CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kurex

KUMPULAN CERITA HANTU, SERAM & MISTERI

  [Copy link]
Post time 13-12-2019 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 6-12-2019 12:07 PM
innalillahiwainnailaihirajiun

memang ajal fahmi disitu

thanks sudi baca meg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2019 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
elzy replied at 11-12-2019 03:40 PM
Sedihnya.. Al-Fatihah untuk Fahmi..
Kalau saya berada tempat awak tak tahu macam mana sekarang se ...

saya masuk lv room, saya terus berlari tak pikir panjang terus saya tendang arwah.



tempat arwah meninggal.saya tarik body dia sampai flooding system.sekurang2nya wajah arwah dalam keadaan elok.

thanks sudi baca ya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts


sorry gambar tak berapa clear sebab bukan dari phone cam saya.security punya.gambar ni dihantar pada saya hari khamis.kalau perhati ada kesan minyak masih tersisa kat situ.



bulatan biru = sub 2 <<<< tempat setan tu tegur saya

bulatan merah = genset room 2

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 10:50 AM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 13-12-2019 09:45 PM
sorry gambar tak berapa clear sebab bukan dari phone cam saya.security punya.gambar ni dihantar  ...

Allahu..innalilah
Banyak kejadian macam ni berlaku
Lepas tu jadi berhantu.

Kilang tempat saya kerja dulu pun ada juga macam n
Di bahagian compouding, kilang glove.
Bahagian compounding tu tempat untuk campuran bahagian kimia untuk latex. Bau ammonia menusuk hidung.
Pekerja lama cakap tempat tu pernah ada orang mati


Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 3-12-2019 03:17 AM
hai tt.tumpang cerita pengalaman saya ya.

tahun 2010 bulan Julai, pagi rabu dalam 2 pagi saya ken ...

Thanks for sharing. Sedih baca...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 14-12-2019 10:50 AM
Allahu..innalilah
Banyak kejadian macam ni berlaku
Lepas tu jadi berhantu.

ipo pun minah kilang juga dulu ya.

ya banyak kita dengar cerita2 urban legend macam ni, tapi tak sangka saya yang laluinya sendiri.tapi saya yakin arwah dapat syahid tu .... insya Allah.

ipo sorry belum dapat nak review buku awak tu ya.ada kelapangan nanti saya review ya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2019 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 14-12-2019 02:55 PM
Thanks for sharing. Sedih baca...

sama2 sia saya hargainya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 10:08 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 18-12-2019 10:10 AM
KILL_NANCY replied at 16-12-2019 02:58 PM
ipo pun minah kilang juga dulu ya.

ya banyak kita dengar cerita2 urban legend macam ni, tapi ta ...

1. Ya..pernah jadi minah kilang
Tapi tak lama sebab nak kena selalu masuk bahagian compounding tu untuk ambil sampel compounding untuk lab testing.

2. Banyak kurang novel tu. Segan pulak.

3. Bila nak menulis kat bod penulisan tu lagi? Sambung Funugawa berdarah please.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2019 02:04 PM | Show all posts
Sepupu Mengilai Ketika Tidur


.Cerita yang ingin aku nak kongsikan ini berlaku kepada diri aku dan keluarga di rumah kami.

Rumah aku ni di bina oleh arwah ayah dan  kami baru sahaja berpindah ke rumah itu. Sebenarnya, banyak perkara seram berlaku ketika di rumah baru ini

Antaranya ialah, ketika ini aku masih lagi belajar di kolej dan peristiwa itu berlaku ketika aku baru sampai di rumah waktu Maghrib.  Ketika keluar dari kereta di tempat parking di bawah rumah ( rumah aku ni  tinggi ) rumah tingkat atas tempat tinggal. Tingkat bawah adalah parking kereta, aku ternampak samar-samar di dalam gelap susuk tubuh perempuan berbaju merah memandang ke arah ku.

Ketika itu aku buat  biasa sahaja kerana menganggap tersalah nampak. Lalu aku naik ke tingkat atas, pada malam itu saya tidur lebih awal dari biasa kerana terasa amat penat.

