CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6031|Reply: 36

[Tempatan] Media sosial penuh dengan troll 18/19

  [Copy link]
Post time 6-12-2019 12:29 AM | Show all posts |Read mode
Penangan 18/19


MEDIA sosial baru-baru ini dibanjiri ayat 'keramat' Juara Da'i musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad hingga menjadi topik perbualan hangat netizen di media sosial.

Nik Ahmad Farhan atau lebih dikenali sebagai Farhan dipetik sebuah portal sebelum ini menjadi perhatian ramai apabila mengakui terpaksa menolak lamaran 18 wanita namun tidak dapat menolak lamaran ke-19.

"Jujur saya kata sudah 18 orang wanita meminta untuk jadi isteri kedua sepanjang tempoh beberapa tahun perkahwinan saya dengan Fatin (isteri pertama). Namun, semuanya saya tolak dengan mudah. Namun wanita yang ke-19 ini membuatkan saya tiada kekuatan untuk menolak.

"MasyaAllah...auranya membuatkan saya terkenang kisah penyatuan cinta antara Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah," katanya dipetik dalam temubual itu.

Ayat keramat '18' dan '19' itu menjadi bahan jenaka sehingga agensi kerajaan dan selebriti turut menggunakannya di laman sosial mereka.

Antara yang mencuit hati adalah selebriti, Aeril Zafrel yang baru menimang cahaya mata ketiga turut menggunakan ayat keramat itu.

"18 kali permintaan saya nak baby Wawa tolak. Kali yg ke-19 ni, Wawa tak da kekuatan nak tolak... dia punya aura tu Masyallah," tulisnya.

Selain itu, syarikat penerbangan terkenal AirAsia turut mengambil 'kesempatan' dengan mempromosikan tambang murah mereka menggunakan ayat keramat itu.

"Dah 18 kali orang minta kami buat sale, tapi kali ke-19 ni kami tak ada kekuatan nak tolak. Memang aura dia....," tulisnya.

Lebih mencuit hati, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) cawangan Putrajaya menerusi Twitter mereka turut menggunakan ayat keramat itu bagi memberi ilmu kepada orang awam.

"Dah 18 kali orang minta kami buat pasal telur bukan punca luka bernanah, tapi kali ke-19 kami tak boleh tolak..," tulisnya.

Selain itu, produk kecantikan Himalaya Healthcare Malaysia menerusi Facebook turut menggunakan kaedah promosi yang sama.

"Dah 18 kali orang cakap Himalaya Neem Face Wash ni best tapi saya tak percaya, kali ke-19 ni saya takde kekuatan nak tolak...aura dia tu...," tulisnya.

Klinik rawatan kecantikan terkenal, Dr Ko Skin Specialist juga menggunakan ayat yang hampir sama.

"Kalau dah dirawat 18 kali jerawat asyik tak hilang-hilang, jadikan Dr Ko pilihan ke-19 kali. Memang dah takda kekuatan nak tolak lagi. Aura Dr Ko...," tulisnya di Facebook.

Sementara itu, Farhan berkahwin dengan janda anak lapan dan menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris menerusi Whatsapp pada Selasa lalu ketika isterinya itu kini sedang sarat mengandung.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Disember 2019
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2019 12:32 AM | Show all posts
elok la tak dak tarikh 18/19....tak boleh lazada buat modai...wakkakakakakakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha, dah 18 Kali Aku tolak nak baca benang Ada Nama Farhan ni...tapi Kali ke 19 Aku xleh nak tolak...aura Farhan ni..masyaAllah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2019 12:41 AM | Show all posts
Dah 18 kali Admin minta aku jadi Mod CI , tapi kali ke-19 aku tetap tolak
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah 18 kali aku cuba berhusnuzzhon baca benang dai paan dgn makjan lohong ni...masuk kali ke 19 aku tak mampu lagi..nak aku syialkn je makhluk dua ekor ni ehh dah knp mcm berlagak je korang dua eko dgn musibah yg korang buat ni haa..
Malu  sikit laa woiii...akaii kat lutut kaa..vavi
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahhaa malu weyh.. Orang bikin jenaka. Kalau dia tengok balik video temubual bersama Mstar tu mesti dia rase nak pakai purdah bila keluar rumah. Serius nak muntah bila dia cakap pasal nabi & siti khadijah tu. Dahla tersengih cam kerang busuk dengan gigi bersepah dia tu. Geli weyh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2019 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah rasa semak troll 18/19 ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
sehirkedi replied at 6-12-2019 12:56 AM
Hahahahhaa malu weyh.. Orang bikin jenaka. Kalau dia tengok balik video temubual bersama Mstar tu me ...

Totally agree. I was thinking the same.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2019 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila semua nk troll, rasa me nyampah lak.. Paling aku sakit hati, bila aku ckp me nyampah kt Kawan2 aku pasal troll ni.. Senyap2 dorg amik fon aku, p update kt FB aku pasal nih.. Hjdh sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya geng2 lebai suka dgn nombor 7.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
JohnnySins replied at 6-12-2019 12:32 AM
elok la tak dak tarikh 18/19....tak boleh lazada buat modai...wakkakakakakakakkakaka

Shopee kan buat..blh je..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
noob nya iols.. isu troll ni pon x tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 07:46 AM | Show all posts
aku pun mula2 x faham apa ke benda nya
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu abu, skrg farhan. Next?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 08:37 AM | Show all posts
otai_g replied at 6-12-2019 08:21 AM
Dulu abu, skrg farhan. Next?

abu is so yesterday katanyaa , skang time paan menduniyaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 08:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2019 08:57 AM | Show all posts
selayaknya kena troll
dasar penunggang agama
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 09:14 AM | Show all posts
hahaha iols pun ketinggalan... patut semua buat insta story sal 18 19 ni... sabo jela
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 09:19 AM | Show all posts
sehirkedi replied at 6-12-2019 12:56 AM
Hahahahhaa malu weyh.. Orang bikin jenaka. Kalau dia tengok balik video temubual bersama Mstar tu me ...

ye dowhhh.,. xleh move on ng gigi bersepah tu.. ckap sambil senyum plkkk. eeee xpenat ke. tp xkn tgh mrh senyum jugakkk. ye kannn. giler laaa tgh mrah pun senyum, ahahah mcm sakit saraf
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
minahmanja replied at 6-12-2019 08:37 AM
abu is so yesterday katanyaa  , skang time paan menduniyaaaa...

yg pasti penangan janda mmg hbt. X dpt dinafikan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.085082 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list