CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5589|Reply: 32

[Tempatan] Yusoff Rawther lapor polis, menyerahkan akuan bersumpah (SD) dakwa dicabul Anwar

  [Copy link]
Post time 7-12-2019 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 7-12-2019 07:24 AM

Yusoff Rawther lapor polis, serah SD dakwa dicabul Anwar

https://www.malaysiakini.com/news/502761

News  |  Diterbitkan Hari ini 2:51 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 2:51 tengahari



Muhammad Yusoff Rawther hari ini membuat laporan polis dan menyerahkan akuan bersumpah (SD) yang mendakwa dia dicabul oleh bekas majikannya Anwar Ibrahim.

Laporan itu dibuat di balai polis Sentul, Kuala Lumpur lewat pagi tadi.

Menurut Muhammad Yusoff, laporan itu dibuat supaya polis menyiasat dakwaannya, selain bagi mengambil tindakan undang-undang.

"Saya juga membuat laporan polis kerana keselamatan diri saya mula terancam oleh pihak tertentu sebaik sahaja satu sidang media yang telah diadakan berkenaan,” menurut laporan itu, yang dilihat Malaysiakini.

Yusoff, 26, bekas pegawai penyelidik Anwar pada Rabu lalu membuat SD yang antaranya mendakwa dicabul presiden PKR di Petaling Jaya, pada 2 Oktober lalu.

Anwar menafikan perkara itu dan berkata beliau pada tarikh berkenaan sedang sibuk berkempen sempena pilihan raya kecil Port Dickson yang ditandinginya.

Anwar juga berkata beliau menghadiri majlis memperingati ulang tahun kelahiran Mahatma Gandhi ke-150 di Kuala Lumpur dan kembali semula ke Port Dickson untuk memenuhi jadual kempen.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul S Shanmugamoorthy ketika dihubungi mengesahkan laporan polis itu.

“Ya, saya boleh sahkan dia buat laporan polis, yang menyebut dia mahu polis siasat akuan berkanunnya,” kata pegawai itu.

Shanmugamoorthy juga berkata kes itu dikendalikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2019 03:23 PM | Show all posts
Ayah Yusoff Rawther sokong anak, tepis tuduhan datuk saudara

https://www.malaysiakini.com/news/502694

News  |  Diterbitkan 6 Dis 2019, 7:37 malam  |  Dikemaskini 6 Dis 2019, 8:56 malam



Ayah kepada Muhammad Yusoff Rawther menjelaskan anaknya ada memaklumkan kepada keluarga tentang insiden salah laku seksual yang dikatakan melibatkan presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Ayah Yusof, Muhammed Ali Mohammed Idris berkata demikian bagi menyanggah datuk saudara Yusoff, Mohideen Abdul Kadir, yang mendakwa Yusoff tidak memberitahu insiden tersebut kepada pihak keluarga.

Sebaliknya, kata Ali, Yusoff memaklumkan mengenai kejadian itu kepada pihak keluarga“pada hari sama atau tidak lama selepas” kejadian itu dikatakan berlaku.

“Saya sangat kecewa bahawa Encik Mohideen memilih untuk tidak berkomunikasi dengan kami atau mendapatkan pengesahan dari saya atau ahli keluarga saya tentang apa yang sebenarnya terjadi, sebelum mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap anak saya.

“Saya harap dia akan fikir lagi dan lagi, kumpul fakta dan kebenaran sebelum membuat keputusan sendiri di hadapan kamera,” katanya.

Pada Rabu, Yusoff yang merupakan bekas kakitangan Anwar, mengadakan sidang media mendakwa dirinya menjadi mangsa cabul, perbuatan tidak senonoh dan cadangan lucah oleh Anwar pada 2 Oktober 2018 di kediamannya di Segambut.

Yusoff turut membuat akuan bersumpah (SD) bertarikh 19 Novermber tahun ini berhubung kejadian itu, dan dokumen itu didakwa dikeluarkan sehari sebelum Kongres Nasional PKR yang bermula semalam.

Anwar menafikan tuduhan tersebut dan telah membuat laporan polis serta menghantar surat tuntutan kepada Yusoff.

Pada hari sama Yusoff membuat dakwaan tersebut, Mohideen yang merupakan datuk saudara Yusoff, tampil membuat dakwaan Yusoff dimanipulasi ahli politik untuk mencemarkan raputasi Anwar.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Ali berkata Mohideen tidak mewakili ahli keluarganya.

