Panas! Tular di media sosial Ekspo Tatu Malaysia yang di adakan di Pusat Konvesyen, Kuala Lumpur pada 29 November hingga 1 Disember lalu. Ini kerana terdapat peragaan separuh bogel diadakan pada acara tersebut.
Kredit foto: FB
Acara ini mengundang pelbagai reaksi warga maya yang tidak pernah menyangka ekspo seumpamanya berlaku di negara kita.
Terbaharu, Menteri Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019, susulan peragaan separuh bogel diadakan pada acara itu.
Tahukah anda bahawa acara seperti ini sebenarnya telah biasa diadakan di Malaysia cuma mungkin liputannya tidak meluas. Sebelum ini ia pernah diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 2015, 2016 dan 2017 dan ianya telah menarik penggiat seni tatu badan dari hampir seluruh dunia berkumpul berkongsi minat dan mempamerkan hasil karya seni masing-masing.
Malah acara seumpamanya juga telah berlangsung di Melaka buat kali yang keempat pada 8 hingga 10 November lalu.
Kredit foto: World Tatoo Event
Sorotan 3 hari acara tersebut dikongsi laman penganjur menerusi laman Facebook rasmi di sini.
Dalam pada itu, orang kuat di sebalik ekspo tatu terbesar di Kuala Lumpur tahun ini ialah Carlos Benny Majakil. Syarikatnya Koiyak Gloves adalah penaja utama dan penganjur ekspo ini. Syarikat 100% milik anak tempatan ini menghasilkan sarung tangan getah yang direka khas untuk industri tatu.
Kredit foto: The Star - Carlos Benny Majakil bertatu sejak usianya 14 tahun
Menurut Majakil, Ekspo Tatu Malaysia adalah salah satu daripada tarikan untuk Melawat Malaysia 2020. Agensi-agensi kerajaan seperti Tourism Malaysia telah aktif mempromosikan negara ke pasaran antarabangsa sejak beberapa bulan yang lalu.
Acara ini meletakkan Malaysia di kalangan negara-negara dengan budaya seni tubuh yang semakin berkembang yang menjadikan tubuh badan manusia sebagai kanvas lukisan mereka.
Apapun penulis berharap, penganjuran seperti ini perlu ada garis panduan yang dikeluarkan pihak berwajib demi menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama.- CARI |