Untuk pengetahuan aku dan adik-adik ada bilik masing-masing. Tetapi semenjak kami pindah ke rumah baru ini, kami sanggup tidur sama-sama satu bilik kerana takut.

Aku  seorang sahaja yang agak berani tidur sorang2 tapi tampu bilik tidur saya pastikan tidak tutup.

Pada malam itu aku tidur berdua dengan sepupu .  Untuk pengetahuan, sepupu aku ni sudah berumur lebih kurang 40 lebih ketika itu, tetapi perangainya seperti kanak-kanak ( OKU ).  Aku tidur di atas katil manakala sepupu pula tidur di atas tilam di bawah.

Pada malam itu ketika menjelang tengah malam aku tiba2 terjaga kerana diganggu dengan suara perempuan mengilai. Dalam keadaan mamai aku tengok supupu mengilai hihihihiih tetapi matanya pejam. Kemudian aku  panggil sepupu , '' Cik La, cik La bangun, kenapa ni, mengigau ke ?'' . Sepupu aku  tak jawab tapi dia diam aje. Kemudian kami tidur balik.

Aku  tak tau lah  kenapa malam itu rasa penat yang amat sangat. Setelah kami tidur semula, aku terjaga lagi kerana mendengar sekali lagi suara sepupu  mengilai ketika tidur. Terus aku  dah jangka ini bukan sepupu aku. Aku terus melompat dari katil pergi ketuk pintu bilik adik. Kalau aku dah ketuk pintu tu dorang dah tau yang aku kena ganggu lah.
Aku  tidur ramai2 dengan adik malam tu. Tak lama kemudian aku tengok sepupu  pun bangun  lepas tu dan pergi duduk dekat meja di ruang tamu, '' Cik La kenapa tak tidur ?'' Dia tak jawab.

Aku  tak kejutkan Cik La ketika dia mengilai sedang tidur tadi sebab aku  fikir benda tu tak usik sepupu, dia nak usik  aku je. Sebab aku tak nampak pun wajah Cik La tu takut ke. Aku agak dia pun bangun jugak lepas tu sebab benda tu pergi usik Cik La  lepas tu.

Kesimpulannya dan pengajarannya memang benar ilmu orang dahulukala yang melarang anak2 balik waktu Maghrib inilah sebabnya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2019 05:19 PM | Show all posts
buapakperut replied at 28-11-2019 05:37 PM
pengalaman iols kat hostel. sebelum tertengok ju on iols tak takut langsung weh gi toilet sorang puk ...

pastu esknya bg akak tu minum




Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2019 05:29 PM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 3-12-2019 03:17 AM
hai tt.tumpang cerita pengalaman saya ya.

tahun 2010 bulan Julai, pagi rabu dalam 2 pagi saya ken ...

allahuakbar

sedihnya lahai
benda kena shock ni mmg terkejut2 kan

msh keje situ lg ke ni

alfatihah buat arwah



Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2019 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 28-11-2019 12:26 AM
Ni bukan pengalaman aku.. Pengalaman anak tok Sharifah.

Kisahnya masa tok Sharifah koma, kami  ...

Pengalaman dengar bayi menangis kat wad orang dewasa, saya penah share kat board borak

Rupanya, ada sorang akak tu, bayi dia meninggal dalam kandungan
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2019 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 13-12-2019 01:45 PM
sorry gambar tak berapa clear sebab bukan dari phone cam saya.security punya.gambar ni dihantar  ...

Dah degrease pun tak hilang semua ye? Btw curious, setan tu, menyerupai sape/apa? Ada tanduk? Aura api keluar dari badan? Ni bukan mainan perasaan? Sindrom PTSD yang sekejap?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2019 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
aleX-S replied at 19-12-2019 05:50 PM
Pengalaman dengar bayi menangis kat wad orang dewasa, saya penah share kat board borak  

Rupa ...