“Encik Mohideen hanya merupakan abang kepada arwah bapa saya, tapi tidak mewakili pandangan ahli keluarga saya dalam apa cara sekalipun, dan dia juga tidak bercakap bagi pihak keluarga saya.

“Encik Mohideen tidak langsung terlibat dalam hidup Yusoff dan oleh itu, dia langsung tidak tahu tentang apa yang telah dan sedang terjadi (dalam kehidupan Yusoff). Dia bukan berada di posisi (yang sepatutnya) untuk memberikan apa-apa kenyataan berhubung anak saya.

“Keluarga saya menolak kenyataan oleh Encik Mohideen di atas, dan kami mahu buat kenyataan secara terbuka bahawa kenyataan beliau itu adalah tak perlu dan dibuat berasaskan tanggapan yang silap,” tambahnya.

Tambah Ali lagi, keluarganya tidak akan mengelak memberikan kenyataan lanjut berhubung isu itu, dan sebarang maklumat hanya akan disalurkan melalui saluran yang betul atau melalui mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 03:35 PM | Show all posts
apa pun, yusuff ni masih kekal teruna

nganga jer nuart kena rejek sebelum sempat projek
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila jadi mcm ni.. Aku rasa kesian.. Tak pasal2 keluarga jadi 2 team
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku terpk blh ke polis siasat bnd ni?

video haziq yg terang2an tu pun polis kt x ada kes.

inikan plk kes yg x ada video?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tegas jawapan bapanya. Jelas n padat.



Sementara itu, dalam kenyataan sama, Ali berkata Mohideen tidak mewakili ahli keluarganya.

“Encik Mohideen hanya merupakan abang kepada arwah bapa saya, tapi tidak mewakili pandangan ahli keluarga saya dalam apa cara sekalipun, dan dia juga tidak bercakap bagi pihak keluarga saya.

“Encik Mohideen tidak langsung terlibat dalam hidup Yusoff dan oleh itu, dia langsung tidak tahu tentang apa yang telah dan sedang terjadi (dalam kehidupan Yusoff).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2019 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Taste bulus bulus pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 04:50 PM | Show all posts
anwaq ni suwei betui.....meletup lagi la wan jijah..patut press interview dia masa kongreh lain macam moody dia....wakakakakakakakakakakakakkaa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2019 04:51 PM | Show all posts
otai_g replied at 7-12-2019 04:28 PM
Aku terpk blh ke polis siasat bnd ni?

video haziq yg terang2an tu pun polis kt x ada kes.

tak perlu siasat..bak kata hanipah meden...rakyat hakim negara...mahkamah rakyat...tau dah kan bangsat2 ni jangan disokong next pru.....wakakakakakakakaakkaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bang non konpiden dgn Usop Ni pasal dia yg pilih sendiri konpom bkn implant hehehe hehehe hehehe hehehe gunakan tanpa waihwaih hahaha hahaha hahaha Tu yg aku bau Ikan bila farhash Salvador Colombia Honduras Guatemala havana Kodiang ckp dia wallop bdk Ni pasal hisap ganja...repot polis kan senang hehehe hehehe hehehe mana Mau lari bang non...madey pm Tu hehehe hehehe hehehe amacam deja vu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Akuan bersumpah... cheit

Bersumpah ngan katak pisang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
aiols caye je ape usop nie ckp...n aiols caye gak mmg ade yg bayo heols utk buat akuan nie...xkan lar tetibe lepas stahun...

agak2 salvadores tuh penah kene gak ker ngan nuart??
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 7-12-2019 04:59 PM
Bang non konpiden dgn Usop Ni pasal dia yg pilih sendiri konpom bkn implant hehehe hehehe hehehe heh ...

tilam xde dlm kejadian kali nie...nak usung ape pulak nnti?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
selepas masuk penjara.test abang non dah berubah ke? dari jambu dahi licin ke muka berbulu lebat
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Madey 2-3 hari senyap sepi Tu tanda buaya nak terkam hahaha hahaha hahaha hahaha taim air tenang la buaya nak terkam hahaha hahaha hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalini yg berbuluuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2019 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 7-12-2019 04:28 PM
Aku terpk blh ke polis siasat bnd ni?

video haziq yg terang2an tu pun polis kt x ada kes.

Bila pulak polis kata tak de kes?...kan polis nk bgtau sapa yg dlm video tu sblm hujung tahun....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pertarungan azmin (mahathir) lwn anwar sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
So kali ni masuk court bawa bukti apaaa??
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
tak habis habis politik kotor
Jijikz la team korang ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.082112 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list