CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kurex

KUMPULAN CERITA HANTU, SERAM & MISTERI

  [Copy link]
Post time 24-12-2019 04:32 PM | Show all posts
Dulu pnh keja kat menara biru, first kat level 8 then move to level 11...xde pengalaman seram, tp mase kat level 8, dtg keja tiba2 nmpk kat sekeliling meja penuh dgn garam kasar & black pepper..pastu ade yg bgtau, mlm tu ade bdk kena histeria...so diaorg pagar semua termasuk level kitaorg...mase kitaorg move to level 11, kitaorg ditempatkan kat bhgn blkg skali, depan bhgn customer service...ade budak2 customer service dtg membawang, ckp malam2 nmpk nenek kebayan kat bhgn kitaorg..diaorg ckp, dulu klu shift malam, diaorg try avoid kwsn blkg sbb slalu nmpk mcm2 especially yg ddk area tingkap...sbb tu klu kitaorg kena blk lmbt sbb keja byk, mmg kitaorg  makesure ade yg teman...tp penampakan nenek kebayan bkn slalu, dia mcm bermusim...skarang sy da x keja kat menara biru dah, kadang2 rindu gak dgn suasana kat menara biru...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2019 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
polluxsstar replied at 3-12-2019 04:33 PM
nak share cerita juga. pengalaman di kolej matrikulasi nama tempat dirahsiakan.

aku ni sepanjang ...

Semoga adik terus tabah. Belajar kat matrik ni mmg tau, mcm stress giler. Alangkan yg x ada gangguan pun dh cukup stress, lebih2 lagi budak modul 1, ini kan pulak kena gangguan mcm.adik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2019 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 2-12-2019 10:33 PM
cerita tergantung

Hi kurex, i pernah alami 2 misteri mase kat poli kat sarawak dulu tahun 2009.

Kisah 1: i sleepover bilik kawan i malam tu. so bilik ni tingkat 5. Bilik tu 2 katil je twin, so kite cantumkan dan i tdo kat tgh. I pulak jenis tdo awal, kul 8pm da terbongkang. Mmg camtu. Org lain sibuk dating kat cafetaria. Lepak lobby nyanyi sana sini. Kawan i 2 org yg mmg duduk bilik tu pulak tdo lambat. And diorang ni suka terjerit2 berjimba2 kat bilik diorang tu. entah lah napa malam tu i tumpang bilik diorang. So nak jadikan citer. Semua org pun tdo lepas i tdo. I terbangun kul 3am cause hp bawah bantal je. Ia de org cakar2 tingkap bilik. Nasib bilik tak gelap diorang hidup kan lampu kat meja belajar. So bilik tu malap tapi tak gelap. I bangun i tgok sekeliling bilik takde ape. Tapi bunyi mmg cakaran dari tingkap dan masih dgr bunyi tu even i da bangun. And katil mmg sebelah tingkap je. So i kejut kan kawan i yg paling dekat dengan tingkap, nama dia ana. Dia tdoq mati weiii. Aku gerak2 badan dia tak bangun2, gerak yg kuat weii aku da takut da ni. Sekali kawan aku yg sebelah aku pulak terbangun. Nama dia mala, tanye aku nape? Aku tgok dia, aku letak jari kat mulut aku suruh dia shhhh. Cuba dgr bunyi. Lepas tu dia pun dgr yg sama weiii. kiteorang smaa2 kejutkan c ana tu. pastu dia pun bangun tanye nape? Kiteorang cakap ade bunyi dgr tak. Tiga2 da dgr. Bunyi lak makin kuat bukan makin nak hilang. Panik tak tau nak buat apa. C mala ni bagi idea. Aku ade mp3 yassin kat phone aku. Pasang mp3 yassin kuat2. Volume full kau. Terus bunyi tu hilang. And kiteorang dgr bunyi anjing sahut sahutan dari jauh huhuhu

Kisah 2: aku bangun kul 6am bilik aras 5, kat sabah sarawak 6am tu terang lah jugak da ade matahari. Nak mandi nak g kelas kan. So aku keluar bilik. Mase tu da ramai da student start2 siap2 nak mandi sume kan. So tak sunyi lah pun. Aku keluar je depan pintu aku. Nampak kawan aku ni nama dia bridget. Pakai baju tshirt merah kain batik. Rambut dia mmg panjang lurus lepas aras bahu. Dia jalan tunduk rambut tutup muka. Dia jalan tu tak macam biase. Sbb jalan tunduk. Aku pulak g tegur kawan aku ni”woii bridget, sombong kau”?! Dia tgok aku dari lirikan tepi muka marah. Terus masuk bilik.

