CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 882|Reply: 3

[Tempatan] Barisan leluhur kacak cash kerana kes penipuan pelaburan di Melaka

[Copy link]
Post time 6-12-2019 08:42 AM | Show all posts |Read mode



WALAUPUN kerap kali pendedahan mengenai penipuan jenayah siber dan multimedia diuar-uarkan namun masih ramai individu terperdaya sekali gus menjadi mangsa.

Malah, jumlah kes dan kerugian mencatatkan peningkatan ketara hingga mencecah ratusan juta ringgit bagi tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Timbalan Pengarah (Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Victor Sanjos berkata, sebanyak 8,502 laporan diterima membabitkan penipuan jenayah siber dan multimedia dengan kerugian berjumlah RM378.7 juta pada tahun lalu.

“Manakala bagi tempoh Januari lalu hingga pertengahan tahun ini (Jun), sebanyak 10,753 laporan diterima membabitkan kerugian RM398.6 juta.

“Jumlah itu meningkat sebanyak 2,251 laporan dengan pertambahan nilai kerugian RM19.9 juta sehingga pertengahan tahun ini berbanding tempoh sepanjang tahun lalu,” katanya.

Victor berkata, tiga komponen utama jenayah siber dan multimedia iaitu e-telekomunikasi, e-kewangan dan e-dagang masing-masing menunjukkan peningkatan jumlah kes serta nilai kerugian.

Katanya, polis mendapati ada pihak tertentu menggunakan pelbagai taktik licik untuk melakukan penipuan termasuk Love Scam dan penipuan panggilan telefon.

“Ada antara penjenayah ini menggunakan alasan Kod Pengesahan Transaksi (TAC) silap dihantar ke nombor telefon sebelum mangsa menyedari ditipu selepas kehilangan wang dalam akaun.

“Lebih memburukkan keadaan apabila ada individu yang mengambil mudah perkara ini, tidak mahu ambil tahu sama ada perkara diberitahu benar atau sebaliknya,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya membuat pemeriksaan terlebih dulu kepada pihak berkuasa atau agensi berkaitan sebelum melakukan sebarang transaksi pemindahan wang.

“Selain itu, jangan sesekali memberi maklumat peribadi serta butiran akaun bank kepada individu tidak dikenali,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Disember 2019 @ 6:30 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2019 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah 18 kali saya belek muka sekor-sekor tapi bila kali ke 19 saya tak terdaya lagi nak ckap bahawa muka dorang bodo supo babi..Aura kebabian dia tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 09:31 AM | Show all posts
chicozinn replied at 6-12-2019 09:03 AM
Dah 18 kali saya belek muka sekor-sekor tapi bila kali ke 19 saya tak terdaya lagi nak ckap bahawa m ...

kebetulan sgt ada 18 org..mgkn klu ada yg ke 19 aura dia lain mcm sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 11:28 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 6-12-2019 09:31 AM
kebetulan sgt ada 18 org..mgkn klu ada yg ke 19 aura dia lain mcm sikit..

tau xpe..rasa kalu masuk OKT ke 19 mungkin aura dia lain maciam persis model kot..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.495464 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list