CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10485|Reply: 47

Tanggungjawab abang kepada adik lelaki yang dah berkahwin.

  [Copy link]
Post time 1-12-2019 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Salam korang. !
Nak story, sy ada masalah dgn biras kita uolsss! Nama dia naima (bukan nama sebenar) kawen dgn suami kita punya adik (adik ipar), nama syarif (bukan nama sebenar).

1 hari, syarif ni eksiden kat tempat kerja, eksiden motor dgn trailer. Koma dlm 2 minggu, ok kami semua bersimpati dgn naima ni. Kami collect sumbangan adik beradik sedara mara semua bagi kat naima.

Tapi naima up status ig pegi makan yg mahal2 uolsss! Lepas syarif dah sedar, keluar dari hospital kami masih bantu dia apa semua. Tapi makin lama, naima ni jadi sedap! Dia hari2 mintak duit kat kami. Sedangkan naima ni boleh dikatakan org berada.

Mak pak naima mmg kaya! Kami bukan berkira pasal duit ke apa tapi kalau mintak duit hari2, mau botak kami. Bukit kalau ditarah hari2 pun boleh hilang.

Mula2 mintak rm 50 lepas tu rm 200 terus kami bagi tanpa bnyak bunyi tapi lama kelamaan hari2 mintak tu mcm something fishy! Kami suruh naima kerja, tapi dia ckp syarif tak bagi takut jelesss.

Kami syak syarif bukan tak bagi tapi naima yg jenis malas nak bekerja sebab dah biasa hidup senang dgn harta mak pak! Kakak ipar sy, kasma (bukan nama sebenar) pun boleh tahan jgak.

Kasma selalu paksa suami sy, hazmer (bukan nama sebenar) utk tgk syarif, hulur duit, jaga kat hspital sedang kan hazmer ada isteri dan anak2 yg kena tanggung. Sampai 1 tahap kasma suruh hazmer bawak balik ke rumah utk jaga. Katanya itu tanggungjawab seorg abang!

Sy ni ipar mana boleh jaga atau pegang syarif. Nak duduk berdua dlm rumah jauh sekali ! Penat dah ceramah dgn dorang tapi tak lut! Hazmer bantah sebab sokong sy tapi kasma marah2 cakap hazmer lepas tangan.

So, sy nak tanya masih ada tanggungjawab lagi ke seorang abang kepada adik lelaki yang dah berkahwin? Dalam situasi sy, macam mana sy nak buat ye?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2019 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Isteri dia ada kan? Maka seharusnya isteri la jaga.. Dan suami puan bantu la sikit2 mcm beli makanan utk sebulan ka.. Ni semua nak letak atas kepala suami puan.. Depa lupa ka.. Suami puan pun ada anak isteri yg perlu ditanggung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2019 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi lah bodoh pasti ramai bakalan ambil kesempatan dan buat kita rasa bersalah dengan kesalahan mereka,

Jadilah pandai pasti ramai bakalan tak berani ambil kesempatan dan kita pun tak rasa bersalah atas kesalahan mereka,

Tanggungjawab suami jaga diri sendiri, ibubapa, isteri dan anak2, tak ada dalam islam suruh suami jaga rumahtangga adik beradik, tanggungjawab dan beban adalah dua pekara yang berbeza, kalau tak tahu beza memang habis diperguna orang sekeliling.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2019 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
MenteriWanita replied at 1-12-2019 03:52 PM
Jadi lah bodoh pasti ramai bakalan ambil kesempatan dan buat kita rasa bersalah dengan kesalahan mer ...

Well said mmg layak u jadi menteri. Kadang org ni terlalu fikir sgt perception org lain sampai perasaan dan kebajinan diri sendiri terabai.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2019 07:00 PM | Show all posts
DIK tlg delete nama samaran, sebab drama ni potong stim kalau ada bracket column nama samaran.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2019 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
julielapadite replied at 1-12-2019 05:54 PM
Well said mmg layak u jadi menteri. Kadang org ni terlalu fikir sgt perception org lain sampai per ...

Dalam islam ni semua balance, semua ada tanggungjawab masing2, bila kita start buat benda yang extreme tak ikut ajaran, jadilah kacau bilau hidup, hujung2 salahkan Tuhan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2019 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan letih brainwashed suami hari2 pasal his tanggungjawab priority to your family
Adik ipar ADA Bini, sihat walafiat boleh kerja, boleh Bela laki

Kalau Aku, Aku gadoh je dgn Kakak ipar... Pepandai suruh bawak rumah Aku utk Bela. Ehh tak kose

Bantu sikit2 je
Tapi kalau Aku....Aku tgk diorg lavish semacam idoklah Aku hulur bantuan lagi

Payah ADA keluarga parasit nih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2019 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 1-12-2019 07:00 PM
DIK tlg delete nama samaran, sebab drama ni potong stim kalau ada bracket column nama samaran.

