CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1734|Reply: 10

[Tempatan] Akibat mintak cerai cikki ganu kepatahan jari

[Copy link]
Post time 22-11-2019 05:18 PM | Show all posts |Read mode
LELAKI bertindak luar kawalan apabila menolak isterinya sehingga menyebabkan wanita terbabit patah jari manis selepas bengang apabila mangsa menuntut cerai dalam kejadian di Kuala Berang semalam.

Kejadian dipercayai berlaku pada 12.35 tengah hari ketika mangsa yang berusia 34 tahun berada di rumah sebelum meminta suaminya berusia 37 tahun itu menceraikannya.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa dikatakan bertindak sedemikian kerana mendakwa sering diabaikan suaminya.

“Suspek tidak memberi sebarang reaksi sebaliknya bertindak keluar dari rumah menyebabkan mangsa menghalang suspek kerana mahu menyelesaikan masalah antara mereka.

“Namun, suspek menolak mangsa dengan kuat menyebabkan wanita itu patah jari manis tangan kiri sebelum lelaki terbabit beredar meninggalkan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Adli berkata, mangsa yang cedera kemudiannya mendapatkan di Hospital Hulu Terengganu sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Katanya, susulan laporan dibuat mangsa di Balai Polis Kuala Berang, gerakan memburu suspek giat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 5:09 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2019 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuala Berang mohon tukar nama kepada Kuala Tenang, nama tempat negatif vibes sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak di bagi nafkah batin agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 07:20 PM | Show all posts
minta diceraikan bodo2 gitu memang mendapatla..patah jari, mujur xpatah pinggang.

cik kak, kena masuk mahkamah, lantik peguam..

tapi bila patah jari,repot polis dah, pas2 gi hospital..dah dapat dokumen, pergila ke mahkamah syariah..jangan pulak lepas tu xjadi cerai pulak..lembut hati kena pujuk..

ni jenis akak ni acah2 je nak cerai, nak dapatkan perhatian suami..mcm adira tu..dah kena pujuk xjadi cerai..buat alasan anak pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya dah ada laki kalut nak mintak cerai.. Syukurlah tu ada gak hubby
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2019 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 hal masalah rumah tangga sekarang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2019 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia nk keluar dihalang2 mmg mendapatla
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2019 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ada persamaan dgn kes aku... hihi tp xde la patah jari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2019 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai kak.. nak cerai ikut je la jalan yang terjamin pengurusannya.. g lah failkan cerai kalau betul nak cerai.. ko g minta mcm tu mmg mendapatlah.. pandai plak buat laporan polis .. boleh plak fikir saluran yg sepatutnya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2019 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Pink_Purple replied at 22-11-2019 07:20 PM
minta diceraikan bodo2 gitu memang mendapatla..patah jari, mujur xpatah pinggang.

cik kak, kena m ...

Yup...zaman dh berubah..style nk cerai pun kn berubah..pergi file terus dkt mahkamah..sembang byk xde guna.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2019 12:24 PM | Show all posts
cupu replied at 24-11-2019 10:56 AM
Yup...zaman dh berubah..style nk cerai pun kn berubah..pergi file terus dkt mahkamah..sembang byk  ...

suami nak keluar dia halang..tu provokasi namanya sebab tu dia dapat habuan sampai patah jari..
cerai luar mahkamah kena bicara, kena denda, lagi banyak duit kena keluar..naik turun mahkamah.
patut terus pergi mahkamah..setel ikut procedure..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 1.246674 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list