CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kurex

KUMPULAN CERITA HANTU, SERAM & MISTERI

  [Copy link]
 Author| Post time 28-11-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kolej memang tempat seram kan? Aku banyak cerita ni, tapi takut org tak percaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2019 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua jenis cerita hantu ke boleh share dekat sini?

Kalau pasal tandas, teringat masa zaman sekolah berpuluh tahun lepas. Time tu dekat nak exam rasanya. Ada satu minggu tu memang berulang student kena histeria. Terjerit2 meracau sana sini. Nasib baik ada cikgu mengajar dekat situ yang pandai mengubat.

Bila keadaan dah tenang, and tanya dekat student2 yang kena histeria tu apa yang diorang nampak, semua jawapan sama je. Berpunca dari tandas.

Katanya diorang nampak lembaga hitam muka buruk nak mampus dengan rambut panjang menggerbang, tengah syok menjilat pad yang tak dibuang dengan elok.

Penyudahnya, cikgu tu mungkin ada baca2 something nak halau lembaga tu and tandas tu pun tak ada yang berani nak masuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2019 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 28-11-2019 07:40 PM
Semua jenis cerita hantu ke boleh share dekat sini?

Kalau pasal tandas, teringat masa zaman sekol ...

boleh je.. sebab ni kumpulan cerita hantu, seram, misteri.. cerita je..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2019 08:47 PM | Show all posts
Masa tu tgh study week utk final exam uitm nun di utara. Aku saje je jln2 ke bilik member tgk diorang stadi. Jam something 12.05am. Kawan aku 2 org tgh kusyuk stadi. Sebeleh tingkap bilik diorang hutan. Tiba2 jer ada kain putih terbang zassss kat tepi pokok bilik diorang

Aku pun tegur spontan “ weh korang ape tu” diorang diam membisu seribu bahasa. Lepastu aku dengar org mengilai kat bwh.  Mmg seram siot. Aku x berani nak tgk kot tingkap. Lepas beberapa ketika baru bunyi mengilai tu stop.

Esok pg tu baru kawan aku buka cerita benda tu mengacau diorang pun dah byk mlm kena kacau. Siap masuk bilik n goyang2 katil lg
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2019 08:53 PM | Show all posts
Cerita pasal toilet. Dulu aku plkn langkawi lepas tu bulan last kitaorg pindah ke kolej di uum,
Aku mmg x suka mandi ramai crowded. Aku suka mandi kat toilet level atas sebab student dah balik cuti sem. Seriusly laku mmg berani masa tu. Kalau pikir balik, skrg mmg tak la aku nak mandi kat toilet yg sunyi tu. Nasib aku x jumpa apa2 masa tu

Masa kat kolej uitm pun sama jugak. Sem 1 aku suka mandi toilet yg sunyi level atas. Skeri tu tetap ada. Tp mlm2 meriah jer bdk2 tu main badminton, bola. So tak takut sgt

Ada kawan aku citer. Dulu ada sorang bdk ni, hijab dia terbuka. Dia bgtau ada mahkluk tu suka main conteng2 kat cermin toilet. Nasib baik la aku x pernah terserempak walaupun selalu pergi toilet kencing n mmerut pg2 buta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2019 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
iwan007 replied at 28-11-2019 08:53 PM
Cerita pasal toilet. Dulu aku plkn langkawi lepas tu bulan last kitaorg pindah ke kolej di uum,
Aku ...

alhamdulillah hijab aku dah tertutup.. syukur...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2019 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 28-11-2019 09:52 AM
tak meleleh ke? botol yg muncung kecik ke?

botol mulut besar macam cawan ada penutup kat atas. besar la dlm 750 ml
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2019 11:16 PM | Show all posts
Kurex replied at 28-11-2019 10:50 PM
alhamdulillah hijab aku dah tertutup.. syukur...

So skeri kan bila aku dengar ada makhluk dok conteng2 tandas toilet..

Hah lg satu betul ke palm mall dekat seremban tak pasang cermin toilet?  Situ dulu kan bangunan terbengkalai lama kalau tak silap.

Paradigm mall jb pun sama jugak terbengkalai dulu kemayan city.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2019 08:28 AM | Show all posts
akmalrahman replied at 28-11-2019 05:48 PM
nasib masa iouls kat kolej anggerik tak kena kacau apa2 hehe

hahahahaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2019 12:01 PM | Show all posts
nak cite gak la pasal antu nenek loker tapi ni pengalaman kwn beni
ni tahun 2001 sek teknik

kwn beni ni laki. biasa la student laki borak2 kt balcony lewat2 mlm. borak pasal awek agaknye
malam tu dia lepak kat bilik kwn dia
tetiba diorg dgr lagu pemes nenek loker ni..