Allah.. Sedihnya.. Yg ni mmg both depa dengar masa dlm bilik ayaq.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2019 03:24 PM | Show all posts
MAKHLUK HALUS DI PEJABAT

Office aku ni boleh dikatakan baru. Masa pindah huru-hara sebab ada gangguan dan histeria. Pernah panggil ustaz untuk buat kenduri, baca yassin dan tabur garam di sekitar bilik dan tempat ceruk. So takde la gangguan extreme lagi cuma masih ada lagi gangguan minor extreme. Contoh : kakitangan pejabat dengar budak kecil berlari, suara budak gelak etc.

Pengalaman aku sendiri :

Pernah aku sampai office pukul 7.15 pagi. Waktu staff masuk office biasanya pukul 7.45 pagi baru start ramai. Aku sampai awal dan takde siapa lagi masa tu. Aku letak beg kat workstation aku tetiba aku dengar dari belakang : Pssttt.. pssttt..

Aku toleh, takde orang.. so aku pun buat tak reti.. Dengar lagi, ppssttt.. pssttt..
Dalam masa yang sama meremang bulu roma aku. Aku terus capai wallet & handphone lari ke lobby.. Memang menggiggil lutut aku..

Kali ini berlaku lagi hari ini sebab tu aku terpanggil nak share cerita ni..

Hari ni lunch hour pukul 12.30 tengah hari. Aku takde plan ke mana2 so aku tapau nasi kat restoren belakang office aku. Dalam pukul 1.30 tengah hari aku masuk office semula. Office aku akan padam lampu during lunch hour tapi ada emergency lamps dan nampak terang ditambah cahaya matahari dari luar cermin kaca.

Aku lalu workstation ni, dari sekilas pandangan tepi aku nampak belakang badan perempuan baju kurung aku ingat adik yang biasa duduk tempat tu (nampak samar seperti asap halus).. Aku terus berhenti melangkah (ingat nak tegur adik tu). Korang tahu aku nampak apa?

Aku nampak perempuan rambut panjang (tutup muka) berdiri tunduk pandang bawah, baju putih lusuh. Aku terkejut dan terus jalan sambil toleh semula.. Masa tu dah takde.. Hilang makhluk tu..

Aku buat tak kisah tapi masa aku makan lunch kat workstation aku, kepala otak tertanya2 dari mana dia muncul.. Tetiba ada bunyi telefon berdering (slow bunyi deringan telefon tu).. Aku ingat deringan telefon dari workstation sebelah dinding sebab tak jelas sangat.. Tapi bila aku toleh meja kosong sebelah aku, rupanya phone atas meja tu yang berdering.

Aku bangun nak angkat phone tu.. Aku nampak dari screen telephone nama officemate dept lain (langkau beberapa workstation). Aku letak phone terus berlari tempat officemate tu. Ternyata takde orang di situ. Aku terfikir kenapa pulak officemate tu call workstation kosong tu?

Aduhai, memang real.. menggeletar lutut aku sekarang..





Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2019 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
elzy replied at 20-12-2019 03:24 PM
MAKHLUK HALUS DI PEJABAT

Office aku ni boleh dikatakan baru. Masa pindah huru-hara sebab ada gang ...

Mcm ni la.. Aku nasihatkan.. Pulih dulu semangat ang.. Ang dah terkejut.. Makhluk tak berfaedah tu suka la.. Ang bykkan sedekah al fatihah pada diri.. Lps tu mandi ayaq limau nipis.. Limau nipis tu ang guna dlm angka ganjil.. Masa perah dan kacau ayaq mandian tu.. Baca 7× fatihah dan selawat 3×.minta Allah keluarkan semua yg buruk dan pulihkan semangat ang.

Jgn mandi air panas.. Mandi ayaq sejuk.. Dan pejabat ang tu.. Ang bagi wangi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2019 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Lavender85 at 22-12-2019 09:04 PM

Saya xde pengalaman nampak.. tapi ada beberapa cerita nak share masa kitorang kecik.

