Mengikut pengiraan saya, hutang bersih baru negara sebanyak RM67.5 bilion telah dipinjam pada tahun ini sahaja setakat hari ini (22 Nov 2019).
RM67.5 bilion ini juga adalah RM15.6 bilion lebih besar dari jumlah RM51.9 bilion yang diluluskan untuk dipinjam dalam bajet 2019.
Bermakna setakat hari ini, Malaysia telah terlebih pinjam RM15.6 bilion dan hutang negara baru menjadi RM809 bilion (berbanding RM686 bilion masa BN).
Kerajaan PH cuma ada masa sebulan lagi sehingga akhir tahun 2019 untuk membayar balik jumlah RM15.6 bilion terlebih pinjam ini.
Jika tidak, defisit bajet tahun 2019 ini akan lari dan kita bakal diturunkan penarafaan