CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27865|Reply: 193

Lepas keluar MeleTOP, Neelofa nak ke Indonesia pula

  [Copy link]
Post time 4-12-2019 04:52 PM | Show all posts |Read mode
katanya nak cuba jd pengacara dan berlakon filem kat sana...

GOOD LUCK


Neelofa Rancang Mahu Lebarkan Sayap Ke Indonesia Tahun Hadapan
Pengacara popular Neelofa menyatakan dia sudah mempunyai perancangan untuk melebarkan sayap kerjayanya di Indonesia pada tahun hadapan.

Neelofa berkata, perkara tersebut sudah lama dalam perancangannya dan baru kali ini keputusan dapat dibuat setelah tidak lagi terbabit dengan MeleTOP.

“Pada bulan Januari nanti saya akan ke sana untuk mengadakan mesyuarat dengan beberapa pihak. Kalau semuanya berjalan lancar, saya akan tinggal di sana buat seketika.

“Mulanya saya sasarkan untuk menjadi pengacara, tetapi atas nasihat pihak di sana yang telah mengatur segala perancangan, mungkin saya akan bermula dengan filem,” jelasnya.

Dia berkata demikian ketika ditemui media sebaik sahaja selesai program siaran langsung MeleTOP yang berlangsung di Astro Bukit Jalil semalam.

Menerusi program berkenaan Neelofa mengumumkan pengundurannya daripada program tersebut setelah lapan musim menjadi pengacara bersama Nabil Ahmad dan akan berakhir pada 31 Disember ini.

Jelasnya, perancangan untuk melebarkan sayap di negara seberang belum sah sepenuhnya memandangkan mahu membuat perbincangan lebih lanjut.

“Kalau boleh saya nak susun semuanya betul-betul dan tidak mahu main redah sahaja supaya tidak tersilap langkah. Lagipun saya sudah ada connection dengan orang di sana dan mahu bersungguh-sungguh dengan apa yang telah dirancang.

“Bagi saya ini merupakan satu lebaran yang baru dan mahu mencuba sesuatu yang sesuai. Malah, saya akan bergerak sendiri tanpa bernaung dengan mana-mana syarikat pengurusan di sana,” ujarnya.

Dalam pada itu, Neelofa turut mengumumkan dia bakal terbabit dengan sebuah program baharu terbitan Astro yang akan diumumkan nanti. – KopiPlanet.com


https://www.kopiplanet.com/neelo ... esia-tahun-hadapan/




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2019 04:59 PM | Show all posts
susah nak tembus indon, kalau dpt pun sheols kena ubah attitude sikit tak boleh nak diva memanjang. mcm uyaina tu down to earth mmg orang indon suka
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 05:21 PM | Show all posts
Jangan buat malu orang Malaysialaaaah
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
whatever Fazura buat...dia nak buat
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 05:27 PM | Show all posts
rolypoly replied at 4-12-2019 04:59 PM
susah nak tembus indon, kalau dpt pun sheols kena ubah attitude sikit tak boleh nak diva memanjang.  ...

btol...skrg pn yana dh blend dgn hos DAA kt sana...tp nk ka dia hug acik2 indo tu??

cth mcm mami ni
  

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 05:31 PM | Show all posts
ya Allah, start2 terus FILEMMMM??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2019 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram pulak.. jgn ko kena kecam.. lakonan yg haus.. jgn lagak diva..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 05:43 PM | Show all posts
Minyakyuyi replied at 4-12-2019 05:27 PM
btol...skrg pn yana dh blend dgn hos DAA kt sana...tp nk ka dia hug acik2 indo tu??

cth mcm m ...

iols tengah baper dgn uyaina & reza
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2019 05:48 PM | Show all posts
rolypoly replied at 4-12-2019 05:43 PM
iols tengah baper dgn uyaina & reza

bersemi ka sis ? ka utk rating aje...thn ni semua komentator pakat mengeletis seko2 sekali dgn mami..

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 05:55 PM | Show all posts
Minyakyuyi replied at 4-12-2019 05:48 PM
bersemi ka sis ? ka utk rating aje...thn ni semua komentator pakat mengeletis seko2 sekali dgn mam ...

iols agak2 untuk rating jelah kot. tp kalau betul pun iols suka sgt mcm sesuai je deols produksi indon bab drama2 air mata, usik2 ni mmg makanan dorang laaa.

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hajah kena cuba start dengan drama sinetron dulu kot.. kena adjust slang budu ke slang bakso..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Netizen indonesia seram oiii...menteri pun di hanjingkan .

Gud luck jahlop..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 06:19 PM | Show all posts
Klu kat Malaysia pun kau haus.. ni nak masuk Hendon.. cari dimana kekuatan ko dulu.. jgn ingat orang hendon senang2 nak masuk sana dengan attitude ko yang DIVA tak tentu pasal... maybe kembang kan businesses ko ok kot.. tudung tu ker...  
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 06:36 PM | Show all posts
Edisi December 2018
2019 Tahun Sibuk Bagi Saya" - Neelofa

Pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa Mohd Noor akan terus mengekalkan momentum kerjayanya di tahun 2019.

