CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 850|Reply: 10

[Tempatan] PH bagi alasan tak disemak 20 tahun dulu untuk kenaikan tarif air tahun depan

[Copy link]
Post time 5-12-2019 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Semua negeri setuju naik tarif air tahun depan: Xavier
BERNAMA | | 5 Disember 2019


SHAH ALAM - Semua negeri secara dasarnya bersetuju melaksanakan pelarasan kadar tarif air yang dijangka dilaksanakan tahun depan, dan ketika ini Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli masih lagi mengadakan rundingan lanjut berhubung beberapa perkara sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan.

Menterinya, Datuk Dr A Xavier Jayakumar berkata, beliau akan mengadakan perbincangan penuh dengan negeri-negeri yang berkaitan, mengenai isu tarif baharu air itu tidak lama lagi.

“Tarif air belum pernah disemak semula sejak 20 tahun lepas. Kita mahu rakyat faham bahawa industri air ini memerlukan dana yang banyak untuk mengurangkan risiko gangguan bekalan.

"Bagaimanapun, kerajaan beri jaminan yang tarif air (baharu) tidak akan membebankan pengguna,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan bangunan asrama Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Midlands, di sini hari ini, beliau berkata, kadar baharu tarif utiliti itu juga akan dipastikan tidak melebihi dua peratus daripada perbelanjaan isi rumah yang dilihat sebagai munasabah.

Xavier berkata, kerajaan juga bersedia untuk meminda Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Wasia) tahun depan bagi memperkemaskan prosedur serta peraturan berkaitan, antaranya untuk melibatkan syarikat swasta dalam usaha membangunkan industri air negara.

“Kita harus lihat keseluruhan industri ini. Jika mahu bekalan air 24 jam 365 hari, maka semua pihak harus faham yang industri ini memerlukan perbelanjaan besar (untuk memastikan kelancarannya),” katanya dan menambah perbelanjaan perkhidmatan air yang besar pada masa ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan.

Oktober lepas, kerajaan memberi jaminan Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) air yang dijangka dilaksanakan pada tahun depan tidak membebankan isi rumah berpendapatan rendah.

Cadangan pelaksanaan mekanisme itu melibatkan kenaikan antara 0.06 sen hingga 0.71 sen bagi setiap 1,000 liter, cukup rendah jika dibandingkan dengan bayaran utiliti lain seperti elektrik, gas serta telekomunikasi.

Tambahan pula, purata kadar tarif air pada masa ini adalah rendah iaitu RM1.38 bagi tiap 1,000 liter berbanding kos sebenar iaitu RM2.31 bagi setiap 1,000 liter.

Sementara itu merujuk pembinaan bangunan asrama sekolah yang dirasmikan beliau hari ini, Xavier berkata, ia adalah yang pertama bagi SJKT di seluruh negara dan disasarkan untuk menempatkan 200 pelajar lelaki darjah empat hingga enam daripada golongan keluarga berpendapatan rendah.

“Asrama ini merupakan projek rintis untuk menyalurkan bantuan kepada golongan berkenaan. Disebabkan ia projek rintis, kita tempatkan dahulu pelajar lelaki. Di sini, mereka akan diberi makanan yang sihat serta pendidikan selain dipupuk dengan disiplin yang baik untuk memastikan masa depan mereka terjamin.

“Saya harap asrama seperti ini dapat dibina di seluruh negara bagi membantu golongan berpendapatan rendah dalam kalangan masyarakat India, seterusnya juga mungkin boleh menerima kemasukan pelajar perempuan pula pada masa depan,” katanya.

Asrama empat tingkat yang mempunyai 50 bilik tidur itu dibina dengan kos RM4 juta dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Selangor dan ia akan mula menerima kemasukan pelajar pada sesi persekolahan tahun depan.

Bangunan yang mula dibina pada 1 Januari lepas dan siap sepenuhnya pada 31 Oktober itu turut mempunyai kemudahan umum antaranya bilik televisyen, bilik warden, bilik pantri, bilik cuci, bilik rekreasi dan bilik kaunseling. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2019 10:17 PM | Show all posts
tunggu air free xkunjung2
dulu ada yg ckap air tu hak asasi manusia kenapa perlu dijual beli
air hak asasi semua manusia
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Man ko tak nak macam negeri selangor air free blablabla..

Bodoh punya macai
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kehadapan @dodolgemok yg munafik... apa???! jho low!???? 2.6 billion masuk akaun???
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 5-12-2019 10:17 PM
tunggu air free xkunjung2
dulu ada yg ckap air tu hak asasi manusia kenapa perlu dijual beli
air  ...

dulu taknak cite air tu dirawat... nak free ambik kat rumah @dodolgemok
die tak guna byk air sbb dah gemuk air haha
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru je naik kan. Laknat sungguh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2019 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
20 tahun tak naik bil air, sekali naik, meroyan macam nak kiamat.....tapi tiap2 bulan sanggup pula berabis duit bayar cuckoo, coway.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 11:56 PM | Show all posts
memang la tak semak...dulu zaman kerajaan terdahuluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu jaga welfare rakyat....rumah2 kat selangoq ni mana ada yang mahai2...dapat kat PeeR dulu..pakatan rabak...hangpa juai tanah premium letak tinggi2....tarif ayaq pun tak usik sebab nak jaga welfare rakyat....dapat kat hangpa DAPee PeeKR haramjada ni semua....semua harga naik zaman ceramah politik hangpa baguih hangpa dok tipu kata pentadbiran hangpa bersih cekap duboq pa semua tak dak rasuah padahai semua benda hangpa pi letak harga.....yang ahcai pun sama bowdow....sapa yang baca ni...hangpa gitau kawan2 anak2 saudara mara hangpa...jangan undi pakatan haramjada next pru.......wakakakakakkakakakakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2019 11:59 PM | Show all posts
yak yak yeaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenaikan kadar tarif air perlu utk tanggung Kos operasi penjara sg buloh nak kawal najib.


Socai cibai a/k mahacai
Taman kencing melangit,
Malaysia darul wakanda
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 07:34 AM | Show all posts
Sementara itu merujuk pembinaan bangunan asrama sekolah yang dirasmikan beliau hari ini, Xavier berkata, ia adalah yang pertama bagi SJKT di seluruh negara


tutup jer la semua sekolah vernakular ni lahanat.
pendatang ni semua have no respect to social contract and no loyalty to this country.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.056646 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list