CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] 50 peratus rakyat Malaysia TAK MAMPU beli rumah

  [Copy link]
Post time 22-11-2019 10:17 AM | Show all posts
yuki812 replied at 22-11-2019 08:51 AM
sampai skrg aku dok pikir camne org leh ada umah 3-4 bijik yg memahal tu katanya. sure perlukan savi ...

Betul lah ko cakap, nak beli rumah kena saving banyak. Aku habis 100k gak nak beli 3 bijik rumah untuk deposit, lawyer fees etc. Akaun 2 EPF pon asik kosong.


Tapi takdelah kaya pon, middle income je. Cuma beli rumah ni investment yang senang, one off. Ko bayar masa mula2 je, lepas tu semua orang yang sewa bayarkan. Takdelah berat cash flow. Pastu value 3 rumah tu naik dari 500k jadi 1 juta dalam 7,8 tahun. Bolehla dapat hasil sikit, dari menyewa pastu nak saving sendiri 500k susah gak.


Tapi sekarang harga rumah stagnant, aku pon dah stop beli rumah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2019 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 22-11-2019 10:11 AM
betul...
ni anak bini pun tak gi jalan2 mana..
tak merasa makan sedap2..

Tak jugak uols. Kena tengok juga rumah camne dibeli tu sesuai tak dengan income. Contoh kakak iols, age 41 dah ada 4 biji rumah (2 landed, 2 apartment). Dia memang beli siap siap untuk 3 orang anak dia. Kerja gomen je kakak iols ni, abang ipar kerja o&g tapi pangkat biasa je. Tapi Alhamdulillah, dalam ramai ramai anak mak iols, dia ni paling kerap balik kampung jenguk mak iols. Iols pun kalah. N anak anak dia pakai branded juga...cikai cikai mothercare. Makan mewah gak.. every year akan bercuti, kurang kurang pergi indonesia or thailand. Rezeki setiap orang berbeza kan. So tak boleh pukul rata orang yang pulun beli rumah banyak ni jenis takde life.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Solution kerajaan Porn Hub = turunkan had harga rumah utk warga asing.


Tengkiu DAP - Developer Action Party
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 10:24 AM | Show all posts
renko replied at 22-11-2019 10:17 AM
kalau tanah geran individu xpe
skang byk ikatan amanah la geran kongsi la

Bukan tu je, masalah utama buat rumah sendiri ni adalah pembiayaan bank. Kalau buat rumah sendiri, at least 100k habis kat personal loan untuk beli tanah je. pastu nak bina rumah kena ada 100k. Total loan 200k, maksimum tenure 10 tahun, bulan2 bayar 2 ribu lebih. Mampu ke?

Kalau mampu pon, bank takkan bagi loan personal 200k sebab maksimum 5 kali gaji je, unless gaji ko 40k, boleh la buat. Tapi kalau gaji ko 40k, ko merungut gak tak boleh beli rumah, elok tanam je siap2.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 10:26 AM | Show all posts
karlmax8 replied at 22-11-2019 10:24 AM
Bukan tu je, masalah utama buat rumah sendiri ni adalah pembiayaan bank. Kalau buat rumah sendiri, ...

yupp
lagi banyak cash keluar untuk buat rumah
risiko lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 10:56 AM | Show all posts
rumah murah ada je
tapi

- kne ada 10% atleast
- keadaan rumah yg teruk - kne renovate -duit lagi
- persekitaran yg teruk
- jiran yg teruk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2019 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 22-11-2019 09:14 AM
kazen aku ada sorang gitu...
beli rumah 2-3 biji..tapi kedekut yakmat la..
tak seronok la kehidu ...

Cam kawan i jugak
Kedekut nak keluar duit
Berkira gila2

Tapi bila ada je makanan percuma laju je
Muka 1st yang sampai
Kalau xde mknn free pon mula la tertinjau2 tengok mknn org
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 22-11-2019 10:11 AM
sepatutnya rumah murah la lepas pee esh menang...

Kan
Sepatutnya camtu
Tapi napa xde perubahan pon
Hantu la pee esshh ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2019 11:02 AM | Show all posts
aku beli umah pasal dh bosan menyewa..
bayar sewa on time pun tuan rumah bayar maintenance pulak lambat.
mujur la non bumi..

kalo tuan rumah bumi..jamban umah dia rosak pun..dari awal duduk smpai keluar tak repair2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 11:03 AM | Show all posts
sarah82 replied at 22-11-2019 08:34 AM
Aku memikirkan tentang mobile home... Tapi mcm tak praktikal kat malaysia

mmg tak praktikal atas banyak sebab.
kat sini, rumah lagi cost saving dari mobile home.

btw aku pun tak beli rumah lagi, and i dun care.
dah tua nanti aku nak duduk private retirement home.