"1 dah tidur~2 dah tidur~~~3 dah tidur~~~"
gulp...terdiam dah diorg ni

"di luar masih ada belum tidur lagi~~~"
aih...seram sejuk diorg bertiga kat luar balkoni ni

dijenguknye celah2 tingkap tu (org lelaki berani sket kot)
maka diorg nampak la nenek loker ni dok goyang2 kaki kat atas loker tu
pastu nenek tu gelak halus dan tetiba turun dan menghilang mcm dibawa angin gituh
malam tu dia x berani nak balik ke bilik dia so dia tumpang tido terus kt bilik kwn dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2019 12:27 PM | Show all posts
iwan007 replied at 28-11-2019 07:53 PM
Cerita pasal toilet. Dulu aku plkn langkawi lepas tu bulan last kitaorg pindah ke kolej di uum,
Aku ...

teringat member sorg nie masa kt uitm lendu, masa tu ada masalah takde air kt 1 kolej nie. kolej dia kolej perempuan kt atas bukit. masa tu pukul 3 pagi dia tiba2 rasa nak buang air and nak mandi terus tuk besok la kiranya sbb dia fikir senang pepagi takyah berebut. so dia pegi jalan malam2 ke blok lain yg located kt bawah bukit tu sorg2. sorang2 pukul 3 pagi!!! and kolej yg dia pergi tu kosong, takde org duduk sbb nak refurbish kot time tu. letrik takde pulak, dia torch pakai handphone dia je. dia cakap takut, tapi dia fikir pasal benda lain.. so dia aman2 je la settle mandi and balik kolej dia. besoknya kecohhh 1 uitm pasal dia even sampai sekarang i masih ingat very clearly all the details pasal tu.


mmg salute dia punya berani tu. somehow i rasa it's all about yr mindset sbb benda2 halus nie suka main ngan pemikiran kita, apa kita fikir, itu la yg dia buat/jelma. klu tak fikir, kita pun tak takut, frekuensi pun jauh lagi tinggi, dia pun takleh nak buat pape.


kalau time i takut i mesti akan refer back to this case tuk jadik berani kadang jadi, kadang imagination tu wild sgt takleh bawak bincang tak menjadi jugak.. lagi2 klu baru2 lepas baca cite2 kt bod MPS ke, tengok youtube psl hantu ke..


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2019 06:29 PM | Show all posts
ninjago replied at 29-11-2019 12:27 PM
teringat member sorg nie masa kt uitm lendu, masa tu ada masalah takde air kt 1 kolej nie. kolej d ...

Huhuu kalau nak memerut punya pasal tu mindset takut hantu pun dah tolak tepi dah.

Dah selamat memerut baru terpikir hantu balik. Tapi i pun pelik zaman muda2 dulu mmg i berani sgt. Bila pikir2 balik skrg ni yg rasa seram pulak.

I rasa dulu tu kalau setakat usik2 bunyi tu ok lg kot as long as x muncul muka hodoh dpn i mmg lari tak cukup tanah la
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2019 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
ninjago replied at 29-11-2019 12:27 PM
teringat member sorg nie masa kt uitm lendu, masa tu ada masalah takde air kt 1 kolej nie. kolej d ...

Betul2 berani tuh...hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2019 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Sy ada few pengalaman jugak ler..dari kecik sampai besar,sampai ler prgi berubat dgn sorg macik ni nak buang benda2 y kononnya nak berdamping..lps berubat tu,mcm kureng ler sket..tp tahun lepas dah start semula..hahaha

Maybe pendinding diri dah xkuat kot..tu y bnde2 tu nak dtg balik
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2019 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
bondeh replied at 27-11-2019 11:44 PM
Meolls punya pengalaman. Masa Part 1 (uitm khenzzz) bilik kami paling hujung menghadap tangga, perut ...

Eh tak seram takyah cerita adoi
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2019 03:27 PM | Show all posts
anak akk cerita masa dia dok asrama dl.ada 1 masa tu diaorg nak
lepak2 rehatkan otak nak exam pg lah dok ramai2 kat 1 dorm kawan
ni.jd masa diaorg sakan gelak2 tu tetiba ada 1 suara yg gelak lg sakan
terdiam diaorg semua ..senyap sunyi trs tp yg suara gelak lg sakan tu
siap bunyi lg..laaa apasal senyap gelak lah lg pastu nyaring gelak benda tu
last2 semua tidur kat situ tak berani keluar dorm..kesudahan nya 3mlm
tidur reramai,pasanglah ngaji bila nak tidur,ada sekali kwn anak bgt dia tgh mlm
terbangun hairan apasal ada nampak sepasang kaki terjulur kat bawah katil..yg bijak
nya g tgk trs nah nampak siap tunjuk jari srh diam..nsb baik kwn anak tu sejenis berani
dia siap ckp ko pg lah main lain tmpt,kami tak kacau ko kan..kami tumpang sini jer..elok
pl benda tu hilang mcm kabus..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2019 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
evlinne replied at 30-11-2019 02:49 PM
Eh tak seram takyah cerita adoi

Hahahahahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2019 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fefeeling at 30-11-2019 05:45 PM

I dulu duk asrama sek teknik tepi highway karak tu.. dulu2 hutan masih tebal area tu tak semeriah skang. Blok hostel pompuan ada 3, all 3 ada cerita masing2 la kan.. ioll duduk blok tengah.. ni nak cerita misteri tandas hostel jugak. Kejadian sebelum solat Subuh... Before that, meh I bagi visual sket layout lokasi toilet kitorang.. toilet ni kat corner tepi tangga blok. Bila masuk, blah kiri sinki2 + cermin2, blah kanan ialah deretan bilik2 shower. Kat hujung laluan ada lagi deretan sinki + cermin dlm layout melintang, then corner kiri sket laluan kecik untuk deretan bilik2 jamban. Kiranya jamban dan shower terbahagi dek dinding yg ada sinki blah shower tu.. So area jamban tu memang takde lampu, harapkan lampu dari area shower so most students akan guna at least 3 jamban terawal. 2 lagi dah gelap sgt and toilet cangkung kalau tak silap. Biasa la pagi2 memang kena kerah turun surau solat Subuh berjemaah.. ioll ni nakal jugak dulu tp tak pernah monteng Subuh sebab tak kuasa nak cari gaduh dgn pengawas.. and satu pagi tu ioll cam tembel2 sket masuk toilet nak bersiap amik wudhu.. malas nak shower dulu, I pegi kencing jelah mcm biasa. Bila dah keluar, cuci2 muka nak ready amik wudhuk kat sinki yg paling dekat dgn jamban. Orang dah mula turun surau, toilet takde sapa dah just budak2 lari2 kat luar nak kejar rakaat pertama.. I pun tengok cermin basuh muka, and cermin ni boleh nampak seluruh area jamban dan shower + pintu keluar masuk tau. Tiba2 nampak satu kelibat ni dari cermin, tapi membelakangkan ioll mcm tergesa2 nak masuk jamban. Masalahnya yg pelik tu, dia masuk toilet paling hujung yg gelap tu. Dari susuk badan macam kawan dorm ioll, Sha nama dia.. and kebetulan kain telekung dia memang warna hitam tapi ada corak2 bunga.. telekung patutnya warna putih, tapi ni hitam pulek. Ke memang warna putih time tu, ioll ingat2 lupa lak.. ioll toleh and tengok je dia pegi ke hujung. Nak tegur tapi mcm maleh, pikirkan nak cepat keluar kalau tak ioll terlepas rakaat pertama jugak kang.. Bila dah keluar toilet, kat koridor nak sauk telekung, si Sha ni ada kat luar tgh terkial2 sarung telekung gak. Ah sudah... dah siapa pulak yg pakai kain telekung sama dgn dia masuk jamban tadi ni!? ioll telan jelah air liur, diamkan aje terus gi surau dgn Sha..  satu hari suntuk memikirkan camne sekelip mata dia leh keluar dari jamban. Pastu mana mungkin ada budak2 yg masuk jamban skali dgn telekung, sebab nak bawak solat kekdahnya kang terpercik2 pulak.. busuk2 mesti tanggal telekung and letak kat tembok koridor kot.. maka kejadian tu tinggal misteri jelah dah berbelas tahun dah pun. ioll memang ada sikit penakut la tapi tetap hadap nak duduk hostel sebab teringin nak experience benda2 camni hahahah suka membongak sejak azali!  
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2019 04:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak join cerita jugak lah. Dulu kat hostel kerap blackout. Ada satu malam tu kitorang 12 orang satu bilik cadang tido kat lantai ramai2. Tengah syok tido dorang kejut. Tengah mamai2 tu aku capai tuala & baldi terus mandi. Tengah mandi baru perasan yang aku sorang je mandi. Cepat2 aku siapkan mandi, masuk bilik. Tengok jam, baru pukul 3. Harey betul dorang tak tegur aku. Dah la time tu kecoh hantu kesot. Rupenye dorang kejut suruh naik katil sebab dah ada karen. Nasib tak kena kacau.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 09:50 PM | Show all posts
Tak hanya kisah bus hantu Bekasi-Bandung, sebelumnya banyak kisah horor womens watches ... pertama kalinya kendaraan umum menjadi objek kisah misteri. ... Berikut ini beberapa kisah horor naik bus hantu yang tak kalah seram yang ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.674547 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list