View: 4481|Reply: 38
|
[Tempatan]
Pelajar Perakaunan UiTM Peroleh Skor Nombor 1 Di Dunia
[Copy link]
|
|
JUMAAT, 6 DISEMBER 2019 @ 7:38 PM
KUALA LUMPUR: Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjaya memperoleh markah tertinggi di Malaysia dan di dunia dalam peperiksaan program perakaunan profesion sesi Julai-Disember 2019.
Hakeem Mohammad Akmal, 18, mendapat markah 100 peratus untuk kertas ‘Recording Financial Transactions’ (FA1), sekali gus melayakkannya dianugerahkan gelaran tertinggi di Malaysia dan di dunia oleh badan profesional perakaunan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), yang berpangkalan di United Kingdom.
UiTM dalam satu kenyataannya hari ini berkata, Hakeem yang juga pelajar Fakulti Perakaunan sebelum ini melanjutkan pengajian dalam program profesional perakaunan Certified Accounting Technician (CAT) di UiTM Shah Alam, sejak Julai 2019.
Beliau sebelum itu menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, dengan keputusan 9A.
“Anak ketiga daripada lima beradik ini terus cemerlang dalam pengajiannya dengan mendapat skor tertinggi dalam peperiksaan FA1 meskipun tidak mempunyai pengetahuan asas dalam mata pelajaran perakaunan sebelum ini.
“Meskipun Hakeem adalah seorang pelajar aliran sains di sekolah menengah sebelum ini, beliau memutuskan untuk menukar bidang kerana mahu mencuba sesuatu yang baharu dan lebih mencabar,” katanya.
UiTM amat berbangga dengan pencapaian Hakeem di peringkat antarabangsa ini dan kejayaan itu membuktikan kesungguhan serta sokongan padu daripada pihak universiti dan rakyat Malaysia.
Sementara itu, Hakeem berkata, beliau bersyukur kerana dikelilingi oleh rakan dan pensyarah yang sangat membantu walaupun beliau selalu mengajukan banyak pertanyaan dalam kelasnya.
“Pensyarah yang mengajar subjek ini juga sangat membantu ketika dan selepas waktu kuliah. Saya yakin interaksi di antara pelajar dan pensyarah adalah sangat penting kerana ia akan menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan.
“Saya juga sama seperti orang lain melakukan aktiviti bersama rakan seperti menonton filem dan bersukan tetapi sentiasa meletakkan batasan dan memantau jadual aktiviti dan menyeimbangkannya dengan pelajaran,” katanya.
Hakeem merancang untuk melanjutkan pengajiannya di ACCA selepas menamatkan program CAT dan meneruskan kerjaya dalam bidang percukaian memandangkan bidang itu dilihat mencabar dan mempunyai peluang pekerjaan yang luas di Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-12-2019 09:07 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
1. Tengok muka, kompom hada darah Cina.
2. Boleh la tampar2 manja certificate of excellence kat muka Guanjeng lepas ni. |
|
|
|
|
|
|
|
uitm yg dipandang rendah oleh knights kamjad ni...antara kilang pengeluar pekerja laku.. Masa aku lepak Motorola dan Intel byk engineer dan technician datang dari UiTM..
Ada seorg super engineer kat Motorola asal dari Lecturer uitm lps tu kerja kat motorola 2 tahun utk pengalaman dan masuk balik Uitm utk mengajar... Motorola sanggup byr kat uitm utk dptkan engineer ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh...ingatkan Kaum DAP tadi.. |
|
|
|
|
|
|
|
UiTM jaman ini bukan macam ITM jaman dulu ... dulu2 ITM amik 3rd Grade .... 2nd Grade masuk ..now ni belas2 A masuk ..... kos2 tertentu ...
namun 3rd grade tetap ada tempat .... kos2 tertentu jua ..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau guna id chanGAY mesti hang kata budak tu ada darah yahudi dan lgbt...wakakakakakakaakakakakaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..tahniah adik
|
|
|
|
|
|
|
|
Syabas pelajar ni memang bright kid. Baru satu semester dah menyerlah
Dapat markah perfectionist, boleh tanya parent heshe bagaimana dia belajar |
|
|
|
|
|
|
|
Remyda replied at 6-12-2019 09:07 PM
Hakeem Mohammad Akmal
Sgt2 chinese look....btw tahniah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukti melayu bukan malas. |
|
|
|
|
|
|
|
UiTM dihatiku..congrats dik |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ni lah baru betul awek2 nk pecah ovari., |
|
|
|
|
|
|
|
Mixed ke
Patutlaa hebat
Tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
wow tahniah. dr skolah i bengap maths so i mmg kagum dgn org yg mmg competent bab kira2 numbers ni. |
|
|
|
|
|
|
|
any42 replied at 7-12-2019 01:38 AM
wow tahniah. dr skolah i bengap maths so i mmg kagum dgn org yg mmg competent bab kira2 numbers ni.
Jujurnya irrelevant.
My spm time tu Ada Kira aggregate. 26 boleh my aggregate. Dari situ boleh agak berapa hancur keputusan chemistry, maths etc. Stream mechanical engineering.
Elok je lepas tu pas LCCI. Degree in accounting. Takdak Hal lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
baghal_bortuqal replied at 7-12-2019 01:55 AM
Jujurnya irrelevant.
My spm time tu Ada Kira aggregate. 26 boleh my aggregate. Dari situ boleh ...
good fr u. otak i byk reject dr trima. spm yg lain A, chmstry,physc maths C. sblum tu mnjang D.
la ni dh kerja dh pun otak knan lg bfungsi dr otak kri. nsib otak kanan bfungsi. klau x mmg forever bengap. |
|
|
|
|
|
|
|
any42 replied at 7-12-2019 03:03 AM
good fr u. otak i byk reject dr trima. spm yg lain A, chmstry,physc maths C. sblum tu mnjang D.
...
Cuba cek wiring ada karen tak |
|
|
|
|
|
|
| |
|