I pun pelik lag asal lah kawan aku tu macam marah dgn aku tak friendly ceria macam biase. Sbb kawan i tu happy go lucky person. And i pun sentap gak dia macam tu kat i. I pun smpai kelas nampak kawan i tu. ketawa2 happy2 dgn kawan2 dia kan. I tak puas hati. I confronted je dia, i tanye nape kau sombong sgt pagi tadi? Kau buat bodoh je aku panggil kau kan? Kawan i tu terkejut. Dia kata. Bile mase aku panggil dia pagi tadi? Dia rupenye tak tdo bilik dia malam tu. dia tdo aras 3. Bilik kawan dia. Hanjeng sgt lah.

Ni lah pengalaman sis dok asrama. Basuh baju malam mmg tdk lah tak berani lah eihhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2020 05:04 PM | Show all posts
Find out what's popular at 샌즈카지노 Resort Bethlehem in Bethlehem, PA in real-time and see activity.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 04:54 AM From the mobile phone | Show all posts
aleX-S replied at 19-12-2019 05:52 PM
Dah degrease pun tak hilang semua ye? Btw curious, setan tu, menyerupai sape/apa? Ada tanduk? Aura ...

nak degrease bukan sehari dua boleh hilang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 04:56 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 19-12-2019 05:29 PM
allahuakbar

sedihnya lahai

masih sis.lebih 10 tahun dah saya berkhidmat kat sini.semua hantu setan kat sini kenal saya dah .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2020 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Citerla jugak tempat hantu kat kl or n9 ni you alss nak tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2020 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
EncikAiskrim replied at 26-3-2020 02:55 PM
Citerla jugak tempat hantu kat kl or n9 ni you alss nak tau

Abg, abg la kongsi cerita....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2020 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 26-3-2020 03:07 PM
Abg, abg la kongsi cerita....

Pengalaman kat asrama adalah hehe....

Satu malam, masa tu dlm rabu malam ke atau malam jumaat tak silap, aiskrim dlm perjalanan ngan sorang kawan baik, dlm perjalanan ke surau sebelum baca surah al mulk ngan supper...

Masa kami lalu kat susur gajah sepanjang nak ke surau, dia cam penakut sikit la sama ngan aiskrim sendiri sebab macam gelap la tepi kanan.. dan dengan segala hormatnya aiskrim tercelupar mulut mengatakan "ala takde pape, memang ada hantu tu tapi kalau kita tak kacau dia xde la dia kacau kita" huhu menyesal bila ingat balik...

Lepastu masuk bilik terus tidur, dlm kul 3 pagi camtuh, tak tahu la mengapa iolss terjaga. Aiskrim dengar ada org masuk ke dorm tapi tingkat bawah memandangkan aiskrim duduk dorm atas sekali. Mula la fikir bukan bukan.. btw, pintu dorm tutup sebelah je

Aiskrim baca ayat kursi dlm hati, banyak kali.. tiber, dengar ada dua org bercakap dekat luar dorm. Aiskrim dengar jelas memandangkan katil sebelah tingkap bahagian koridor dan dekat sangat kat pinti.

Aiskrim yakin ada dua org bercakap iaitu mak dan anak. Masa tu aiskrim dh sesiap baca apa yg patut. Anak tu bercakap kt mak dia "mak, ada org baca ayat kursi". Aiskrim terdiam seketika dan percakapan tu terhenti. Kebetulan aiskrim tidur menghadap pintu dan dengan segeranya keluar susuk tubuh perempuan yg aiskrim rasa mak yg kat luar tu. Mata tertonjol warna kuning, rambut panjang mulut mcm terbuka sikit. Aiskrim pengsan lalu sedar dh subuh. Itu je.

Nanti aiskrim citer pulak pasal asrama aiskrim. Ada banyak citer tau. Ha ha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.067877 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list