Alaaaa baru nak fefeling tulis cerpen ala tahun 90s hahahahaha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2019 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
penmerah replied at 1-12-2019 08:25 PM
Jangan letih brainwashed suami hari2 pasal his tanggungjawab priority to your family
Adik ipar ADA  ...

Sy pun dah brainwash suami sy. Dia mmg dgr ckap sy tapi tak tahu sampai bila. Bukan dgn kami je biras mintak duit tapi dgn semua adik beradik ipar duai dia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2019 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakaknanako replied at 1-12-2019 08:35 PM
Sy pun dah brainwash suami sy. Dia mmg dgr ckap sy tapi tak tahu sampai bila. Bukan dgn kami je bi ...

Iols ada beberapa soalan:
1) apa pekerjaan korang sume? Slalunya kalau ada parasit, dia nak menempel kat yg dok senang lenang
2) kasma ni kakak kpd hubby u ke? So kakak kandung kpd adik ipar u? Nape dia tak boleh jaga? Nape bini ipar ko takleh nak jaga somi dia? Diorg ni ada umah ke tak? Ke u je yg ada umah?
3) naima ni penah keje apa? Ada kelayakan pelajaran ke sampai spm je? Camne korang boleh biarkan sampai jadik parasit? Kalau korang dok senyap je, apa yg akan berlaku? Buat bodo je utk berbulan2. Tgk apa yg dia buat utk bangkit. Have to be cruel to be kind. U nak dia berusaha, bkn jadik tempang seumo idup.
4) parents hubby ko ada lagik ke? Sume adik beradik dok dekat2 ke? Cube citer logistiks sket.. adik beradik bape ramai, dok dekat ke jauh, sume tu.
5) bape lama hubby u boleh bertahan bergantung kpd bape byk tekanan org lain ke atas dia. U kire beruntung sbb dia bkn jenis mudah terpedaya dgn famili sgt.

Baidewei, iols tak berumahtangga, so segala nasihat ni mungkin tak boleh digunapakai. Ikut ler ckp mak menteri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2019 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
hai tt

ni dari segi turutan nafkah/ duit suami tt dalam Islam

berikut;

a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

kalau ikutkan turutan lepas komitmen diri sendiri, suami kena bagi Isteri dulu, lepas tu baru anak dan seterusnya bapa. kenapa ibu bawah lagi? sebab si ibu tu ada suami yang wajib beri nafkah macam suami tt wajib bagi tt dulu. kalau ayah tt meninggal atau tak mampu baru lah suami tt bagi kat ibu.

suami tt boleh bagi dengan 2 syarat
1. sedara / penerima tu memang miskin dan x mampu
2. suami tt ada lebihan lepas habis tanggungjawab.

kalau tt x redha suami bagi kat kakak/adik dia sebab bahagian tt pon x cukup, BERDOSA BESAR laki tt. tapi biasa lah kat Msia ni hehe malas nak cakap.tapi nampak suami tt faham agama, jadi nanti tt tepekje la ustaZ/ hadith nabi dari tenet pasal tanggungan duit ni.

wallahualam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasma tu dh knp
Cer suh dia yang ambil jaga dari main paksa2 org lain
Nak jaga orang sakit ni x boleh main paksa kecuali mak bapak, anak sendiri. Takut bergaduh lain pula jadinyaa.

Syariff masih ada bini
Hazmer juga x layak nak bawa dia lari dari bininya semata2 nak bela atas paksaan kasma.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2019 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kakaknanako at 2-12-2019 12:48 AM
Tinot7 replied at 1-12-2019 11:25 PM
Iols ada beberapa soalan:
1) apa pekerjaan korang sume? Slalunya kalau ada parasit, dia nak menem ...


Jawapan
1) kami kerja semua biasa2 saja. Naima menempel kat semua org yg dia kenal. Dia mintak semua org duit hari2. Cth mintak kat 10 org, dia akan dpt duit dari 6/10 org yg dia mintak tu.
2) ye betul. Kasma takut kalau biras dah tak nak jaga adik dia lagi dan nak sumbat adik dia ke rumah kami. Sebab kami duduk di tanah pusaka mak pak suami.
3) kami tak pernah tahu pelajaran si naima takat mana. Yg kami tau, dia mmg dari keluarga senang. Dan naima tak pernah bekerja sebab apa2 semua minta mak pak dia.
4) parents suami dah meninggal lama 10 tahun ++. Adik beradik 5 org, suami no 4 dan ada 3 org kakak atas dia. Semua dok dekat2 je. Tapi yg paling busy body kasma anak no 3. Kakak2 yg lain tak masuk campur hal rumah tangga adik2 yg lain.
5) lepas kawen, suami buat haluan masing2 tapi tak pernah lupa adik beradik dia.

