Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
3097
View
42
Reply

[Tempatan] Pemandu tak lepaskan hand brake. Kereta blocking 18 jam!

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-12-2019 12:26 AM | Show all posts |Read mode
'Tidak mahu ada lagi orang seperti kamu'



KERANA sikap penting diri, seorang lelaki bukan saja terpaksa menunggu sehingga 18 jam tetapi turut terlepas menghadiri kenduri kahwin kenalan rapat selepas keretanya dihalang kenderaan lain di kawasan parkir apartmen di Sentul pada Sabtu lalu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Syafiq, 32, berkata, keadaan itu juga menyebabkan dia terpaksa tidur di rumah rakannya di apartmen berkenaan selepas tiada pemilik kenderaan datang mengalih kereta terbabit walaupun beberapa kali hon dibunyikannya.

Insiden itu bermula selepas selepas dia ke rumah rakannya itu sebelum mahu ke Bangi kira-kira 1 tengah hari untuk menghadiri kenduri seorang lagi rakannya.

Sebaik ke tempat parkir keretanya, dia mendapati sebuah kenderaan lain parkir melintang di hadapan menyebabkan kenderaannya tidak dapat keluar.

Menceritakan pengalaman itu, Mohd Syafiq berkata, pada mulanya dia menyangka pemiliknya parkir untuk sementara tetapi selepas sejam menunggu didapati tiada sesiapa datang mengalihkannya.

Waktu itu, saya masih sabar menunggu dengan harapan pemilik datang mengalih. Paling tidak saya jangka sekitar 2 petang tetapi sangkaan saya meleset.

Pada masa sama, saya menghantar mesej pada rakan memaklumkan situasi yang berlaku dan mujurlah mereka faham.

Jadi, saya ingat nak guna khidmat e-hailing tetapi tidak jadi sebab tambang RM60 untuk ke Bangi, katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, dia kembali ke rumah rakannya selepas bosan menunggu sebelum turun ke kawasan parkir itu pada waktu Maghrib tetapi pemilik kenderaan terbabit didapati masih tidak mengalih keretanya.

Disebabkan berang selain hilang sabar, Mohd Syafiq meletakkan sekeping nota pada cermin hadapan kereta itu, menyindir pemilik kereta terbabit serta kondom yang ditampal pada kertas itu.

Antara yang ditulisnya ialah: Dear @#$% (kepada @#$%), tq (terima kasih) for blocking my car (kerana menghalang kereta saya). Pls use this (gunakanlah benda ini, merujuk kepada kondom), cuz we dont want another you (kami tidak mahu ada lagi orang seperti kamu).

Ia kemudiannya dimuat naik ke Twitter dan mendapat sokongan netizen.

Menurut Mohd Syafiq, hanya pada 7 pagi keesokan hari,barulah keretanya boleh keluar sebelum dia pulang ke rumahnya di Ampang untuk bersiap untuk ke tempat kerja.

Tempat itu (parkir) memang terbuka dan sentiasa sesak. Yang kosong hanya ruang berbayar jadi tidak patutlah pemilik kereta melakukan sedemikian.

Kalau nak parkir, tak perlulah mengangkat brek tangan menyebabkan orang lain susah, katanya sambil memaklumkan ia adalah pengalaman paling perit dilaluinya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Disember 2019
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 04:38 AM | Show all posts
jahatnya manusia mcam tu..

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 05:09 AM | Show all posts
Setengah tempat....pecahkan cermin kereta......turunkan handbreak
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp tak amik gmbar plet keta & viral kan?

Dari cerita nk gi bangi kena cas rm60 pastu tumpang tido rumah kwn....& pastu viralkn apa yg kau tulis
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
applecomel replied at 6-12-2019 05:09 AM
Setengah tempat....pecahkan cermin kereta......turunkan handbreak

Yes
Ioks penah tgk gini kat taipan
Sampai ke sudah tak dak sapa pi amek kete tu
Mybi juga

At least tinggal no fon la...prihatin sikit
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha... Letak kondom terus jgn terus membiak. Deep.  
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 08:26 AM | Show all posts
Setakat  tulis  nota  tinggalkan  kondom  bust hape?  
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 08:29 AM | Show all posts
first & paling mudah ko pecah kan cermin turun kan handbrake
nasib ko la labuuu parking merata

second
viral kan dalam group2 fb
mesti ada yg kenal punya la

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 08:32 AM | Show all posts
applecomel replied at 5-12-2019 09:09 PM
Setengah tempat....pecahkan cermin kereta......turunkan handbreak

Sokong!!  Banyak songeh  kalo... pukul
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 08:38 AM | Show all posts
kete mcm ni klu kene pecah cermin kete ngn kete calar berbaloi...sellfish sgt...


klu kene kt laki aku..mmg habis kete ni...huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 08:58 AM | Show all posts
mamat tu jenis standby kondom dlm wallet ke apa?

xkan semata2 nk lekat kt cermin keta gigih g beli?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru jd kat kwsn rumah aku ni. Nasib ada jiran keje towing ni. Mintak tlg kat dia je. Tak tau sampai mana dia alih kereta tu, tau2 tuan punya kereta mengamuk kereta hilang. Pastu ada jiran aku jd bomoh jadian pg tilikkan kereta dia kat mana, cakap ada kat sekian2 tmpt menurut tilikan dia. Mmg jumpa la kete dia tu. Siap salam bg duit lg kat tok bomoh jadian tu ha..ha..ha
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 09:31 AM | Show all posts
noradaniez replied at 6-12-2019 09:05 AM
Baru jd kat kwsn rumah aku ni. Nasib ada jiran keje towing ni. Mintak tlg kat dia je. Tak tau sampai ...

padan muka si empunya keta...

agaknya keta tu free kut sukati dia jer nak parking...

puak2 mcm nie dah ramai kat msia.. guna keta pakai buang kut... letak merata2....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 09:38 AM | Show all posts
noradaniez replied at 6-12-2019 09:05 AM
Baru jd kat kwsn rumah aku ni. Nasib ada jiran keje towing ni. Mintak tlg kat dia je. Tak tau sampai ...

hahaha...  niceeeeee...  aku suka buat camni...  biar padan muka orang cenggini...  dasar tak bertamadun dok block rumah orang...

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 09:39 AM | Show all posts
ada sekali tu aku kena marah plk dgn org yg blok kereta aku
dia ckp saba lah dia nmpak aku
pokoknya parking byk kosong blkg keta aku jgk kau blok
lps tu kau plk marah?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 09:56 AM | Show all posts
noradaniez replied at 6-12-2019 09:05 AM
Baru jd kat kwsn rumah aku ni. Nasib ada jiran keje towing ni. Mintak tlg kat dia je. Tak tau sampai ...

hahahhaaaa.... padan muka..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 10:11 AM | Show all posts
kereta kalau auto
kalau dia xtarik handbrake tapi taruk dekat P serupa gak xboleh alih kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 10:15 AM | Show all posts
fakta...kerajaan terdahuluuuuuuuuuu pernah dihentam kerana memberi kondom dan jarum suntik percuma...wakakakakakakakakakakakakakakakaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 11:27 AM | Show all posts
i lagi terfikir mamat ni ada kondom bawak merata dari kereta yang block tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 12:36 PM | Show all posts
Mendapat sudah kalau tak faham bahasa juga tak tahu ler
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.093496s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list