Masih ingat Hadri, lelaki Malaysia yang jatuh cinta dengan seorang gadis Jerman dan memulakan perjalanan darat memandu ke negara itu sejauh 25,000 km pada bulan Ogos lalu?
Kredit foto: Carian Google
Kini Hadri dan wanita itu yang sudah menjadi tunangnya berjaya disatukan dan kini dalam perjalanan bersama ke Belgium dan Perancis.
Mengimbas kembali thread yang lalu, Hadri terbang ke Jerman pada tahun 2009 untuk melamar gadis Jerman yang dikenalinya sejak 2007. Kemudian Ogos tahun ini, Hadri memulakan perjalanan darat merentasi Eropah untuk bertemu tunangannya itu. Perjalanan Hadri menerima tajaan banyak pihak antaranya FTuned Suspension/Yokohama Tyres dan dibantu oleh Tourism Malaysia dalam urusan visa.
Kredit foto: Carian Google
Pengembaraan Hadri merentasi sempadan pelbagai negara dicatatkan dala Instagramnya dan beliau memaklumkan menemui ramai warga tempatan dan luar negara yang mengenali keretanya yang kini popular dengan plat AE86.
Walaupun berjumpa ramai rakan baru dan sempat mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan, Hardi pernah berdepan masalah antaranya visa di Rusia tetapi akhirnya tiba di Jerman menemui tunangnya pada 30 Oktober lalu.
Kredit foto: FB
Hadri kini berkata mereka berdua bersama beberapa orang teman kini dalam perjalanan ke Belanda sebelum mengelilingi Eropah dan kembali ke Malaysia melalui jalan udara.
Katanya mereka ada rancangan besar selepas sampai ke negara ini. Mungkinkah perkahwinan? Tahniah dan selamat pengantin baru.- CARI |