Utk pengetahuan semua, bil elektrik, astro, sewa rumah dia, belanja dapur, segala kelengkapan anak dia kami sediakan tiap2 bulan. Tapi bila dah jadi mcm ni, kami dah tak amek tahu. Cuma dia selalu ganggu kami dgn hari2 mintak duit. Selagi tak bagi, selagi tu dok call, wasap & sampai kena maki pun tak paham bahasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2019 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
rayriff replied at 1-12-2019 11:28 PM
hai tt

ni dari segi turutan nafkah/ duit suami tt dalam Islam

Terima kasih. Pernah juga sy tepek kat kasma tapi mcm tak paham2 bahasa tntang hukum hakam. Suami sy kdg2 seorg yg lurus tapi sy bertegas dgn dia. Alhamdulillah dia masih ingat tnggungjawab utama dia adalah sy dan anak2.

Cuma dia sampai 1 tahap menyampah dgn adik ipar dia sendiri. Pikir nak tngok adiknya saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2019 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
GigaMom replied at 2-12-2019 12:23 AM
Kasma tu dh knp
Cer suh dia yang ambil jaga dari main paksa2 org lain
Nak jaga orang sakit ni x bo ...

Ye. Itu yg sy tegaskan. Sy pernah ckp dgn suami kalau kasma berdegil, sy yg akan keluar dari rumah ni bwk anak2 sekali. Dia kakak sepatutnya dia boleh menjaga adik kandungnya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kakaknanako replied at 2-12-2019 12:39 AM
Jawapan
1) kami kerja semua biasa2 saja. Naima menempel kat semua org yg dia kenal. Dia mintak s ...

Nape biras tt ni bunyi mcm bbnu je,  sampai anak semua nak orng lain tolong tanggung tapi dia nak keluar berjimba pula.

Sepatutnya isteri kena jaga suami sebab masalah aurat. Nak suruh cari caregiver lelaki, pakat bayar ramai2 kang jadi kejadian lain pula..  Lagipun isteri tak ada inisitif nak cari rezki buat tampung belanja rumah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2019 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
CatMiow replied at 2-12-2019 12:54 AM
Nape biras tt ni bunyi mcm bbnu je,  sampai anak semua nak orng lain tolong tanggung tapi dia nak  ...

Memang sgt muda. Baru 20 tahun. Kahwin 18 tahun. Suami dia skrg umur 24 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 09:47 AM | Show all posts
tengok poket sendiri la,
kalau mampu tolong je lah,kalau x mampu xyah nt gaduh plak laki bini,
adik dia tu ade bini yg boleh jaga dia kot.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
MenteriWanita replied at 1-12-2019 07:13 PM
Dalam islam ni semua balance, semua ada tanggungjawab masing2, bila kita start buat benda yang ext ...

I tak ingat la nama2 samaran...
Tapi setahu i la kan...
Andai kata si bapa hilang upaya, tak mampu bagi nafkah kepada anak isterinya, maka jatuh la tanggungjawab itu kepada datuk (bapa suami) atau bapa saudara seibu sebapa (adik beradik lelaki suami)..

Lagi besar tanggungjawab itu bila si bapa hilang upaya tu takde anak lelaki yang boleh mewalikan anak perempuan bilamana si bapa mati.

Jadi, masalah TT ni....
Kalau si isteri rasa suami dah hilang upaya tak bagi nafkah, keluarga suami kena ambil tanggungjawab itu..
Nafkah tanggungjawab Mutlak lelaki dan keluarganya..
Sebab tu ada sesetengah negeri buat taklik wajib kalau isteri tak dapat nafkah dari suami atau Wakilnya (keluarga suami), isteri boleh fail cerai taklik..

I dah kata, ada anak lelaki ramai sebenarnya lagi susah jaga dari ada anak perempuan..
Tapi orang Melayu selalu kata, jaga anak perempuan lagi susah dari jaga anak lelaki...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 10:11 AM | Show all posts
rayriff replied at 1-12-2019 11:28 PM
hai tt

ni dari segi turutan nafkah/ duit suami tt dalam Islam

bagus tukang post ni...
peringatan untuk diri sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.068111 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list