1. Pernah satu malam kitorang adik beradik plan tapi x termasuk kaklong dengan kakngah kitorang. Kitorang nak kemas rumah time mak bapak dengan kaklong kakngah tido.. Saje mcm nk surprise la esok pagi diorg bangun rumah bersih camtu... sambil kitorang bisik2 kat ruang tamu saje berborak waktu yg lain dh tido.. saje je salah sorg kakak kitorg cakap macam mana kalau tiba2 ada orang bukak tombol pintu tu.. merujuk pada tombol pintu rumah kitorang la.. rumah kitorang untuk masuk rumah ikut depan ada 2 pintu iaitu grill + sliding door dengan pintu style single door . Tiba2 tombol tu berputar laju mcm org nk bukak pintu.. Terkejut kitorang terus melompat baring tutup muka dengan bantal..x sedar bila tertido huhu.

2.makcik saya masa kitorang kecik pernah tumpang tido rumah kitorang waktu cuti sem. Mak saya kakak dia la kira. Waktu tu makcik belajar kat um. Pernah sekali dia berkurung lama dalam bilik sampai pengsan.. bapak terpaksa bukakkan pintu dukung pegi hospital pastu x berapa sure sebab masih kecik. X berapa faham.. tapi macam pernah dengar cite jugak makcik macam pernah dihantar sesuatu sebab cinta ditolak . Masa dia dlm bilik nak pengsan tu dia cakap dia nmpk kucing hitam..

3. Mak cite dulu2 masa dia mengandungkan anak keberapa x sure. Masa dalam tandas dia dengar malam2 orang ketuk pintu kuat2 ..dia cakap suh bukak pintu ni bapak dia. ( saya panggil tokcik) tapi bila bukak takde sapa..

4. Jiran sebelah rumah ikutkan anak dia dh besar.. mcm introvert camtu. Kitorang kecik2 ni masih playful suka main2.. tapi kitorang mcm noob gila sekarang baru perasan dulu2 selalu ada orang ketuk2 dinding.. kitorang selalu balas membalas. Tapi bila difikir balik sekarang mcm x logik haha. ( rumah kitorang corner lot) kira bunyi tu datang dari dinding rumah dia.

5. Misteri sampai sekarang, dulu jiran tu rasanya ada darah jawa.. sebab pernah dengar dia ckp jawa borak x faham langsung..  rumah dia ada bomoh datang siap baling2 beras warna kuning sampai masuk rumah kitorang. Pastu ada tanam sesuatu kat tembok rumah... sampai sekarang terfikir apa bende la agaknya. Anyway x lama lepas jiran punya suami meninggal diorang pun pindah. Tapi waktu sakit dulu seram jugak selalu dgr pakcik tu mcm jerit mcm mengilai ke apa tah yg uuuuu uuuu tuu.. huhu

6. Tengah hari buta nmpk ada orang lalu tepi rumah. Saje nak bagi dia lalu nk tengok siapa . Tapi lepas lalu tetiba tengok hilang camtu je.. padahal lorong tu jauh lagi sebab ada rumah belakang lagi. Cepat2 lari tengok lorong belakang pun xde.. misteri betul

7. Masa kecik demam panas . Nampak peti ais atas tu ada ridsect bergoyang laju ke kiri kanan. Nasib baik nampak tu banding dengan bapak cite masa dia kecik demam panas nampak beberapa pocong pusing lompat keliling dia.

Tu je la cite dari saya maaf kalau x seram
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2019 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 22-12-2019 05:55 PM
Mcm ni la.. Aku nasihatkan.. Pulih dulu semangat ang.. Ang dah terkejut.. Makhluk tak berfaedah tu ...

Terima kasih banyak sarah82..
In shaa Allah aku buat apa yang ang ajaq.. Hari ni aku demam padahal aku x rasa takut cuma asyik terfikir2 peristiwa tu.. Haish!
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2019 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
elzy replied at 22-12-2019 08:52 PM
Terima kasih banyak sarah82..
In shaa Allah aku buat apa yang ang ajaq.. Hari ni aku demam padaha ...

Tu terkejut.. Semangat kurang dah tu.. Bykkan sedekah al fatihah pada roh sendiri bg kuat balik semangat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 08:33 AM | Show all posts
sarah82 replied at 22-12-2019 09:44 PM
Tu terkejut.. Semangat kurang dah tu.. Bykkan sedekah al fatihah pada roh sendiri bg kuat balik se ...

Okay, in shaa Allah..
Terima kasih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.332986 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list