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak beli rumah pun takpelah
Menyewa pun ok sbb ramai owner rumah buat bisnes sewa ni mestilah depa harap ada penyewa kan

Ikutkan hati i malas nak ada rumah ke tanah ke
Beli pun dh mcm nyesal

Dgn xde waris

Dgn malas nak hidup

Pstu rasa rugi sbb duit i abis utk umah tu pstu klu mati hubby kawin lain wah sedap lah bini baru senang2 xyah fikir apa just kankang dpt umah best

Haa cmtu punya busuk fikiran i

Sbb malas nak hidup pun skrg

Ntahlah
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
damian_lee replied at 22-11-2019 08:28 AM
Yang dah beli rumah pun hidup dalam tekanan sebb sbnrnya xmampu mana

Yeppp.. nak buek cmn.. duit masuk mcm semut.. kuar mcm air.. bertabahlaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
yuki812 replied at 22-11-2019 08:51 AM
sampai skrg aku dok pikir camne org leh ada umah 3-4 bijik yg memahal tu katanya. sure perlukan savi ...

Aku ade 5 rumah.. tp yg mahai satu.. yg lain murahhh dan nak runtuhh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Syarat pemilikan umah pun menyakit hati

Umah kos rendah ada syarat
Sebenarnya bukan semua org nk beli umah mewah pun
Asalkan ada umah je
Tapi syarat tu

Pstu klu umah lelong pun susah nk berebut dgn x berapa reti

Last2 tpksa bli umah mewah padahal xde rasa hepi mana pun

Dgn dpt jiran gila suka bising lagi
Jiran bukan owner tp penyewa perangai pprt sguhla
Ntah cmna mampu sewa cni

Mgkin owner desperate bg murah2 je

Gila lah
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 22-11-2019 09:24 AM
Kadang2..bila seseorg yg kita syg x ada kat home tu.. Rasa malas nak balik.. Boleh x mcm tu?

ni aku setuju. tu kdg kalau time ank takde..aku pulun keje blk malam. sampai umah..tido. tak pikir apa.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 22-11-2019 09:25 AM
Rasanya dpt. Saudara ni dua2 cikgu with master degree. Lepas tu ada buat bisnes2 lagi. Sorang satu ...

tu lah. apa yg aku simpulkan nk beli umah byk2 ni..yg mahal ni..mmg kena ada financial kukuh. kalau ko follow yg tokeh2 yg kunun byk umah bagai..mcm2 strategi kononnya. kdg mcm pelik. pusing sana sini..ko kena ada duit gak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2019 11:18 AM | Show all posts
Kenal pasti 5 jenis hartanah merugikan jika dibeli
November 18, 2019 8:00 AM

Membeli hartanah adalah perkara yang baik untuk jangka masa panjang.

ini kerana menurut Pakar Pemasaran Digital, Mehmed Aezhad yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran digital hartanah, ia akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda jika anda membelinya.

Namun jelasnya lagi, pembeli hartanah juga perlu tahu jenis-jenis hartanah yang akan merugikan jika tersalah beli.

1. Membeli harga lebih dari pasaran

Kebiasaannya, bakal pembeli rumah akan mencari rumah atau membuat tawaran harga rumah di bawah harga pasaran.

Sekiranya hartanah yang dibeli adalah melebihi harga pasaran, secara automatik kita akan rugi jika membelinya.

Sebagai contoh, sebuah rumah teres dua tingkat di Gombak telah dinilai oleh bank dan bernilai RM300,000.

Namun pemilik rumah ingin menjualnya pada harga RM350,000.

Sungguhpun kita berjaya mendapatkan 100% pinjaman perumahan dari bank, bank hanya membiayai RM300,000 sahaja.

Memandangkan harga rumah yang kita beli adalah RM350,000 baki RM50,000 tersebut kita tetap perlu bayar kepada pemilik rumah walau apa cara sekalipun.

Rumah jenis “above market value” seperti ini sangatlah rugi jika dibeli lebih-lebih lagi jika rumah tersebut adalah rumah “subsale”.

Sekiranya anda berhasrat membeli rumah di bawah harga RM300,000, sila semak nilai hartanah di bank sebelum terbeli rumah melebihi pembiayaan bank.

2. Kes “Non-Performing Loan” di kawasan perumahan

Kes Non-Performing Loan (NPL) pada kebiasaannya banyak terjadi di kawasan-kawasan seperti Rawang, Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.

Lambakan kes ini berlaku kerana pembangunan yang dijanjikan seperti bandar mega dan sebagainya tidak menjadi menyebabkan ramai pembeli menjual semula rumah tersebut di bawah harga pasaran.

