengan sekarang.. kalau zaman now pun bila tgk balik cerita zaman dulu pun rasa nak muntah gak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya sekarang semua drama kalau boleh nak adaptasi dari novel. Novel pulak jenis sampah jenis berangan fantasi acik kepam. Tajuk cerita sampah jalan cerita lagi la melugai
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 21-11-2019 08:09 PM
tu zaman muda
zaman tu islam kat malaysia pon ramai yg jahil

btul..i skong..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Si capik
Halimah jongang
Abu hapak
Minah kepam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.087618 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list