Bakal sibuk dengan pelbagai rencana seni dan perniagaan, bintang filem Pilot Cafe ini bakal menandatangani kontrak dengan dua buah agensi di United Kingdom dan Perancis.

"Dalam usaha mengembangkan karier dan perniagaan saya di benua Eropah, dua agensi terbabit bakal mewakili saya bagi memperluaskan lagi nama dalam bidang fesyen dan kecantikan.


Selain itu, mereka bakal mengembangkan rangkaiannya tudung saya, Naelofar Hijab. Insya-Allah, jika tiada aral melintang, Selasa depan saya akan berangkat ke sana untuk menandatangani kontrak. 2019 bakal menjadi tahun yang sibuk bagi saya," katanya.

Tambah pengacara MeleTOP ini lagi, dia memang memasang angan-angan untuk menembusi pasaran Eropah.

"Saya memang mempunyai impian untuk memperluaskan lagi empayar perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi. Saya ingin mencabar diri sendiri dan tidak mahu berada di zon selesa.

"eluang yang saya dapat ini merupakan satu permulaan yang baik untuk saya terokai pasaran di sana," katanya lagi
















This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 06:41 PM | Show all posts
Edisi December 2018

Tudung Neelofa bakal masuk pasaran EropahLANGKAH usahawan, pelakon dan pengacara ternama tanah air, Neelofa Mohd Noor untuk mengembangkan karier dan perniagaannya di Eropah semakin menjadi kenyataan.

Ini kerana, minggu depan, personaliti popular berusia 29 tahun itu akan untuk menandatangani kontrak dengan dua buah agensi masing-masing di United Kingdom (UK) dan Perancis sekali gus meneroka pasaran di Eropah



Menurut artis kelahiran Kelantan itu lagi, kedua-dua agensi berkenaan akan mewakilinya dalam bidang fesyen dan kecantikan selain mengembangkan rangkaiannya tudung jenamanya, Naelofar Hijab.

"Insya-Allah pada Selasa depan saya akan berangkat ke sana untuk menandatangani kontrak bersama dua agensi tersebut.




"Kedua-dua agensi itu sudah kukuh di Eropah dan mereka akan mewakili saya dalam usaha mengembangkan rangkaian fesyen dan kecantikan.

"Menjadi hasrat saya untuk membawa imej Muslimah dan berhijab dalam fesyen dalam pasaran di sana memandangkan gaya modest semakin mendapat tempat di Eropah," katanya seperti dilapor portal MStar.



Peluang meneroka pasaran antarabangsa merupakan keinginan yang sudah lama dipendam oleh pengacara program hiburan popular, Meletop itu.

Bagaimanapun, ketiadaan saluran atau mana-mana ejen yang boleh membantunya membuatkan hasratnya tidak dapat direalisasikan sebelum ini.

Dalam masa sama, usahanya memasarkan produk keluarannya ke pasaran global juga disebabkan enggan berada dalam zon selesa bagi tempoh yang lama.

"Alhamdulillah saya berpeluang bertemu dengan seorang ejen dari Amerika Syarikat yang kini adalah pengurus global saya iaitu Norman.

"Norman yang juga berkahwin dengan rakyat Malaysia sangat memahami visi saya malah dia mempunyai kepakaran merialisasikan impian saya. Beliau juga yang
membantu mendapatkan kontrak di United Kingdom dan Perancis," kata Neelofa lagi.





#edisibakalan2018




Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mampu say good luck aje lah jahLop
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2019 06:48 PM | Show all posts
MatDeghem replied at 4-12-2019 06:41 PM
Edisi December 2018

Tudung Neelofa bakal masuk pasaran EropahLANGKAH usahawan, pelakon dan pengac ...

Jelasnya, perancangan untuk melebarkan sayap di negara seberang belum sah sepenuhnya memandangkan mahu membuat perbincangan lebih lanjut.



Naseb pandai kaver-kaver sikit kata belum sah sepenuhnya sebab "nak plan betul-betul tak nak redah jah".


Kalau tak meletop-letop jah dia punya bakalan-bakalan tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 06:56 PM | Show all posts
Heloooo....sinetron tak main hokey. Bukan standard hajjah.

Level Hajjah pilem macam BCL sinclair




  


  


Atau lunamaya....guccigeng guccigeng guccigenggggg




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari Eropah balik ke yindon??? Hapehal pulok tukar selera budu ni??
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha nak bawa bakat apa tembus Indonesia tu? Bakat pakai baju berjenama antarabangsa tapi still nampak biasa dan hauk? Good luck la jah, eropah pun belum habes terokai lagi, dan2 nak indon dah. Lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.086274 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list