Kes-kes seperti ini dilihat semakin menjadi banyak di negeri-negeri seperti Johor, Pulau Pinang dan Sabah yang sedang pesat membangun.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kita boleh semak kadar purata hartanah yang dilelong di kawasan tersebut untuk mengelakkan kes NPL seperti ini.

3. Pemaju bermasalah

Kes pemaju bermasalah ini berlaku hampir di setiap negeri di Malaysia.

Dengan jumlah pemaju hartanah yang melebihi 500 pemaju di seluruh negara, anda perlu semak senarai pemaju yang dikeluarkan KPKT untuk mengelakkan diri daripada terbeli unit hartanah dari pemaju yang bermasalah.

Masalahnya timbul apabila pemaju tersebut mempunyai tunggakan liabiliti yang menyebabkan mereka tidak membayar cukai.

Kesannya, pembeli rumah tidak mampu menukar nama pada unit rumah dan permohonan untuk pinjaman perumahan gagal.

Pemaju tersebut harus membayar secara “lump sum” atau ansuran hutang tersebut, barulah urusan pinjaman perumahan kita akan lulus sekaligus kita mampu menukar nama pada geran rumah.

4. Tanah Lot

Pada asasnya, rumah jenis ini tidaklah merugikan kita. Pemilik tanah dan hartanah biasanya akan membeli tanah dan membina unit rumah di atas tanah tersebut.

Akan tetapi, majoriti daripada rumah jenis tanah lot ini tidak mempunyai sebarang CCC dan CF mahupun surat kebenaran dari Pihak Berkuasa Tempatan.

Dalam erti kata mudah, apabila sesebuah hartanah tidak mempunyai sebarang CCC dan CF, hartanah ini tidak selamat diduduki.

Oleh yang demikian, pihak bank hanya akan menilai harga tanah tersebut dan bukan unit rumah di atas tanah tersebut.

Walaupun pemilik ingin menjual rumah tersebut pada harga RM300,000 dan tanah pada harga RM200,000, bank hanya akan membiayai RM200,000 yakni harga tanah tersebut.

Baki RM300,000 berkemungkinan kita perlu tambah dan cukupkan menggunakan modal persendirian.

5. Tiada “Booster” hartanah

“Booster” hartanah bermaksud nilai yang menaikkan harga hartanah seperti lebuhraya, kedai makanan segera seperti McDonald dan KFC, bank, hospital swasta, sekolah antarabangsa, LRT dan juga MRT.

Apabila kita membeli hartanah di kawasan yang tidak mempunyai sebarang “booster” hartanah, anda berkemungkinan perlu menunggu 10 hingga 20 tahun untuk sesebuah kawasan tersebut matang dan harga pasaran kawasan tersebut meningkat.

Pastikan kita membuat kajian yang menyeluruh tentang kawasan perumahan tersebut dalam radius 5KM, bagi memastikan terdapat “booster” hartanah yang membantu anda membuat pelaburan seperti sewaan atau dijual selepas tempoh pembiayaan pinjaman tamat.

Kesimpulannya, masih terdapat lambakan hartanah tidak terjual di Malaysia.

Untuk rekod, di Johor sahaja terdapat 51,000 unit rumah tidak terjual bagi suku pertama tahun 2019.

Dengan ilmu dan kajian yang mendalam, anda mampu mengelakkan diri daripada terbeli unit rumah yang salah dan menanggung penderitaan yang berpanjangan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
karlmax8 replied at 22-11-2019 10:17 AM
Betul lah ko cakap, nak beli rumah kena saving banyak. Aku habis 100k gak nak beli 3 bijik rumah u ...

kalau yg beli umah kos rendah bebanyak tu aku paham. leh sewakan..pon tak mahal. tapi yg jenis beli umah memahal ni. kalau tuk investment..sewa. boleh laku ke. atau bila tiba masa..jual lah. tp nak jual umah subsale memahal mcm tak jln je. baik org beli umah developer.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
karlmax8 replied at 22-11-2019 10:24 AM
Bukan tu je, masalah utama buat rumah sendiri ni adalah pembiayaan bank. Kalau buat rumah sendiri, ...

bank apa max 5x gaji..
kalau bank rakyat..x silap 20-25x gaji ke..tp kalau gj 5k atas x silap..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 22-11-2019 11:03 AM
Tak beli rumah pun takpelah
Menyewa pun ok sbb ramai owner rumah buat bisnes sewa ni mestilah depa  ...

alamak u..jgn camni..
stay strong ok..

ok tu ada umah..byk masa free. leh hias2 ada masa. meols ni xde masa nk hias umah. ajk org datang umah..malu rasa..hehehe..kena appointment tu..mcm YB..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.262898 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list