View: 4133|Reply: 28
|
[Tempatan]
Baru berstatus janda dah ada yg melamar di Facebook
[Copy link]
|
|
Wanita ditipu 'bakal suami' di Facebook
8 Disember 2019
KUANTAN - Seorang wanita yang baru diceraikan teruja apabila dilamar kenalan Facebook untuk dijadikan isteri, selain dijanjikan pelbagai kemudahan termasuk wang belanja dan melunaskan hutangnya.
Sebagai tanda setuju, mangsa berusia 55 tahun dari Cheroh, Raub kemudian diminta oleh 'bakal suaminya' itu mendepositkan wang sebanyak RM1,500 kepada lelaki berkenaan yang kononnya seorang pengusaha restoran di Johor Bharu.
Bagaimanapun, keterujaan wanita itu tidak lama apabila 'bakal suaminya' itu gagal dihubungi selepas menerima wang terbabit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, menyedari ditipu, mangsa tampil membuat laporan polis, semalam.
Menurutnya, nasib malang wanita itu bermula selepas dia melayari Facebook dan berkenalan dengan seorang lelaki melalui laman sosial itu, 2 Disember lalu.
"Suspek yang kononnya mempunyai sebuah restoran di Johor Bahru mempelawa mangsa bekerja dengannya.
"Mangsa yang baru bercerai berminat dengan tawaran itu dan lebih mengujakan lagi apabila lelaki itu berhasrat untuk mengambilnya sebagai isteri," katanya.
Mohd Wazir berkata, taktik suspek memperdaya mangsa menjadi apabila wanita itu menuruti kehendaknya dengan memasukkan wang seperti diminta sebagai 'tanda jadi' dan demi mendapatkan segala kemudahan dijanjikan lelaki itu.
"Pada masa sama, lelaki itu turut berjanji akan datang sendiri ke rumah wanita itu untuk menyerahkan wang bagi membantu mangsa melunaskan hutangnya.
"Bagaimanapun, selepas mendepositkan wang kepada lelaki itu melalui akaun bank diberikan, mangsa terus gagal menghubunginya sehingga laporan polis dibuat semalam," katanya.
Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan |
|
|
|
|
|
|
|
nak tolomh lunas hutang, tapi knp minta wang dengan wanita tersebut..
nak ubat luka kak, jangan cari jantan, cari Allah mengadu.. |
|
|
|
|
|
|
|
umo 55 kalau dah tak bogotah laie jangan la nak porasan la milah...wakakakakakakakakkaa |
|
|
|
|
|
|
|
apa ke halnya makcik ni yg nk kena bg duit kat jantan tu pulak nk kawin?? org lain tak kawin lagi..aman2 jah.. |
|
|
|
|
|
|
|
CASH
makcik tu tak cermin diri ke
Kelakar la |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai makcik. Macam x pernah kahwin je gayanya. Padahal baru lepas cerai. Kan dah kena tipu |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian makcik ni. Fefeeling hot sgt melayang 1500 |
|
|
|
|
|
|
|
Mak cik da menopos masih ada nafsu nk berlaki lg.
hbt mak cik ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Makcik ni percaya sgt kat kwn fb. Mesti jenis add je strangers yg antar fren request. |
|
|
|
|
|
|
|
ptt duit tu makcik bole enjoy sorang2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Entah2 jiran sebelah kau je. Buta2 kena tipu.,, pdn la muka ko acik. Gatal sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau umur 50 tahun, rupa paras cantik dan bijak persis JLo scammer pun takut nak scam, ni dengan kerja tak ada, hutang keliling pinggang, memang kena tipu lah, nak kesian pun payah, kalau sedara minta tolong Rm100 belum tentu ulur duit, ni orang yang tak kenal laju ja bagi Rm1.5k. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bank in duit kan ada nombor akaun dan nama penuh. Kenapa tak sebarkan sekali supaya orang lain tak kena tipu.
Juga yang scam semua, macam pelik nombor akaun bank yang mangsa transfer duit tak boleh dibekukan atau dikesan pemiliknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-12-2019 03:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Polis kena ada arahan mahkamah baru boleh bank bekukan akaun
Kalau setakat report polis ja, tak jalan semua tu |
|
|
|
|
|
|
|
senangnya kenalan fb nk pinjam duit ko bleh bagi mcm tu je |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik rm1500 je.. At least makcik ni dh dpt pengajaran berguna so lps ni x mudah nk percaya org baru kenal. Harap makcik tabah |
|
|
|
|
|
|
|
orgsepang replied at 8-12-2019 03:26 PM
Kalau bank in duit kan ada nombor akaun dan nama penuh. Kenapa tak sebarkan sekali supaya orang lain ...
Ade byk kes, akaun org lain yg digunakan kak. Byk dh kes gini dicaj |
|
|
|
|
|
|
|
Asal berlaki konsep hidupnya |
|
|
|
|
|
|
|
Pink_Purple replied at 8-12-2019 11:27 AM
nak tolomh lunas hutang, tapi knp minta wang dengan wanita tersebut..
nak ubat luka kak, jangan c ...
Mesti sentap akak tu kalau baca komen ni...ya loh. Itu yg sebaiknya..cari Allah...ni tak..belum apa2 dah perasan zantan syiok kat dia...adududu |
|
|
|
|
|
|
| |
|